9.29.2009

Sekentut...



Inilah namanya daun Sekentut.... Sejenis ulam yang selalu dimakan oleh orang tua-tua untuk tujuan kesihatan...Kiranya makan daun ni wat ulam makan ngan nasi, leh buang toksik dalam badan..Bagus sesangat...

Tapi daun nie hebat! Kalo amek daun dia, lepas tue hancurkan kat tangan..Cuba bau... Ada bau macam kentut kaw2 punya...Memang menarik..Sbb tue la dipanggil sebagai nama Daun Sekentut..Ahaha...

Nie la tradisi kita dalam industri farmasi..Percuma dan berkesan...Perlu cuba!

Kura-kura....

Sejak lebih seminggu Aidilfitri nie, banyak isu timbul...Kebanyakannya berkait rapat ngan kura-kura...

Kesian, smua orang suka bersantai2 sempena cuti raya ari tue..Yang bawak keta mcam kura-kura pon banyak...Santai la katakan..Yang bawak laju tue plak, mungkin sebab marahkan kura-kura yang bawak keta lambat...Pecut ja la sesungguh hati...

Manusia kadang2 suka bertindak macam kura-kura...Inilah kita...Selalu sangat xbersyukur... Skali Tuhan turun bala, baru nak insaf...Mari kta doakan agar saudara kita di Filipina yang kena taufan dahsyat agar selamat dan mendapat bantuan sebaiknya...

9.19.2009

Salam Aidilfitri..

Salam Aidilfitri buat semua,

ahli keluarga,
cikgu-cikgu skola, lecturer,
sahabat handai di dalam mahupun luar negara,
dan sesiapa yang mengenali diriku ni..

Maafkan andai ada salah silap dariku,
tergurau lebih2, tercarut ka terkutuk,
tindakan yang xmenyenangkan hati,
mahupun aku tersalah sangka ke atas smua,

Moga lebaran nie kita dapat rahmat dari Allah.
Hiasilah Aidilfitri dengan takbir & tahmid.
Bergembiralah kerana kita disunatkan bergembira di Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua..

9.17.2009

Jaga-jaga!!

Pada semua member, sahabat mahupun ahli keluarga yang nak balik beraya yang bermula sejak awal minggu nie, aku ucapkan selamat balik kampung.. Smoga perjalanan anda selamat sepanjang jalan..

Jadikan perjalanan anda sebagai ibadah yang memberikan pahala lebih di bulan Ramadhan ni dengan memulakan perjalanan dengan lafaz Bismillah dan doa naik kenderaan...

Jaga-jaga!! Pastikan kenderaan anda "sihat walafiat" sebelum memulakan perjalanan..Xperlu nak laju2 sangat drive, rumah xlari mana pon...Apa yang paling dirisaukan ialah takut xleh nak sampai umah beraya...

Smoga perjalanan anda semua selamat untuk sampai ke destinasi masing-masing.. Tak kira dengan kereta, bas, lori, keretapi, kapal terbang, feri mahupun basikal, jagalah diri anda kerana inilah raya yang pertama & terakhir untuk kita sambut pada tahun 2009 nie..Tahn depan dah raya thn 2010 dah..Xdak lagi raya tahun 2009 nie sampai bila2...Ehe..OK.

9.15.2009

Hujan feat Raihan - Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda

Satu lagu raya yang baru & best...Layankan lirik & MP3 lagu nie...


Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri

Ayah Bonda Yang Dicintai

Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup BerbaktiDi Aidilfitri,Di Aidilfitri



Untuk download, klik SINI..

Kenapa perlu susah???


Dalam hidup, kita kena ada pengalaman susah...Baru la hidup ini akan lebih bermakna dan bahagia...

Contohnya, kalo dulu kita nak p memana susah2 kena berjalan...Jalan p kedai, jalan nk p memana.. Then kesusahan bertambah plak bila nak p KL kena nek tren sampai 10 jam kalo nek dari Butterwoth....Tapi, bla dah senang tahap hidup kita nie, stakat Penang - KL tue nek flight ja la... Sikit punya nikmat ka bila sebelum nie hidup susah rasa seksa melangut dalam ketapi sampai 10 jam, la nie just 45 minit ja nak p KL...


Tue contoh dari sudut pengangkutan..Kalo soal wang plak, bila susah nak carik duit nie, skali dah ada duit, rasa bahagia dia xterkata...Dari situ kita akan berusaha untuk bejimat dan berbelanja secara bijak...

Tapi, bila hidup kita dari kecik asek senang ja, xpernah rasa susah...Maka kenikmatan hidup xrasa...Nak carik nikmat hidup untuk orang2 senang ni besanya dah nak wat benda di luar kebiasaan hidup manusia..Ahaha..Xcaya try check sendiri.. Orang2 yang dok wat benda plik ni ada x dari golongan susah???

Kesimpulannya, untuk rasai nikmat hidup, cuba rasai kesusahan orang yang susah...Bukan p carik susah..Tapi mempelajari akan kesusahan orang len...


*Gambar ialah suasana di sebuah bandar semasa dalam perjalanan ke Agra, India.

9.14.2009

Jom buat passport!!


Bermula 1 Oktober 2009, kerajaan akan mengeluarkan passport untuk tempoh 2 tahun pada harga RM100.

Ini bertujuan nak mengurangkan beban pada sesiapa yang kurang jumlah perjalanannya ke luar negara.Ini bukan saja satu berita gembira untuk orang2 yang dah keja, tetapi lebih gembira untuk student2 terutama mahasiswa di IPT Malaysia.

Lepas ni, kalo nak wat lawatan luar negara, lagi ramai la berpeluang nak g kan???Xpon nak g untuk Latihan Industri di luar pon, lebih ramai yang mampu tanggung kos passport...

Kepada member2 yang xdak passport lagi, nie la waktunya untuk kita wat passport dan melancong ke luar negara..MAS & Air Asia asek lawan perang harga ja skang nie. Tiket dah murah & passport pon dah murah..Jadi, jom melancong cuti2 seluruh dunia!

Terima Kasih Kerajaan Pusat Malaysia atas keprihatinan anda.



Fakta Menarik:
Malaysia merupakan negara pengeluar passport paling pantas di dunia. Pasport dapat disiapkan dalam tempoh 1 hingga 3 jam sahaja selepas selesai semua borang diisi & dokumen sokongan disediakan.

9.12.2009

Ganyang mengganyang..

Lumrah dunia,
bila jumpa manusia yang xbersyukur.
Asyik saja mencari kesalahan orang lain.
Hatta kerna tarian pon dah nak berperang

Langsung xsedar diri,
xsedar dengan apa yang kita dah wat untuk depa
bising guna nama semangat nasionalisme,

Menggelabah sket ja dah nak demo,
Buluh runcing la,
Nak "bersihkan Malaysia" la,
Kalo boleh, nak jadikan Malaysia sebahagian negara depa

Sejak dulu, dah start nak ganyang kita,
Tapi time nak mintak keja mai kat kita,
Bila kena bencana, kita pulun p tolon dulu,
Bila sistem xcekap nak jugak kita tolong,

Itulah pepatah pernah berkata,
Buat baik berpada, buat jahat jangan sekali,
Biar berkali2 xpa, itu yang diamalkan,

Mungkin perubahan camni la penyokong PR nak,
Gelabah sket, xpuas ati sket, kita DEMO!
Xsuka ja, kutuk sepuas2 ati,
Gunakan carutan sepenuh hati,
Tak fikir perasaan jiran,
Xfikir perasaan orang lain,
biarpun orang tu saudara sendiri,

Inikah perubahan yang kita nak???
Mahukah ganyang mengganyang diteruskan???

9.11.2009

Antara terpilih dan memilih.


Anda diminta membuat pilihan.

Memilih perkara yang anda minat & sanggup usahakan ATAUPUN mengambil perkara yang mana anda telah terpilih.

Contoh Situasi 1:
Scha memilih bidang modelling sebagai kerjaya hidupnya...
Namun, pada masa yang sama dia juga terpilih untuk menjadi pelakon kerana mempunyai rupa yang menarik & perwatakan yang sempoi.
Scha dalam dilema skarang samada memilih kerjaya yang dia minat ataupun kerjaya yang mana dia terpilih.


Contoh Situasi 2:
Mawi telah berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menjadi bilal yang baik di kampungnya. Mawi memilih bilal kerana minatnya yang mendalam.
Akan tetapi, Mawi telah terpilih menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia.Yang mana dia berpotensin untuk menjadi jaya dan hidup lebih maju dari sekarang.
Mawi jadi buntu, apa samada memilih bilal yang diminati dan mendapat tempat dalam usahanya selama ini atupun mengambil bahagian dalam Akademi Fantasia setelah terpilih menjadi peserta 20 terbaik.


Dari 2 Contoh Situasi di atas, apa yang akan anda buat??? Memilih atau terpilih???
Aku sendiri keliru dengan situasi yang MIRIP dengan dua situasi di atas..


*Cerita di atas hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.Sekiranya ada, ianya hanya bersifat kebetulan. Harap maklum.

9.10.2009

Geng Pengembaraan Bermula DVDRip



Language : Malay
Subtitle : English Hard-Subbed

Synopsis
The peaceful Kampong Durian Runtuh is suddenly disturbed by a fearsome beast that lurks at night. However, no one dares to find out what it is until Badrol, Lim and their newfound friends stumble upon the very heart of the mystery. A small peculiar otherworldly animal befriends Rajoo and brings the whole gang on an adventure deep into the exotic Malaysian rainforest filled with dangerous animals, including an age-old mystical giant snake.

Code:

Geng.Pengembaraan.Bermula.2009.DVDRip.XviD-arYzs
Format : AVI
Format/Info : Audio Video Interleave
File size : 700 MiB
Duration : 1h 34mn
Overall bit rate : 1038 Kbps
Video
Format : MPEG-4 Visual
Bit rate : 911 Kbps
Width : 624 pixels
Height : 352 pixels
Display aspect ratio : 16/9
Frame rate : 25.000 fps
Resolution : 8 bits
Colorimetry : 4:2:0
Scan type : Progressive
Audio
Format : MPEG Audio
Format version : Version 1
Format profile : Layer 3
Codec ID : 55
Codec ID/Hint : MP3
Duration : 1h 34mn
Bit rate mode : Variable
Bit rate : 113 Kbps
Minimum bit rate : 128 Kbps
Channel(s) : 2 channels
Sampling rate : 48.0 KHz
Resolution : 16 bits
Encoding settings : ABR

Download Link:




Masa untuk merempit!!

Sedar2 badan dah naik... Di bulan Ramadhan yang penuh dengan limpahan berkat & rahmat dari Allah, banyak limpahan dari Allah yang kita dapat.. Limpahan hujan, limpahan rezki dan yang paling penting, paling banyak limpahan pahala yang ditawarkan sempena bulan Ramadhan ni..

Hari ni dah hari ke 20 Ramadhan.. 9 hari lagi Aidilfitri akan tiba(insyaallah kalo nampahk Hilal a.k.a anak bulan..Kiranya dah masuk fasa ke 3 Ramadhan dah..Waktu ni la paling banyak bonus pahala bagi sesiapa yang memperbanyakkan amalan...

Dah tinggal beberapa ari ni la waktu kita untuk menambahkan rempitan untuk mendapatkan sebanyak mungkin keampunan dan pahala dari Allah... Waktu untuk merempit dalam mendapatkan keampunan dari dosa yang kita dah wat sejak lahirnya kita di bumi nie...

Waktu untuk mencari malam Lailatulqadar.....Satu malam lebih baik dari 1000 bulan.... Marilah kita sama2 merempitkan amalan agar kita dapat dipertemukan dengan malam penuh berkat ni..Insyaallah....

Teruskan dengan amalam wajib dan tambahkan dengan amalan sunat....Selamat Merempit!!

9.09.2009

Kalo aku xbangun ..


Kalo aku xbangun, izinkanku pergi..
Kalo aku pergi, anggaplah ia hakNya..
Dialah yang memiliku sejak lahir..

Kalo aku xbangun, maafkanlah aku..
Kerna aku tau, tiada semua mau diriku ada..
Kadang terdengki, kadang tercaci..
Kadang terluka & kadang melukai..

Kalo aku xbangun, tiada salah antara kita..
Kerna kita tidak sempurna sepenuhnya..

Kalo aku xbangun, bergembiralah dikau yang ku sayang..
Kerana kau yang ku sayang...
Kerna aku lebih disayangi..
Kerna itu, andainya aku tidak bangun...
Selamat tinggal duhai kesayanganku..

9.06.2009

Pizza + Bowling.

Yang terlibat: Aku, Fariza, Syafiq, Caca, Azrin, Hizam, Aina, Ghulam, Helmi, Izzy.
Lokasi: Pizza Hut, Alamanda Putrajaya & Bowling Alamanda Putrajaya.
Tarikh: 22 Ogos 2009









9.05.2009

Layout baru!


Salam semua, transformasi layout berlaku ari nie...Aku tukarkan template yang lama sbb nampak sangat berserabut dan kurang mesra pembaca..Saiz blog aku plak dah kurang sket.. Skang jadi 132kb.. Kalo ikut range yang bagus untuk loading blog ialah bawah 100kb.. Apa yang ada skang agak bagus la..ehehe..

dari segi branding aku teruskan dengan gunakan Brand lAl®. Cuma header punya nama tukar sket pasal susah sangat nak setting...Ahaha... 

Apa yang MENARIK???

Aku letakkan senarai top 10 blogger yang update blog depa mengikut urutan siapa update yang terbaru akan dok atas skali. Jadi, dengan cara ni dapat safe ruang aku dan akan menggalakkan member2 blogger len untuk merajinkan diri update blog memasing.Ehehe..

Ok, inilah layout yang baru aku pilih sebagai layout yang aku suka. Segala komen, cadangan mahupun kritikan mesra anda amatlah dialu-alukan...Thanks..

9.04.2009

Budak skola perlu bercinta???


Bebaru nie aku tgk channel TVIQ kat Astro... Kebetulan isu dia perlu ka x pelajar skola untuk bercinta??? Maka banyak la statement yang diambil.. Cthnya dari budak skola sendiri dan jugak cikgu2 sekolah skali.. Kebanyakan statement dari budak skola nie gitau bercinta di skola xbagus, boleh ganggu pelajaran dll... Apa pulak pendapat aku???

Pada pendapat aku, bebudak skola nie perlu untuk bercinta.. Dengan kewujudan "cinta monyet" nie la menjadi indikator utama bahawa pelajar skola nie mempunyai orientasi seks yang betul. Namun, percintaan yang terjalin tue perlulah mendapat kawalan bijak dari ibubapa. Kalau ibubapa tersalah kawal anak2 muda remaja ni, maka berlakulah sepertimana masalah sosial yang berlaku skarang.

Masalah sosial yang aku katakan sebagai paling dahsyat ialah bilamana berlakunya masalah orientasi seks yang berlaku pada sebahagian besar budak skolah (pada julat umur 13 - 17 tahun). Masalah ni aku dapat katakan bermula dari zaman umur nie. Ini kerana pada umur 13 - 15 tahun ialah waktu di mana waktu akil baligh akan sampai.. Pada waktu nie la jugak la sebarang pengalaman pertama akan memberikan kesan dalam keseluruhan hidup seseorang.

Contohnya kejadian pelajar lesbian sebagai contoh. Kalo di peringkat sekolah, kemungkinan trend untuk bercinta tidak digalakkan. Justeru itu persahabatan dengan kawan2 dan senior amat akrab. Tido sebantal, basuh baju sekali dan mcam2 dibuat bersama-sama. Dengan pendedahan yang ada sekarang, kemungkinan untuk menjadi tertarik antara satu sama lain mudah untuk berlaku.. Bila sekali dah berlaku. Maka naluri seks secara automatik akan terus mengikut naluri yang telah diamalkan ni.

Sekurang-kurangnya, dengan percintaan yang ada, isu2 perhubungan sejenis nie dapat dikurangkan.. Apa yang penting, pantauan dari Ibubapa, abang2, kakak2 dan cikgu2 bagi mengelakkan keterlanjuran yang menghasilkan masalah lain.

9.03.2009

Bertanya.

Aku teringat satu pepatah Cina yang aku dalam satu buku masa skola rendah dlu...
"Jikalau anda bertanya apabila tidak tahu mengenai sesuatu, maka anda akan bodoh 5 minit. Namun jikalau anda tidak tahu tetapi tidak bertanya langsung, maka anda akan bodoh buat selamanya."

Moralnya di sini, jangan malu bertanya kalau xtahu.. Pastikan anda lakukan sedikit usaha dahulu sebelum terus bertanyakan sesuatu..

9.01.2009

The 9 Tots... Dan Besday ABAH....

Ari nie dalam sejarah ialah tarikh lahir adik yang paling manja tahap max dalam 9 beradik, iaitu Masturah Mohd Nadzari.... Hepi besday aku ucapkan..

Teringat plak sambutan Jubli Emas besday bapak aku 29 Ogos yang lalu.... Sama ja besday ngan MJ....Ahaha... Hepy besday abah... Aku semangat tunggu abah balik umah untuk wish besday kat abah....Ehehe.. Moga abah sentiasa hensem & bertenaga untuk pastikan family kita sentiasa happening & mendapat keredhaan Allah... Amin...


OK, kembali ke topic asal, aku dah dapat mimpi yang mengatakan team 9 beradik perlu dijenamakan dengan lebih elegan dan tampak up to date... Aku mencadangkan nama The 9 tOts....Apa pandangan adik beradik???? Jerit setuju kalo suka kat bahagian komen...

Kalo XSETUJU, tolong jerit xsetuju dalam bahagian komen dan PASTIKAN anda berikan option len untuk nama kita... 9 Beradik macam ceta cina plak. The 10 Brothers...Ahaha... Jadi, aku tengah semangat nak pikir nie.. Anda, bila lagi???

Rindu & Sayang...

Manusia itu unik..Maka dengan setiap keunikan manusia itu kita perlu sentiasa memafkan apa yang kita rasakan salah bagi tindakan atau sikap ...