3.30.2009

Bahagiakan Orang

Hidup kita xselalunya indah.. Begitulah yang ditunjukkan Tuhan melalui kejadian alam. Di mana kita boleh lihat, kadang2 langit tue xselalunya cerah.. Kadang-kadang mendung.. Dan kadang-kadang hujan.

Setiap manusia mahukan kebahagiaan dalam hidup.Kebanyakan orang menganggap kejayaan dalam perkara yang dikehendaki sudah cukup untuk membahagiakan diri. Terdapat banyak kaedah yang manusia gunakan untuk memastikan hidup bahagia.

Ada yang semangat mencari rezeki bagi memastikan ada duit lebih yang pada fikirannya boleh membahagiakan dirinya. Ada yang bahagia bila dapat menelefon keluarga mahupun orang tersayang. Tak kurang jugak ada yang bahagia bila dapat menikmati makanan kegemaran.

Inilah uniknya manusia.

Apa yang cuba aku kongsikan ialah kadang-kadang kita perlu bekorban demi kebahagiaan orang sekeliling kita. Namun, pengorbanan ni perlu kena pada tempatnya.. Takut silap hari bulan, kita pulak yang terkorban.

Macam mana? Mudah, cuma kita perlu bantu kawan kita yang dalam kesusahan sebaik mungkin selagi tidak memudaratkan diri kita.Itu pegangan yang baik untuk diamalkan.

Konsert AF7 Minggu 3



Konsert AF7 Minggu 2


YAZID – Lelaki Ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)

3.29.2009

Earth Hour di UMS & sekitar....

2 perasaan bila detik bermula jam 8.30 malam...
1.Bangga...

Kerana ramai kawan-kawan yang aku kenal sebenarnya sedar tentang pentingnya menjaga alam sekitar & betapa seriusnya masalah alam sekitar sekarang..Tindakan 90% member sekitar aku untuk menutup lampu demi menyokong kempen earth hour nie, menunjukkan seriusnya mereka terhadap isu ni... Thanks buat kawan2.. Malah terima kasih khas buat mak abah kat umah yang jugak sudi sokong untuk kempen nie di peringkat rumah aku..wahaha....Biarpun ujan kat Penang masa Earth Hour, tapi lampu tetap ditutup...Yezza...

2.Geram.
Aku geram dengan segelintir manusia yang ada di sekitar aku nie yang macam sengaja takmo amek peduli ngan kempen ni.. Ada jugak yang tetiba jadi penakut... Takut gelap konon.... Ada jugak yang jenis penting diri... Nak dia saja yang hidup aman di bawah sinaran lampu kalimantang yang cerah...
Satu lagi golongan yang aku amat geram(mendorong pada marah) ialah bakal2 doktor ayam yang wujud di sekitar aku ni (except Hafiz). Memang la nama budak medic pon. Xkan time earth hour pon nak study. Kalo nak study sekalipun, kenapa budak yang blaja bawah lilin pon bleh berjaya jugak?? Ni nak korban 1 jam untuk tunjukkan sokongan kat bumi yang dok pijak tetiap hari ni pon langsung xmo. Mampus la anak cucu aku nanti nak kena jmpa doktor perubatan yang penting diri & xmampu nak fikir hal masyarakat dunia langsung.

Kesimpulan di sini, aku amat berbangga dengan masyarakat Malaysia terutama yang menyokong kempen ni bagi yang ada di sekitar Sabah..Sapa2 yang xbertindak..Xterlibat dalam kebanggaan aku ni...

3.27.2009

24 Jam lagi...Kesatuan manusia diperlukan!!!


Tinggal 24 jam lagi untuk kita tunjukkan sokongan kita..

24 jam lagi nak tunjukkan kesepaduan kita masyarakat dunia..

24 jam lagi nak tunjukkan betapa bersatunya manusia untuk berusaha menjaga alam sekitar.

Kesatuan manusia diperlukan!!!

Jam 8.30 malam hingga 9.30 malam..

Padamkan lampu anda....

Tunjukkan sokongan anda!!

Transformasi UMNO....



Pucuk pimpinan UMNO telah pun kita ketahui..




Namun, apa yang bermain di fikiran ramai orang, apa pula perubahan atau transformasi yang berlaku dengan pimpinan yang baru dilantik nie???




UMNO kini telah mula menampakkan nilai lebaralisme dalam kepimpinannya. Berbanding sebelum ini, gaya konservatif yang diamalkan tampak dapat menguatkan perjuangan yang sentiasa belum selesai itu.




Terbaca penulisan dari blog Faisal Tehrani menyebabkan aku berminat untuk menyokong isi penulisan yang diutarakan beliau.




2 kaedah transformasi yang perlu dititikberatkan oleh pimpinan UMNO yang baru. Terutamanya untuk Ketua Pemuda.


1. UMNO perlu kenalpasti virus yang merebak & cuba disembur ke dalam hati pemuda Melayu & Malaysia.


2.UMNO juga perlu kenalpasti kaedah untuk menguatkan jatidiri & akidah pemimpin Melayu & umat Melayu yang ada.




KAedah ini perlulah dibuat dengan pendekatan yang baik tanpa memikirkan parti yang dipegang kerana pendekatan menyeluruh inilah yang mampu menaikkan kembali kepercayaan & reputasi rakyat terhadap pemimpin UMNO.




Justeru itu, perjuangan baru bermula. Teruskan perjuangan buat pemimpin Baru UMNO..

3.26.2009

Padamkan Lampu Anda!!!

Jangan Lupa!!!

Padamkan lampu anda pada jam 8.30 malam - 9.30 malam..

1 jam sahaja!!

Sabtu nie!!! 28 Mac 2009!!

Tunjukkan bahawa anda sedar akan bencana yang menimpa alam sekitar..

Tunjukkan bahawa anda sedar & mahu menjaga alam ini dengan baik..

Sokonglah Earth Hour...

3.25.2009

Sokongan anda diperlukan!!


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Sokongan anda diperlukan!!! Xperlu menjadi mana-mana ahli parti politik... Xkisah dari mana-mana kursus yang anda ambil!

Kita semua perlukan alam ini untuk meneruskan kehidupan.. Perubahan iklim & cuaca dunia semakin buruk & impaknya semakin terasa.

Tunjukkan sokongan anda untuk menjaga & memakmurkan bumi ini dengan MENUTUP LAMPU pada hari SABTU, 28 MAC 2009 pada jam 8.30-9.30 malam.

Dari sini kita dapat lihat betapa kesatuan manusia diperlukan dalam menjaga alam sekitar.


Rujuk http://earthhour.org.my/main.php

3.23.2009

Malam Anugerah Kecermelangan Mahasiswa Kolej CD.


Aku tadi jam 11.30 malam baru balik dari MAKMA CD... Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa untuk siswa dari kolej CD... MAKMA tahun nie aku xbanyak yang dapat aku katakan melainkan satu dinner yang lebih relax & tenang. Xtau knapa.

Mungkin malam nie susunan majlis dia sangat relax & tersusun rapi. Persembahan yang disembahkan sangat menghiburkan dan menenangkan bagi semua yang hadir. Makanan yang sedap & tidak terlalu banyak yang boleh menyebabkan pembaziran makanan.

Penghargaan dibuat kepada semua siswa yang telah memberikan sumbangan xkira MPP mahupun JAKMAS sendiri. Aku sangat berbangga dengan penganjuran yang meliputi semua ni.Sebabnya, kalo di peringkat skola aku (xmo sebut skola mana), MPP langsung dia xamek kisah. Just amek syarat ja jemput presiden MPP (time aku la) walhal skola aku ni pemegang kerusi MPP terbanyak dalam UMS nie. Tapi, bila nak mintak $$$$ dari tabung PMUMS, baik plak dtg jmpa aku..Huhu.. Ntah la...Manusia...

Namun, kesimpulan di sini, aku amat berbangga tinggal di Kolej CD selama 3 tahun aku di UMS. Biarpun kadangkala susah berada di sini. Namun keadaannya tetap membahagiakan. Tahniah buat penganjur MAKMA 2008 dan terima kasih kepada semua yang sudi membahagiakan hidup aku sepanjang aku berada di Kolej CD....TQ.


3.22.2009

Terapi..


Skang nie, memang musim kebanyakan student agak tensen... Banyak asignment nak kena antar... Dicampur pula dengan final year project untuk mahasiswa tahun akhir macam aku nie... Memang satu suasana yang agak tertekan dan membingungkan..

Namun, inilah cabaran yang harus dihadapi dengan tabah & cekal. Aku mencadangkan untuk membuat terapi 'makan' untuk diri aku... Aku nak cuba untuk makan apa yang boleh dimakan selagi aku rasa lapar. Sebabnya makan adalah satu terapi yang baik untuk aku menghilangkan tekanan & serabut kepala.

Kalo dapat sambal tumis udang mak aku.. Pergh! Mau lagi sedap rasanya... Namun apakan daya, hidup di perantauan..Kena la pulun cari bahan2 sendiri untuk dibuat terapi makan. Paling best pon bleh dapat kari kambing kat Restoran Farvis di Taman Kingfisher..Wahaha...

Kesimpulan di sini, terapi makan mampu membantu anda untuk menghilangkan serabut...Selamat menjamu selera!

3.20.2009

Pilunya PPSMI...

Lalu,
aku sayu dan aku pilu;
lalu,
aku ragu dan aku malu …
Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji,
sekali nafi;
sekali pancang,
sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?
Lalu pemimpin angkuh berkata …
Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!
Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.
Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,berlidah dua.
- A. Samad Said


*Sengaja aku petik sajak dari A.Samad Said....Baru aku jmpa masa dok jenguk2 kat internet nie..

3.16.2009

Kerja Lapangan Labuan Bahagian 2


Hari Isnin yang lalu kami (sebahagian mahasiswa Sains Sekitaran sebab sebahagian lagi ke tempat lain) dibawa melawat Labuan Crude Oil Terminal (LCOT). Satu tempat di mana minyak mentah dari pelantar minyak dikumpulkan dan dihantar untuk eksport luar negara. Syarikat yang mengelola terminal nie ialah Shell. Kami dibawa melawat "control room", tempat di mana minyak mentah disimpan & dihantar dan juga tempat sisa merbahaya dirawat kat sini..


Kat sini sisa merbahaya dia rawat guna bakteria... Bakteria dibeli dari syarikat luar untuk digunakan bagi merawat sisa merbahaya kat sini... Sisa merbahaya yang wujud di sini biasanya melibatkan tanah yang "tersedut" sekali dengan minyak mentah yang "disedut" dari dasar laut. Tanah ini perlu dirawat dengan baik sebelum dibuang.


Tempat di mana sisa ini dirawat dinamakan sebagai "sludge farm". Semua pekerja yang bekerja di sini kena pakai pakaian keselamatan untuk mengelakkan dari sebarang jangkitan akibat penggunaan bakteria dalam proses merawat sisa buangan macam ni.


Selain tu, aku jugak nak ceritakan bagaimana keselamatan di LCOT. Di sini setiap pekerja mahupun pelawat yang masuk perlu meninggalkan handphone, kamera dan lighter di pondok pengawal. Ini dibuat atas tujuan keselamatan kerana LCOT ni merupakan satu kawasan larangan yang mampu membahayakan negara.


Pegawai yang mengiringi kami semasa lawatan ni sangat supporting. Thanks banyak Sub Insp Mohd Zaili dan Mr Hong Ley Kiong atas penerangan & perkongsian maklumat dengan kami dalam kerja lapangan di LCOT..Thanks jugak wat Prof. Madya Dr Piakong, pensyarah untuk subjek Pengurusan Sisa Pepejal & Toksik kerana sudi untuk menguruskan dan membawa kami semua untuk datang ke Labuan & membuat kerja lapangan di sini. Terima kasih banyak2...




Kerja Lapangan Labuan Bahagian 1..


















Hujung minggu kali nie aku habiskan untuk perjalanan ke Labuan.. Untuk subjek Pengurusan Sisa Pepejal & Toksik, pensyarah aku wat kerja lapangan untuk kami aplikasikan perkara yang dibelajar dalam klas. Untuk fieldwork kali ni kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Sebabnya program sains sekitaran kali ni agak ramai iaitu 110 orang. jadi, 30 orang akan ke Labuan Crude Oil Terminal (LCOT), 30 lagi akan ke Labuan Supply Base (LSB) kedua-dua lokasi ini dimiliki oleh SHELL dan lagi lebih kurang 50 akan ke Hospital Labuan awal pagi nie untuk melihat sendiri kaedah pengurusan sisa yang ada di 3 lokasi ni.


Balik dari kerja lapangan nie, kami dikehendaki menyediakan laporan berupa "asignment" untuk dihantar kepad Pensyarah kami iaitu Dr Piakong Mohd Tuah..Apa pun, terima kasih untuk Dr, kerana sudi berusaha untuk bawa kami ke sini untuk tujuan kerja lapangan. Bukan mudah untuk menguruskan 110 orang.Diharapkan semuanya berjalan lancar pagi nie..Insyaallah..

Bunkface - Revolusi

Bunkface
Bunkface - Revolusi: Download SINI



Thanks to Jiwang.ORG

3.15.2009

Idea kreatif


Setiap orang ada idea masing-masing berkenaan dengan apa saja yang wujud mahupun yang berlaku dalam dunia sekeliling kita.. Tapi, sesuatu idea itu akan dianggap sebagai KREATIF bila mana idea yang diluahkan atau dikeluarkan tue boleh diterima dan merupakan idea yang belum pernah diluahkan oleh orang lain di dunia ni. Itu idea kreatif.


Aku sangat sukakan penerokaan idea kreatif. Sebabnya, bila kita berjaya mengeluarkan satu idea kreatif, kita mudah untuk membantu orang sekeliling kita untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Selain tue, idea kreatif ni aku percaya bahawa ianya boleh dijanakan atau boleh dibentuk. Tetapi, prinsip yang wajib dipegang dalam menjana idea kreatif nie ialah setiap idea yang dikeluarkan oleh orang sekeliling kita perlu kita amek sebagai satu idea yang boleh mencetuskan idea lain.


Jadi, banyak perkara yang boleh kita buat untuk janakan idea kreatif. Tengok tv, jalan-jalan, baca buku, dan macam-macam lagi.


Contohnya, kalo kita tengok tv, ceta yang kita tengok plak Perlawanan Bolasepak Liga Juara-Juara MU lawan Liverpool. Kita seharusnya tengok bukan hanya pada perlawanan bola semata-mata. Kita patut tengok apa iklan yang cuba diiklankan kat tepi2 padang tue. Camna rupa penyokong yang ada kat stadium. Apa reaksi yang ada kat stadium. Macam mana penyokong kat stadium tue boleh penuhi semua tempat duduk. Dan bermacam-macam benda yang boleh kita tengok.


Bila kita dah tengok smua tue, fikirkan cmna nak sesuaikan dengan idea yang ada dalam kotak pemikiran kita. Cuba sesuaikan dengan keadaan yang kita sendiri hadapi. Insyaallah dengan setiap tindakan yang kita wat membolehkan kita untuk cuba membuat sesuatu yang baru & dapat menjadikan kita lebih berguna di mata masyarakat.


Mari janakan idea kreatif untuk hidup bahagia!!

3.14.2009

Kawalan emosi..


Hari ni aku nak kongsi pendapat & sket tips mengenai emosi...


Selalunya, bila kita nak menegakkan kebenaran yang biasanya berkenaan dengan hak kita, emosi akan menguasai diri kita...Keadaan ni biasanya akan menyebabkan kita seolah-olah meletup yakni suara jadi semakin keras & bertambah lantang. Bila dah jadi cmnie, kita dok kira nak marah saja ngan orang yang kita bercakap tue.. Maka emosi dah xdapat dikawal...

Bila ni terjadi, kita susah nak menegakkan apa yang kita rasakan betul tadi.. Sebabnya, emosi saja yang mampu mengukur tahap kewarasan seseorang mengeluarkan idea untuk menegakkan perkara yang dia rasakan betul.

Ini tips yang aku rasakan penting untuk kita gunakan dalam pergaulan sehari-hari. Kawal emosi, hiasi peribadi...

Yuna - Dan Sebenarnya

Aishah AF7
Nie lagu yang akan dinyanyikan Aishah pelajar AF7 dalam konsert pertama esok.

Yuna - Dan Sebenarnya:Download SINI

Hello!

Sengaja aku wujudkan blog nie untuk aku kongsikan segala perkara yang aku rasakan bagus kehidupan di alam maya...Semoga apa yang aku cuba ketengahkan dalam ni memberikan manfaat kepada semua...

3.13.2009

Transformasi bermula!


Nampaknya semangat aku untuk berubah kepada yang lebih rajin semakin membuak-buak... Tak tau kenapa, mungkin sebab kuasa transformasi dalam diri dah bertambah...Mungkin ya... Namun, semuanya datang dari Allah yang memberikan aku ilham untuk jadi lebih rajin dalam perjuangan... Justeru itu, aku memulakan transformasi diri dengan tukar template blog aku kepada apa yang terjadi skang..


Apa pendapat hangpa smua???? Ok ka??? Tinggalkan komen anda..

3.12.2009

Serlahkan Transformasi Diri....

Skang ni waktu untuk aku transformasikan diri aku....

Dari yang MALAS tahap max, ke RAJIN tahapo maksima....Semuanya kerana situasi skarang mahukan aku untuk melakuan transformasi... Tak boleh agi tidur banyak... Tak boleh lagi untuk main banyak... Lebihkan tumpuan kepada apa yang aku perlukan...
Hanya tinggal xkurang 6 minggu lagi untuk aku teruskan pengajian.. Diharapkan dengan permulaan ini, mampu memberikan aku transformasi bagi meningkatkan prestasi setiap hari..

Serlahkan transformasi anda! Pasti berjaya!....

3.10.2009

Anugerah Pensyarah Cemerlang 2008


Anugerah Pensyarah Cemerlang 2008 diwujudkan untuk memberi penghargaan kepada pensyarah yang cemerlang.. Pencalonan untuk pensyarah cemerlang ni akan dibuka bermula 10 Mac 2009 hingga 3 April 2009.. Jadi, kepada semua mahasiswa UMS, anda diminta untuk mencalonkan mana2 pensyarah yang pernah mengajar anda di tahun 1, 2, 3, mahupun 4.. Semua maklumat adalah SULIT..So, jangan risau nak calonkan pensyarah mana pon....


Kik link nie -> http://smp2.ums.edu.my/apec/ Untuk mencalonkan penyarah kesukan anda!!!!


3.09.2009

Flora yang menarik di Taman Negara Kinabalu.

Nie beberapa ambar yang nak kongsikan mengenai betapa kayanya flora yang wujud di sekitar Taman Negara Kinabalu.. Sepanjang perjalanan untuk mendaki gunung Kinabalu baru-baru ni..
















3.06.2009

Considerate...


Tips yang aku nak kongsi ngan pembaca blog kali nie ialah berkenaan bila kita hidup berkawan..Bila dah berkawan nie, biasa la.. Manusia jarang berkira dengan kawan2 dia.. Tambah2 lagi kawan2 dia tue plak memang dah lama knal ataupun yang dah slalu bersama.

Tips yang aku nak kongsi ialah bila berkawan, kita kena considerate sket ngan kengkawawan kta nie... Considerate means bertolak ansur... Jangan dok kira nak sedut ja benda yang best yang ada kat kawan kita... Xpun pandai2 pikir la sket bila dah g makan atau kuar reramai, kena la pikir sket nak share apa2...At least bagi la sket duit untuk share...

Lagi satu, kalo kita dah berkawan nie, kalo ya pun x puas ati ngan kawan kita.. Biar bertolak ansur sket... Nak guna barang kawan kita tue, kena la gitau... Dah la kita xmo bercakap ngan dia... Tup2 tros ja men rembat guna barang dia xtentu pasal. Macam x malu la plak kan??? So, aku rasa tips nie cukup berguna untuk kengkawan yang rajin baca blog aku... Sebabnya, aku skang nie banyak btul dikelilingi oleh kengkawan yang kadang2 lupa nak considerate ngan member dia...

Sekian

3.05.2009

Love is loveable...

Bila aku sembang ngan abah semalam, baru aku paham, kenapa manusia dikurniakan dengan love...Sebabnya Allah tue Maha Kaya.. Bagi kat kita sebagai manusia satu Love yang sangaaaaatt besar... Love yang ada tue boleh kita berikan kepada semua benda yang ada di sekeliling kita

Bila kita dapat ja bagi love tue pada smua orang yang kta sayang. Malah, love yang paling agung ialah kepada Allah, Tuhan yang telah menjadikan kita dengan sempurna akal fikiran.

Love is loveable...Tue kata abah kat aku semalam. Bila mana kita perlu berikan love pada orang. Love pada family, love kawan2, love girlfriend, love barang-barang kita, dan lain2 love... Semuanya merupakan satu love yang berbeza.

Love is not CInta....Cumanya kita perlukan love untuk memanusiakan diri kita. Sebabnya akal yang dibekalkan kat manusia nie bukanlah sesuatu yang hanya digunakan untuk membuat keputusan yang baik, malah ia harus digunakan untuk memakmurkan Bumi ini. Sebabnya kita adalah khalifah di Bumi Allah SWT....



* I love my Family much....

3.03.2009

Menuju Puncak...

Sempena demam AF yang dah nak bermula nie, aku memulakan rentak demam AF nie dengan join lecturer aku g daki Gunung Kinabalu. Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara...

Susahnya nak panjat gunung nie Allah saja yang tau... Kalo men bola tue, seolah-olah kena men bola (bukan futsal) kat padang besar, 3 jam tanpa henti berlari... Itulah kepenatan yang dapat aku gambarkan cmna penatnya mo panjat Gunung Kinabalu nie...

Kalo nak harapkan kekuatan fizikal saja aku yakin belum cukup untuk memastikan kita berjaya sampai ke puncak....Tapi, alhamdulillah, berkat doa dari mak, abah, adik2 ngan kawan2....Aku berjaya sampai berbekalkan semangat yang ada...

Nampaknya semangat menuju puncak nie bukan satu semangat yang hanya bising2 ja kat Astro Ria tue..Tapi semangat tue la yang dah berjaya naikkan PNGS aku setiap sem & berjaya membawa aku ke puncak Gunung nie..Syukur jugak atas kurniaan Allah dalam memberikan aku idea untuk amek inspirasi menuju puncak nie untuk menambahkan semangat aku untuk berjuang di jalanNya....Semoga semangat nie senantiasa bersama aku selamanya bagi memastikan kejayaan ni dapat aku kongsi bersama umat manusia yang lain... Insyaallah...



Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...