1.30.2010

Pantai Batu Hitam, Kuantan.

Nie pemandangan masa kat Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang.

Di kala stres..

Lapar..

Bila xmakan, akan jadi sakit perut...

Bila sakit perut, skali makan trus cherry berry..

Bila stress, sangat2 lapar...

Sakit ati, sakit otak...

Maleh nak pikir..

Tapi tetap terpikir..

Resolusi terbaik perlu dibuat..

Ada benda penting perlu dibuat..

Demi masa depan...

1.29.2010

Medic...

Sejak skola menengah, sampai la ke zaman kampus. Aku slalu ja "ditarik" untuk memikirkan tentang isu ni. Isunya ialah di mana trend bebudak yang nak sangat jadi Doktor. Maksud aku sini bukanlah Doktor Falsafah, tapi doktor perubatan..

Mungkin apa yang menjadikan doktor nie antara pilihan utama student yang dok blaja ialah STATUS dia sebagai doktor yang mendapat tempat di hati masyarakat dan STATUS dia sebagai
sejenis pelajaran yang memberikan kepastian untuk kerjaya lepas belajar. Itu saja..

Namun, ramai yang tak sedar dengan situasi pelajaran seorang student medic, dan seorang doktor.

Sebagai student medic, cabaran terbesar ialah untuk menjadi seorang student yang bukan saja ULAT BUKU, tapi, kena jadi budak medic yang pandai bersosial dan banyak pengetahuan berkaitan isu semasa.

Di zaman aku blaja, bebudak medic nie agak aku anti. Kerana apa? Yang ada kebanyakannya spesis berlagak. Dan hidup sangat mewah. Bukan nak dengki la dengan tajaan yang riban2 yang didapati budak medic nih, tapi, kebanyakan berada di kalangan bebudak medic ja.. Dah tue memandang bebudak course len nie bajet dia la kasta paling tinggi dalam U tue... Itu pendapat aku..

Di bidang pekerjaan lagi la.. Aku rasa sangat susah bila keja shift. Nie dah jadi doktor, wajib la keja shift. At least nak bagi nampak cantek sket dinamakan sebagai keja On Call... Aha... Tapi keja banyak jamnya.. Bezanya ngan orang biasa, duitnya lebih... Itu la pendapat aku tentang dunia medic nih...

Apa yang paling penting, apa saja servis kesihatan yang diberi kat orang, pastikan betul2.. BUkan men check just untuk dapat untuk untung duit consultation ja... Dan diharapkan jangan la dijadikan alasan kerja untuk xpergi reunion lepas nie... AHah...

1.28.2010

Wangsa Permai

Pemandangan ini diambil semasa hari nak ujan petang tadi di Wangsa Permai, Kepong Kuala Lumpur.



*sengaja aku mulakan post untuk santapan mata peminat fotografi. Aku just guna kamera biasa ja.Ehe

1.27.2010

Kikisan merbahaya.


Ada 3 janis kuasa yang sangat berpengaruh dan berkuasa di Malaysia. Kuasa tertinggi dalam landskap politik Malaysia ialah Yang Di-Pertuan Agung. YDPA merupakan ketua negara Malaysia. Untuk mengimbangi kuasa dan juga bertindak sebagai penasihat kepada YDPA, maka wujud 2 kuasa pentadir iaitu Badan Eksekutif da juga Badan Kehakiman.

Badan Eksekutif ni terdiri daripada ahli politik yang dipilih oleh rakyat melalui Pilihanraya Umum dan memegang jawatan sebagai Menteri yang menjadi badan yang mentadbir negara.

Badan Kehakiman ialah para hakim dan peguam yang menjalankan tugas untuk menguatkuasakan dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia melalui proses perundangan.

Kini, ketiga-tiga kuasa "besar" ini semakin direbut oleh pihak yang kurang bertanggungjawab.

Kuasa YDPA yang diwarisi sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka ni semakin hari semakin mendapat penghinaan yang HARAM untuk dimaafkan. Seolah-olah YDPA tidak menjalankan tugas. Dan juga seolah-olah YDPA bukanlah ketua negara di Malaysia. YDPA dilantik melalui Majlis Raja-Raja.

Maka, sebarang penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu amatlah PERLU untuk diambil tindakan secara serius dan TEGAS. Biarpun salakan "orang2 yang kurang bertannggungjawab" ni umpama anjing menyalak, walaupun salakan ini tidak didengari, namun kesan salakan "anjing2" ni amatlah serius kerana salakan ini memercikkan air liur anjing yang HARAM dan WAJIB untuk melalui proses PENYUCIAN sehingga bersih.

Untuk itu, pada pendapat aku, cubaan menghina mana2 Raja Melayu adalah sejenis kikisan yang sengaja dibuat agar Malaysia "berjaya" menjadi negara REPUBLIK yang tiada lagi kuasa tertinggi seperti Yang Dipertuan Agung.

Harap, pihak terbabit ambil tindakan TEGAS untuk SERTU najis mughallazah yang dah mencemari DULI YANG MAHA MULIA RAJA MELAYU.

1.25.2010

Sayang (pada persepsi aku).

Aku kategorikan sayang yang ada dalam diri aku kepada beberapa kategori.

1. sayang kepada agama.
Ini merupakan sejenis sayang yang timbul secara semulajadi dalam diri aku. Automatik bila jalankan tanggungjawab beragama menjadikan aku sayang agama aku, sayang Tuhan yang menciptakan aku dari spesis yang paling hebat di muka bumi ni.

2.sayang pada family.
Aku sayang family aku. Sayang nie tahap max di kalangan manusia lain kerana dari family aku la aku belajar banyak benda. Dari family akulah aku menjadi semakin kreatif setiap hari. Biar banyak dugaan yang ada, namun, kasih dan sayang aku terhadap
seluruh ahli family aku tetap utuh. Kerana ia tetap tak dapat dipisahkan walau apa pun terjadi kerana ini perhubungan kasih & sayang yang melibatkan keturunan.

3.sayang pada member2.
Hingga hari ni, dah ramai member yang berjaya membuatkan diri mereka disayangi aku. Xkira lelaki ataupun perempuan. Kasih dan sayang antara member nie pada aku mudah dinodai oleh sikap member yang kadang2 ambil kesempatan atas hubungan yang tersangat baik antara kita. Jadi, di sini, kebanyakan member yang mana aku sanggup p jumpa walau di mana pelusuk dunia ni, bermakna aku maish sayangkan mereka. Pada aku, member2 menjadi tempat aku mendapat kebahagiaan hidup dan tempat di mana aku mematangkan diri aku.



4.sayang pada kekasih hati.
Cinta pada kekasih hati ni pada aku ia berada lebih sket dari sayang pada member2 dan sayang pada kekasih hati ni 80% mirip sayang aku pada family. NAMUN, perlu diingat. Dalam perhubungan kekasih (sesama manusia), aku lebih berminat untuk perhubungan yang TIADA JELES, perhubungan yang MESRA dan mempunyai pengurusan emosi yang sangat mantap. Ak benci pada kawalan hingga mengehadkan segala aktiviti aku. Kerana sayang itu dari hati. Bukan perbuatan semata-mata.

5.sayang pada barang2.
Aku sangat sayang barang2 yang aku ada.. Xkisah besar mana barang tue, aku tetap sayang. Jadi, untuk guna barang aku, pastikan mendapat kebenaran dari aku samada secara lisan ataupun bertulis (SMS). Pantang kalo orang guna barang aku tanpa kebenaran dan lebih memburukkan keadaan, barang tue plak jahanam lepas dia guna. Bakal menyebabkan ledakan emosi yang menghasilkan ayat yang sangat berasid serta menghakis.


Pantang kalah.


Ada sejenis manusia di sekeliling aku yang aku jumpa dari spesis nih. Untuk beberapa jenis situasi ia sangat bagus untuk bersikap pantang kalah ni.

Di mana bagusnya pantang kalah?

Bagusnya untuk menaikkan semangat serta motivasi diri agar tidak terlalu down akibat kegagalan sebelum ni.

Lagi satu, ia bagus ke arah mempromosikan diri di mata orang sekeliling.


Apa yang meNANAHkan serta menjelikkan keadaan akibat pantang kalah ni??

Ia akan menjadikan kita macam tampak berlagak pada orang sekeliling..

Sikap pantang kalah akan menjadikan kita sukar untuk bertoleransi dengan orang lain. Contohnya masa perbincangan, kita cuma nak pendapat kita saja diterima. Atau cerita kita ja yang nak orang dengar.

Cerita yang diberitakan pada orang sekeliling menjadi semakin tipu dan menjadi 80% TIPU semata-mata demi menjadikan diri kita lebih BAGUS dari orang lain.

Bila cop dah mendapat pengendorsan dari ramai pihak yang terkena, maka persepsi itu amat sukar untuk dilepaskan. Maka, jadikanlah diri anda seorang yang bertoleransi, dedikasi,serta bekerjasama dengan orang lain. PANTANG KALAH, biar bertempat kerana makan pon perlu kena pada tempatnya. Kalo p makan nasi kat dalam tandas, maka ia nampak biadap. Begitu juga sikap PANTANG KALAH.

1.24.2010

Al-Fatihah buat Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

Sultan Iskandar Ibni Alhmarhum Sultan Ismail telah mangkat pada Jumaat yang lalu, jam 7.15 malam.

Jenazah Almarhum telah selamat dikebumikan di Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah pada 4.10 petang semalam.

Baginda merupakan antara Sultan yang paling tegas berkaitan akidah rakyat di negeri Johor. Dengan ketegasan inilah menjadi punca sayangnya rakyat Johor pada baginda. Almarhum Sultan Iskandar juga merupakan satu-satunya Sultan yang pernah menzahirkan (menyampaikan) khutbah Jumaat.

Semoga roh baginda diletakkan di kalangan pemimpin yang beriman.

Al-Fatihah.

1.23.2010

Kuasa Satu Undi.



Mungkin ada tempat sekarang yang sibuk dengan proses kempen pilihanraya. MUNGKIN ya...

Kebanyakan manusia spesis muda sekarang semakin bertambah pengetahuannya pasal undi mengundi ni sejak kes perubahan "luar biasa" dalam politik Malaysia. Namun, bila berlaku pilihanraya walau kecil sifatnya (contohnya piihanraya universiti), kebanyakan spesis muda homo sapien ni akan mengambil jalan mudah untuk tidak mengundi ataupun pergi mengundi untuk menjalankan proses merosakkan undi.

Pada mereka, undi tu tak begitu penting untuk masa depan mereka. Walhal, situasi ni sangat membahayakan landskap politik negara yang menjalankan proses demokrasi ni seperti Malysia.
2 tindakan berkaitan undi yang banyak dijalankan oleh pengundi muda ialah:

1. Langsung tidak mengundi.
2. Mengundi dengan membuat undi rosak.

Setiap pemimpin yang bertanding untuk mengundi nie memerlukan satu jumlah undi yang cukup banyak untuk melayakkan mereka dijadikan pimpinan dalam sesuatu organisasi terutamanya untuk membentuk "kerajaan" di sesuatu kawasan.


Aku bayangkan 2 kes utama nie sebagai sepinggan nasi.Sebab aku pilih nasi, kerana orang Malaysia lebih 90% makan nasi setiap hari.

Untuk membahagiakan perut kita yang lapar, biasa kita akan makan sejumlah nasi untuk menyelamatkan perut kita dari rasa lapar. 2 persoalan utama yang patut dijawab:











1. Adakah dengan makan 1 biji nasi saja sudah cukup untuk membahagiakan perut kita??

2. Kalo ada sejumlah nasi yang mentah sifatnya atau beras yang dimasak ni rosak, adakah nasi tu juga akan membahagiakan perut kita?


Dari sini, setiap biji nasi aku boleh katakan sebagai satu undi untuk mencukupkan sejumlah undi yang diperlukan untuk mendapat jawatan dalam pilihanraya. Kalau ada undi yang rosak, maka juga akan merosakkan proses pilihanraya. Kalo sejumlah besar biji nasi yang rosak, maka ia juga akan merosakkan proses makan kita.

Maka, jadilah warganegara yang bijak. Jangan sampai tergadai tanah warisan ini pada orang yang kurang bertanggungjawab. Jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

Sebiji beras tak ada, tak bahagia perut.
Satu undi tak ada, tak cukup bilangan undi.

Inilah kuasa satu undi.





*membahagiakan perut xbermakna kenyang. Ia hanya bersifat ilustasi yang memudahkan pemahaman.

1.22.2010

Cmna nak tengok masa depan Malaysia?


Bila tengok tajuk entry nie, dah rasa aku ni macam ahli nujum plak. Dan tidak teragak jugak akan wujud mulut longkang yang kata statement mcam aku ni Tuhan plak. Tapi, entry nie aku buat berdasarkan pemerhatian serta pemahaman tentang REALITI semasa.

Salah satu petunjuk mudah untuk tengok situasi masyarakat negara kita masa depan ialah dengan tengok cara hidup orang muda yang ada sekarang.

Kalo nak tengok kehidupan remaja zaman akan datang plak, kita boleh tengok berdasarkan petunjuk pada bebudak skolah yang ada skang..

Kaedah ni sama la macam kita nak tengok ayam masak merah yang nak dimasak. Kalo dalam perencah dia xdak bahan seperti ayam dan cili merah, maka masakan yang dihasilkan selepas masak tak mungkin akan dikatakan sebagai ayam masak merah. Ini perumpamaan yang jelas dan nyata serta mudah difahami semua.

Kalau tengok kehidupan orang muda skarang, sangat menakutkan. Kehidupan yang serba mewah, serba serbi senang. Nak makan, nak melepak, nak buang masa, nak tido puas2 ati, nak cari kerjaya yang hanya sesuai dan mudah saja serta malas nak jalankan tanggungjawab pada agama. Ini situasi yang ada sekarang.

Cuba bayangkan orang muda yang dalam lingkungan 20 ke 30 tahun umurnya nie dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ada yang sudah bekerjaya, dan ada jugak yang sudah mendirikan rumahtangga. Dan mungkin jugak yang masih membujang. Bayangkan jugak kalo semua perlakuan ini masih diamalkan sehingga 10 tahun akan datang?? Bagaimana corak hidup masyarakat masa tue??


Lagi satu kes, budak skolah yang ada skarang. Pertambahan bilangan anak Melayu yang dihantar ke SJKC sentiasa bertambah saban tahun. 10 tahun lagi, ada yang dah melepasi tingkatan 5. Ada yang dah berada di zaman pengajian tinggi. Adakah budaya Melayu tu akan terus meresap dalam hati generasi yang ada ni?? Bagaimana pula dengan sambutan yang ada di SK?? Adakah kian bertambah bilangannya?? Adakah SK akan terus mendapat tempat di hati ibubapa yang semakin hari semakin mementingkan kejayaan akademik berbanding kejayaan anaknya mendapat segenap ilmu untuk menjalani hidup di masa depan??

Jadi, di sini, apa yang mungkin berlaku di Malaysia ialah satu situasi yang agak huru-hara. Di mana anak Melayu akan diCinakan (bermaksud budaya Cina meresap dalam diri mereka) dan berkemungkinan mudah untuk dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Memandangkan rancangan realiti makin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Maka ini bermakna rakyat Malaysia semakin inginkan realiti untuk diketengahkan kepada mereka. Maka inilah realiti yang aku nak ketengahkan untuk santapan otak warga Malaysia.

1.21.2010

Hujan di Malaysia

Hujan..

Sesetengah orang di Malaysia sangat benci ngan ujan. Sesetengah orang di Malaysia sangat menikmati hujan. Kerana masa hujan la waktu paling sedap untuk menternak air liur basi di atas bantal busuk yang telah sedia peta zaman paleolitik dulu.

Tapi, limpahan hujan di Malaysia tak henti-henti. Sampai melimpah ruah yang menjadi penyebab bencana banjir. Ada hadis (xsalah aku kurang sahih hadis ni) mengatakan hujan tue rahmat dari Allah. Oleh itu, kalo hujan, watpa nak lari?? Bukankah hujan tue rahmat?? Itu yang aku selalu persoalkan..Tapi, kalo xcari tempat berlindung, maka basah la kita..Itu punca orang lari.

Bila muncul isu hujan tue rahmat dari Tuhan, maka timbul plak pendapat berikut:

"hujan yang banyak di negara kita menunjukkan betapa berkatnya negara kita nie sampai Tuhan turunkan rahmat dariNya sehingga melimpah ruah".

Maka, limpahan rahmat nie menjadikan negara kita sentiasa aman, makmur, harmoni dan bertambah kekayaannya. Limpahan rahmat ni jugak la menjadikan kehidupan kita di Malaysia sangat mewah, makan boleh
banyak2 sampai tahap dibuang makanan. Duit yang banyak, sampai tak boleh nak dibuat benda lain yang Halal, yang dibuat dengan dibelanjakan untuk minum, pergi rumah urut dan yang semaksud dengannya.

Hujan adalah petunjuk kepada sayangnya Tuhan pada rakyat Malaysia. Bersyukurlah warga Malaysia. Tuhan sangat sayangkan kita. Jangan sampai limpahan rahmat ni akhirnya menjadi limpahan bencana akibat kita yang tidak mensyukuri segala kenikmatan dan kesedapan yang kita ada sekarang.

1.20.2010

Sindrom Tak Nak jadi Imam....


Kalo bab nak kempen untuk TAK NAK ROKOK, semangat la banyak orang... Tak kurang jugak yang wat men2 ngan kempen nie...

Tapi isu lebih MANTAP skang nie, bila banyak lelaki yang sebaya aku dah banyak maleh nak jadi Imam.. Itu pon kalo la tunaikan solat..

Antara ALASAN favourite bebudak laki skang xmo jadi imam masa solat ialah:

1. Tak reti nak baca doa dalam Arab.

2. Tak reti baca Qunut versi Imam.

3. "aku rasa aku belum layak"

4. "aku banyak dosa dari ko, ko la jadi"

Kesian kan?? Pada wanita2 yang ada skang, pepandai la pikir nak pilih calon laki ya..

Sindrom ni sangat bahaya pada aku.. Kerana lelaki adalah paling layak untuk jadi pemimpin. Namun, kalo benda asas camni pon takleh nak handle with care, maka semakin kusut la masalah sosial di kalangan umat.

Mesej kepada lelaki di sekeliling aku, termasuk diri aku. Mantapkan diri dengan ilmu agama. Kerana kita akan memerlukannya sepanjang masa tak kira waktu susah mahupun senang.

1.19.2010

Why I like it LONGER???


If have it as longer as usual, it will be the best.

If u experience it as longer as u can, the more satisfaction u'll get.

Sometimes,
Handsome guy dont give longer than u think.

Sometimes,
Beautiful girl cant stay longer with u.

Sometimes,
girl like something longer...

Sometimes,
boys also like things to be longer...

And sometimes,
everyone like things to be longer than ever...




Why I like "it" longer?
1.The feel will be more great and more temptation.
2.the experience will be last longer.
3.I can define it as long as I want and as high as I like.
4.I'll get clear & wide view.
5.I'll love it as long as I can.


That's why, the longer, the best ever.





1.18.2010

Setiap Saat.

Sedar atau tak, ini adalah realiti yang berlaku di seluruh dunia setiap saat, setiap waktu.

Setiap saat pasti akan ada orang makan..
Setiap saat pasti akan ada orang berjalan.
Setiap saat pasti ada orang tido...
Setia saat pasti ada orang keja..
Setiap saat pasti ada orang bertambah duitnya...
Setiap saat pasti ada orang yang abes duitnya...

Setiap saat akan ada orang buang masa...
Setiap saat pasti ada orang bercakap telefon...
Setiap saat pasti ada orang mengumpat...

Setiap saat akan ada orang yang bersolat..
Setiap saat pasti ada orang yang dok terkangkang...
Setiap saat akan ada manusia dilahirkan..
Setiap saat pasti ada orang mati....


JAdi, dengan situasi ini, kita harus sedar... Setiap saat itu sangat penting kerna dengan hanya satu saat banyak perkara yang sebenarnya berlaku... Hargailah masa kerna ia berjalan sekali seumur hidup.. Saat ini takkan berulang lagi selepas nih.

1.15.2010

Dia memang manja dari kecik....

Tajuk di atas merupakan antara statement yang aku kurang suka sejak dulu. Sebabkan statement nie la aku rasa menjadi antara punca utama kepada masalah sosial di Malaysia. Masalah sosial yang aku maksudkan di sini bila berlaku anak buang bapak tepi jalan, mak buang anak, seks xkira jantina, dan lain2 yang berkaitan.

Pada aku, ini semua terjadi bila anak xtakut ngan mak bapak. Takut nie pada aku, bukan bermakna sampai nak kena sembah mak bapak kita. Maksud di sini ialah takut yakni dengar nasihat dan mudah untuk diajar oleh mak bapak.

Masalah skang nie, bila mak bapak terlalu sayang anak, manjakan anak. Xsalah manjakan anak. Tapi pada aku, ia tak bermakna manjakan anak sampai segala benda yang anak mau dibagi ja.. Sampai tahap anak tue xreti nak usaha sendiri untuk hidup.

Ini sedikit contoh realiti yang berlaku skang.

Kebanyakan anak yang "manja dari kecil" ni, memang mendapat sepenuh kasih & sayang termasuklah sepenuh support terutama kewangan dari mak bapak dia. Bila anak dah melepasi tingkatan 5, maka anak akan mula memerlukan duit yang lebih untuk pembelajaran dan kehidupan di zaman kolej dan universiti.

Trend yang ada skang anak ni biasa diberikan sejumlah wang yang boleh diibaratkan sebagai gaji kepada anak nie sebab anak ni masih belajar. Jumlah wang yang dibagi oleh mak/bapak ni bukan sikit, biasa boleh mencecah lebih 10% dari jumlah gaji mak/bapak dia ni. Jadi anak yang mcam nie memang sedap hidupnya. Dah la dapat wang pinjaman pelajaran, "gaji" bulanan lagi. Bila ditanya sebab apa bagi anak camni? Jawapan mak/bapak "kesian, anak aku nak makan. dia tue manja dari kecik lagi.. Kesian kat dia". Lebih kurang camni la ayat dia.

Bila anak dah graduate dari U, mula maleh nak carik keja. Kalo stakat keja cikai2 ja, xmo. Nak yang bertaraf eksekutif, yang keja pejabat ja. Selagi xdapat, selagi tue la dok arap "gaji" dari mak bapak nih. Lebih parah lagi, dah keja pon dok mintak lagi "gaji" dari mak bapak. Camna tue??

Itu kisah realiti yang ada.

Disebabkan aku belum ada anak, aku xdapat selami sepenuhnya perasaan jadi bapak. Namun, ini berdasarkan pengamatan aku. Pada mak bapak yang manjakan anak dia, aku berpesan agar jangan sampai anak xtakut ngan kita. Bila kita susah nak kawal anak kita, maka tercirit la nak tanggung kesusah di masa akan datang.

Kepada anak2 yang ada, sentiasa berfikir untuk blajar hidup berdikari. Biar kita ada mak bapak yang lebat duitnya umpama daun di pokok. Tapi semua itu bermula dari kesusahan dan kepayahan hidup. Belajar untuk bersusah dulu, sementara masih muda.

1.14.2010

Di mana kelebihan diri?

Aku asyik saja terpikir, di mana letaknya kelebihan yang ada pada diri aku.. Begitu juga orang lain. Setiap orang ada kelebihan masing2. SEMUA ya, bukan sesetengah orang.

Namun, ia bergantung pada orang tue, samada dia cepat atau lambat jumpa kelebihan yang ada pada diri dia. Ada jugak orang yang malang, dia xpernah jumpa kelebihan yang ada pada diri kita.

Pada aku, untuk kita tau di mana letaknya kelebihan diri tue, kena wujudkan hubungan ngan banyak orang. Maksud aku banyakkan kawan di sekitar hidup kita. Biar ramai, dan biar variasi latarbelakang kawan2 kita. Namun, risiko yang perlu diambil ialah kita akan mudah terpengaruh dengan member2 yang "kurang" baik. Di sinilah letaknya jatidiri dalam diri kita. Asas dalam diri kena kuat.

Berkenaan dengan pandangan orang lain atau buah mulut orang lain tak perlu kita hiraukan. Sebabnya mulut manusia nie, sampai kiamat pon takkan berhenti untuk berkata2. Perlu jaga hati dan perasaan ja, itu pasti.
Dari kawan2 inilah kita akan jumpa kelebihan diri kita. Dan kita perlu sentiasa optimis dengan segala pujian mahupun kutukan dari orang sekeliling kita. Kerana kutukan tue kadang2 akan memberikan kita idea yang sangat bernas untuk berjaya.

Oleh yang demikian, kelebihan diri bukan dari fizikal yang tinggi atau yang lebih lemak dari orang lain. Kelebihan diri ialah satu keupayaan seseorang untuk membahagiakan manusia di sekitarnya tanpa menyebabkan dia mendapat mudarat mahupun orang lain mendapat kesan mudarat darinya.

Ingatlah bahawa kawan2 di sekitar kita sebenarnya menjadi CERMIN utama dalam mengenalpasti di mana kelebihan yang ada pada kita.

PERINGATAN: Kadang2 ada kawan yang nampak kelebihan kita & berusaha untuk menjatuhkan kita. Itu pesanan rasmi yang ditaja oleh Mee Sedap.

Bila Tuhan dijadikan "ubat".

Pernah anda pergi klinik??? Pernah dapat ubat??? makan 3 kali sehari, selepas makan.. Ada jenis ubat, makan bila perlu..

Inilah realiti skarang.

Xkira apa jua agama (walaupun masa ni kecoh ngan isu kalimah Allah yang nak digunakan oleh satu jenis agama langit yang ada di dunia ni) semua agama ada kepercayaan dan Tuhan masing2.

Namun, bila senang, Tuhan tue seolah-olah dilupakan. Ala, nanti tua baru kita ingat Tuhan. Itu yang biasa diterbitkan dari mulut kebanyakan manusia zaman kini.

Namun, bila "perlu" maka Tuhan diagungkan, Tuhan la tempat nak minta bantuan dan Tuhan juga la jadi tempat nak mengadu. Dah macam ubat pula Tuhan skarang ni. Itu yang aku dapat katakan.

Sedikit peringatan untuk member seIslam ngan aku. Preskipsi kita untuk menjalankan kewajipan pada Tuhan kita ialah untuk "menghadap" dan menyembahnya 5 kali sehari. Bukan bila perlu.

Sedangkan ubat sekalipun, kalo kita xmakan ikut preskripsi yang ditetapkan akan membawa mudarat. Inikan pula kewajipan kita untuk mengisi preskripsi kita dengan Tuhan. Perlukah ia diabaikan???


Tepuk dada, tanya Iman.

**Sekadar pesanan untuk diri sendiri & sahabat yang berbeza agama yang lain

1.12.2010

Pergi


Lagu "pergi" menjuarai AJL24 bebaru nie.....Sangat politik kemenangan dia..

Pada aku kemenangan lagu nie akan mempercepatkan kejatuhan AIZAT dalam industri muzik. Tue ja yang aku dapat kata.

Konon lagu nie menyokong konsep 1Malaysia yang diinspirasikan oleh PM kita. Bila aku nengok salah sorang juri profesional dalam Anugerah Juara Lagu ni, terdiri daripada Datuk Farid Ridzwan (CEO Media Prima). Maka xhairanlah kalo si Aizat menang.

Berkaitan isu biadapnya Aizat ngan pihak produksi AJL24 berkaitan rancangan persembahan dia untuk bawak band dia masa AJL24. Siap bawak bapak dia lagi (bajet ada status datuk leh la settlekan masalah ni?)ahaha... Akhirnya xdapat la jgak. Tapi, pada aku, kalo dah keja nih, xyah la nak libatkan bapak. Nampak sangat la bapak xreti ajar anak menghasilkan anak yang kurang ajar.

Kesimpulannya, kalaupun diri anda artis, kita tetap manusia. Jangan fikir bapak kita berada dan berstatus lebih, maka segala kuasa kita ada. Jangan sampai orang benci kita. Susah nak hidup.

1.07.2010

Ibu Jari.

Pernahkah anda terfikir?

Bangun saja dari tidur, anda dapati ibu jari kedua2 belah tangan anda hilang??? Ada kat sebelah handphone yang slalu anda letakkan di sebelah kepala sebelum tido.

Camna tue??

Nak minum air pon, terpaksa guna kedua belah tangan...

Nak tunjuk "GOOD" pon xdapat...

nak bawak motor @ keta pon susah...


kesian kan???

Maka, bersyukurlah dengan kurniaan ibu jari dari ALLAH yang esa kerana tanpanya banyak benda kita xleh wat...aha

1.06.2010

Pencabulan kemuliaan & keesaan sedia ada.

Kes keputusan mahkamah pada 31 Disember 2009 yang lalu, di mana Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly dengan alasan gereja itu berhak berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Tahniah buat umat Islam kerna "kejayaan" ini. Namun, hanya sebahagian kecil saja yang bertindak untuk menunjukkan protes ke atas keputusan ni. Dari jutaan pengguna Facebook di Malaysia nie (yang majoritinya Islam), hanya 75000 saja yang menunjukkan tanda protes dalam group" protes yang diwujudkan.


Itu dari bahagian Facebook. Tapi, masyarakat Islam sedia ada, terutama yang berada di bandar besar seperti KL ni, isu nie seolah-olah tiada apa yang berlaku. Seakan pasrah dengan keputusan yang ada. Nampak sangat bila tiang agama xteguh, maka kemuliaan dan keesaan yang ada pada Allah juga seolah tidak lagi dihiraukan. Itu realiti.

Apa kesan bila keputusan ini tetap berjaya & rayuan ditolak???

- Kalimah Allah boleh digunakan sewenang2nya.
- Kalimah Alah juga akan mudah diperkotak-katikkan dengan diletakkan pada tempat2 yang hina. (Cthnya bila risalah yang diluluskan penggunaan kalimah Allah tue, digunakan sebagai pembungkus nasi lemak atau dibuang selepas dibaca.)Bukankah ini sejenis penghinaan terhadap kesucian agama Islam??
- Juga dibuktikan bahawa penghinaan ke atas kalimah ini juga boleh dikatakan penghinaan ke atas perlembagaan Malaysia. (Di mana letaknya keluhuran perlembagaan????)


**Isu ni telah menyebabkan aku rasa mcm TAHI ke atas sistem kehakiman yang ada di Malaysia.

1.05.2010

Konsep reunion....

Bila dah masuk era keja nih, maka ramai la member2 lama yang ajak nak wat reunion beramai-ramai. Konon untuk menyatukan balik kita yang dulu bernaung di bawah satu organisasi yang sama cthnya skolah, matrik, U dll...

Kebanyakan proses reunion ni terjadi, hanya untuk berjumpa, bergelak ketawa sambil mengenang kembali zaman yang pernah dilalui bersama. Kalo waktu zaman tue kita berbaik, maka ok la jadinya.. Tapi mcm mana plak kalo zaman tue, kita mmg xpernah bermesra??? Maka alasan terbaik ialah, waktu reunion ni la nak berbaik semula dan kembali bermesra.. Ok, ini alasan yang boleh diterima (ikhlas @ x xtau lagi).

Konsep reunion yang aku cadangkan ialah dalam 2 bentuk:

1.Konsep melibatkan program untuk junior.
-maksud aku, konsep ni mcm kita wat program untuk junior di tempat kita bernaung sebelum ni.Sharing pengalaman & perasaan.
-at least sumthing yang kita fikirkan boleh bagi manfaat pada junior kita untuk tempuh era hidup yang akan datang.
-kelebihan konsep nih, kita yang datang wat program ni akan lebih kerjasama dan faedah didapati untuk bebudak di organisasi yang kita bernaung sebelum nih.


2. Konsep reunion secara berseronok & berekreasi.
- konsep ni bersifat suka2 dan boleh diterima kalau ianya mempunyai perancangan yang rapi untuk kembali menyatukan semua yang datang untuk reunion.
- perkara yang perlu dititik beratkan ialah bagaimana untuk membuatkan ia tampak menari, rapi dan tersusun.
-kalo konsep ni xberjaya, maka reunion menjadi sia2 dan hanya memberikan kesan pada orang tertentu saja.
-pastikan tiada kejadian duduk secara berpuak dan sesi mengumpat antara satu sama lain.Ini hanya akan memburukkan keadaan.



**ini sekadar idea dari aku. Untuk aku organizekan benda ni, boleh saja. Cuma kerjasama dari pihak terbabit amat diperlukan.Kalo susah sangat nak bagi kerjasama, tlg tengok Wonder Pets di TV9 untuk keterangan lanjut.

1.04.2010

Ke arah menjadi pengguna bijak.

Nak jadi, pengguna bijak sangatlah senang. Dalam pengetahuan kita perlu diisi sepenuhnya berkaitan produk @ servis yang kita inginkan. Pengetahuan ini bukan sahaja perlu dketahui, malah dihadam dengan baik.

Selain tu, pengguna bijak ada sifat sopan santun. Ini budaya kita. Justeru, kiranya mendapat layanan kurang baik dari pegawai khidmat pelanggan, barulah layak untuk bertindak lebih tegas, itupun kalo btul2 layanan itu umpama menghalau anjing yang sedang menyalak.

Oleh yang demikian, maka ketahuilah anda semua bahawa menjadi pengguna bijak bukan bermakna anda boleh marah sesiapa dengan sewenang2nya. Kiranya ini berlaku, maka terbuktilah anda sebenanrnya dibesarkan tanpa kasih sayang serta perhatian yang cukup dari penjaga anda. Mungkin kerna itulah anda mahukan perhatian yang sewajarnya dari pegawai khidmat pelanggan. Itu kesimpulan terbaik untuk pengguna yang berlagak "bijak" yang pandai2 marah pegawai khidmat pelanggan.

Kesimpulannya, untuk menjadi pengguna bijak, pastikan pengetahuan anda cukup semasa membeli & perbandingan yang anda buat sudah puas untuk membolehkan anda memilih produk/servis terbaik buat anda.

Jadilah pengguna bijak. Bukan pengguna yang bodoh sombong.

1.03.2010

Lepas kerinduan....


Nie la, bila dah start ngan dunia keja. Nak balik umah, gathering ngan family susah yang amat... Tahan ja la... Syukur la nie masa cuti Krismas ritu dpat wat gathering family aku balik. Sangat menarik.

Tempat: Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang.

**Xdapat update awal pasal internet wat hal.

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...