11.29.2009

Salam Hari Raya Korban...

Hari nie hari terakhir untuk hari Tasyrik yang mana umat Islam diharamkan berpuasa dan meraikan ibadah korban di seluruh pelusuk dunia.. Sepanjang menjalani ibadah korban nie, banyak perkara perlu dikorbankan selain haiwan ternakan yang dikorbankan.... Pengorbanan untuk mendalami ilmu korban, pengorbanan masa untuk korban, malah pengorbanan rasa marah sepanjang menjalani ibadah nie...

Sebabnya, xsemua umat yang wat ibadah korban nie paham 100% tentang praktikal dalam proses pembahagian daging korban... Justeru itu, untuk sahabat2 yang masih mengumpulkan duit untuk ibadah korban tahun depan, pastikan bukan duit sahaja yang dikumpulkan.. Tapi, tambahkan jugak ilmu berkaitan pembahagian daging korban agar tidak berlaku kekecohan selepas lembu dilapah...

Salam Aidiladha buat semua.. Setiap pengorbanan itu sememangnya pahit. Namun, kepahitan itulah yang bakal memberikan kejayaan semanis madu dan bermakna dalam hidup...

11.22.2009

Waktu mempergunakan siswazah!!

Dunia dah berubah... Semua nak cepat dan mantap.... Kalo Megi pon nak yang sedap, mengenyangkan, cepat dimasak dan jugak sangat berkhasiat... Itu apa yang kita nak...

Kalo dekad sebelum nie, negara kita asek sibuk nak hasilkan sebanyak mungkin graduan yang diiktiraf di seluruh negara... HAsilnya, lahirlah ribuan graduan dari seluruh pelusuk Malaysia dari universiti serata dunia...

Bila dah beribu-ribu graduan terlahir hasil persetubuhan begitu banyak institusi pengajian tinggi, datang pula masalah lain, iaitu kisah lambakan graduan menganggur..Untuk selesaikan masalah graduan menganggur, maka banyak la program untuk menambahkan kemahiran pada graduan (yang si graduan ni pon masa kat U xmo join xtvt ko-kurikulum, dah konvo baru terhegeh2). Siap disediakan peruntukan khas lagi untuk bayar elaun. Punya la bagus kerajaan kita.

Skang nie, pihak swasta banyak dah mula sedar untuk membantu menyelesaikan masalah graduan menganggur nie...Maka beranak pinaklah pula syarikat penjodohan kerja untuk membantu graduan nie... Apa kes skang ialah syarikat2 nie smua seolah2 cuba untuk memanipulasikan graduan yang ada skang... KEbanyakan kerja yang disediakan bagai xsetimpal dengan kelulusan yang ada...

BUkan bermakna nak keja ofis ataupun keja yang mudah.. Namun, ia seharusnya bersifat pekerjaan yang tidak semata2 untuk mengaut keuntungan dengan memanipulasikan graduan yang ada... Buat member2 graduan, berhati2 dalam mencari pekerjaan... Jangan sampai tertipu...

11.14.2009

Cemburu tanda sayang????

"cemburu tue tandanya sayang!!!" nie la satu ungkapan yang aku rasa pelik yang terpacul dari mulut mak aku... Macam taw2 ja yang aku nie memang tengah tensen dengan manusia yang kuat cemburu nie...

1st pasal kes yang dilaporkan dalam Harian Metro beberapa hari lepas pasal kes sorang pakcik yang dah bertaraf EMAS usianya yang bunuh isteri dia sebab CEMBURU!!!Nie kes yang berlaku di Kedah.Negeri di mana rakyatnya mempunyai satu sifat "pantang kalah!"

2nd atas kes2 "clash" pasangan yang bercinta akibat si jantan atau si gurl yang terlalu cemburu dengan pasangan dia yang agak HOT!!!

2 kes utama nie aku cuba ketengahkan pasal pada pendapat aku cemburu nie perlulah berada pada TEMPAT YANG SESUAI bukan boleh suka2 ja nak cemburu....Sebabnya??? Manusia nie sangat unik... Dan manusia perlu untuk bersosial dan berhubung dengan ramai manusia lain untuk memastikan hidup kita xterlalu stress dan lebih bermakna...

Percemburuan dalam konteks rumahtangga pada pendapat aku patut.. Namun kaedah penyelesaian pada masalah percemburuan nie ialah dengan sikap positif antara pasangan dan saling percaya antara pasangan... Selain tue, percemburuan yang terjadi biarlah bertempat dan sekiranya menghasilkan masalah, kenalah diselesaikan dengan perbincangan yang baik.. Bukan sampai tahap melibatkan pendekatan fizikal.

Kes cemburu dalam rumahtangga nie maleh nak ulas lebih2 pasal memang patut pon untuk cemburu.. Kes utama di sini ialah cemburu dalam perhubungan nie...

Trend orang muda zaman kini ialah mempunyai pasangan yang konon boleh membahagiakan masa senggang ataupun untuk tujuan menghasilkan cinta yang memuaskan nafsu fizikal atau batin (yakni hubungan haram). Masalah yang berlaku di sini, bilamana si pakwe atau makwe yang cemburu lelebih ngan pasangan dia sampai tahap mengongkong segala pergerakan dan kaedah bersosial sesama kawan2 yang lain..

Ni yang menyusahkan hidup semua orang terutama yang ada pasangan sendiri (xkira sesama jantina mahupun berlainan jantina). Xperlu untuk cemburu lelebih la.. Pasangan tue belum lagi well establish ngan kita... Kalo dah ada hubungan rasmi (yang ada dokumen) baru la sesuai nak cemburu....

Lagi satu kes cemburu nie cemburu ngan kelebihan yang ada pada member2 berdekatan...Nak sembang ngan awek dia pon dah melalak macam anjing punya marah kat kita....Nak jeles kat kengkawan pon jangan la camtue.. Kan kita ada kaedah dan cara yang baik... Maka perlulah dibuat dengan cara yang baek...

Kesimpulan di sini, cemburu tue datang dari dalam diri kita... Camna nak control nafsu cemburu nie?? Kena lah tanya diri kita... Xperlulah nak cemburu pada tempat yang xsesuai... Ibarat macam kencing la.. Datang dari dalam diri kita gak... Kalo p kencing merata, apa guna jadi manusia?? Bek jadi anjing....Kencing la di tempat yang sesuai...

11.11.2009

Tips keja...

Bila dah abes study, xkisahlah peringkat degree mahupun diploma..... Hatta baru lepas SPM sekalipun, pastikan keja yang ada, kita redha dlu dengan rezki yang kita dapat... Maybe keja yang 1st kita dapat nie la jadi asas pada kehidupan masa depan kita....

Jadi, untuk mula keja pon kena guna $$$$ jugak.. Bukan la senang2 ja keja... Pasal, nak guna transport g keja pon $$$$, nak makan pon $$$$... Kalo sesapa yang dapat keja dekat2 ngan umah dia.. Maka lebih jimat la.. Kalo yang nak kena merantau, modal nak kena ada la...

Nafsu berbelanja masa mula2 nak keja nie kena la tahan... Kalo x, memang susah hidup nnti..Hoho...

Tips seterusnya, dah keja nie, kena la ingat.. INi la periuk nasi kita.. Kena jaga btul2... Bukan lagi macam time skola ataupun time blaja dlu.. Sangat berbeza... Xleh nak suka2 ja absent & wat alasan x munasabah.. Yang penting, kena ikhlas dan mulakan dengan niat yang baik....

Smoga pengalaman yang ada nie leh bagi inspirasi untuk kebaikan bersama...

11.06.2009

Keampunan dipinta...

Niewat pertama kalinya aku update blog nie selepas bermulanya aku keja...Isk2.. Memang susah bila dah keja nie... Sangat banyak cabaran & dugaan yang nak kena lalui... ak cari umah, nak setting transport nak p keja & balik keja.... Nak sesuaikan diri dengan kawasan baru dan lain2.....

So, ak mintak ampun n maaf sesangat kat smua ang slalu baca blog nie...HUhu... Apa2 pon aku akan mengusahakan untuk carik alernatif terbaik bagi aku boleh update blog nie sekerap yang mungkin.. Banyak benda yang nak kongsi hasil masuk ke DUNIA BARU nie... HAhaha....

OK.. Apa2 boleh update melalui twitter & Facebook... Moga kita semua berada di bawah keberkatan Allah hendaknya.. Amin...

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...