10.29.2008

Bahagia atau derita?

Di pagi yang hujan itu
Datang SMS yang indah
SMS rinkas tapi padat dengan makna
Hanya kau yang mampu
Menjadikanku tersenyum di kala duka

Namun..
Kesibukan menyusahkanku..
Sukar untuk berkata apa-apa.
Bukan kerana sibuk,
tapi kerna lidah terkelu, hati terkedu.

Biarlah ia pergi...
Biarkan...
Namun aku tetap bahagia..
Kerana aku masih menang...
Menang zahir..
Menang batin...
Segalanya berjaya dibuktikan..

Akhirnya.
Aku kian matang...
Matang dengan pengalaman yang kaut..
Dek kebahagiaan yang hanya sementara...

Maka..
Cabaran bermula...
Mula dengan kehidupan yang sebenar..
perlukan seorang teman menemaniku?
Hanya Tuhan yang mampu memberikan jawapan...
Bahagia atau derita?
Hanya Dia yang maha mengetahui..

10.28.2008

Soul's Code.



Siri ke wayang semakin menjadi-jadi dalam hidup aku sejak kebelakangan ni...Memang agak mantap la kerajinan aku ni..Nak buat asignment Dr Harry...Skali g tgk kadang2 xpaham..tpi nie satu pendekatan study yang menarik

Semalam aku g tgk ceta Thailand tajuk dia Soul's Code.. Satu kisah penyiasatan terhadap satu mayat yang djumpai mati akibat dibunuh dengan kejam. Dah tu, pnyiasat ni plak jenis xcaya akan hal2 mistik nie..memang susah sket.. Banyak le kekejaman yang ada dalam nie... Klasifikasi dia 18PL...so, utk budak2 memang xsesuai...ok..sekian..

10.27.2008

High School Musical 3

Malam semalam aku sempat menonton High School Musical 3.
2 Tujuan utama kenapa aku p tgk di 1 Borneo ni, 1st psal nk wat asignment Dr Harry yang mintak kami g tgk teknologi serapan bunyi di Panggung Wayang 3 generasi berbeza. Kira skang ni baru siap 1/3 la...hoho... 2nd, memang aku minat abes dengan ceta ni.. Ya la dah dok tgk dari HSM1 ngan HSM2. Skang nie kiranya final punya episod la untuk High School Musical..

Macm besa, kali ni High School Musical 3 lebih bertenaga dengan lebih banyak lagu yang dinyanyikan dalam ceta ni. Yang paling aku minat nk tgk si Gabriella Montez yang innocent ja muka dan maintain comel.Apa yang dapat dikatakan memang enjoy abes la tgk muvie nie...Xrugi la bayar duit wayang pon..ahaha... Mungkin lepas nie nk p tgk 2nd time kat KK plak la..ahaha... Skang nie dok layan lagu OST yang baru aku donlod dari internet.

Boleh aku katakan bahawa almost semua lagu yang ada dalam ceta kali ni sangat best & bertenaga. Walaupun taraf dia untuk budak skola.. Moral yang aku dapat dari ceta ni, idea yang nk dikeluarkan xperlu la kita sekat. Tapi Penyesuaian dengan cara hidup kita di Malaysia ni juga penting untuk kita ambil kisah. Tue saja komen tentang filem ni.

10.26.2008

Malam Penghargaan AJK Tamu Gadang ke 10.

Semalam saya dijemput oleh saudara Afizul (Ketua Pengarah Bahagian Pelajar Pesta Konvo Tamu Gadang ke 10) untuk menghadiri sebagai wakil presiden di Malam penghargaan AJK Tamu Gadang ke 10. Satu malam yang membahagiakan dan juga agak menyedihkan. Mungkin inilah program terakhir saya akan terlibat secara terus sebagai title Bendahari Kehormat MPP. Ni pun kerana nasib yang baik. Biarpu pilihanaya telah berakhir, MPP sesi baru masih belum mengesahkan jawatan kerana belum bermesyuarat dengan Prof Amran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni sebagai pengesahan jawatan. Insyaallah hari ini mereka akan bermesyuarat untuk mengesahkan jawatan masing-masing. Maka mantan la sudah..ahaha… Layankan gambar yang sempat saya rakamkan..(klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar & jelas).








Proses Kempen Pilihanraya Kampus 2008/2009.

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Mungkin entry ini terlalu lambat untuk tatapan anda. Namun, saya tetap nk pastikan anda tak tertinggal dengan gambaran semasa kempen pilihanraya yang melibatkan “roadshow” dari setiap kampung ke setiap kampung. Lihatlah sendiri dengan gambar yang saya letakkan dalam entry kali ni (klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar & jelas).














Keputusan Pilihanraya Kampus 2008/2009.

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pilihanraya kampus telah berjalan dengan lancar. Biarpun kita dapat lihat banyak pembaharuan dari segi penampilan poster mahupun banner. Semua calon bersemangat untuk mempromosikan diri masing-masing bagi memastikan mereka berjaya mendapat tempat di hati mahasiswa UMS. Berikut ialah keputusan pilihanraya mengikut ranking.
1. Masturah binti Mohd Nadzari
2. Azrul bin Ibrahim
3. Hafiza Syafika binti Md Fekeri
4. Stephanie Yap Su Zhen
5. M. Fazlurrahman bin M. Yusoff
6. Nurul Aishyah binti Mohamad
7. Azhar bin Harun
8. Badri bin Hj Bayani
9. Azlan Shah bin Ab Shah
10. Tan Choon Fei
11. Mohd Saifful bin Abdul Manap

Juga saya gambarkan semasa proses pengiraan undi dan selepas pengiraan undi (sila klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar).




10.23.2008

Hari Pengundian..

Hari ini hari pengundian..Maaf kerana lambat untuk updte cerita terkini berkenaan pilihanraya di UMS. Hari terlalu sibuk dan sangat meletihkan. Namun, syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah kempen dapat berjalan dengan baik. Saya akan memberikan gambaran dan pandangan saya berkenaan kempen yang telah berjalan nanti. Sekarang nie, sementara menunggu proses pengiraan undi, saya ingin memberikan gambaran sepanjang hari pembuangan undi.



Hari pembuangan undi hari ini agak perlahan berbanding dengan hari pengundian pada tahun sebelum ini. Mungkin kerana hujan bermula jam 2 petang. Namun, alhamdulillah saya difahamkan sehingga jam 4 petang, jumlah yang keluar mengundi kira-kira 5000 orang. Calon-calon banyak mencari undi2 pada saat akhir dengan "tunjuk muka" di dewan ni.ahahaha..


Saya sedikit kecewa dengan beberapa ideologi yang kononnya "kita xpayah untuk turun mengundi kerana kita sudah tahun akhir". Ini menunjukkan kebanyakan mahasiswa di sini bukanlah turun mengundi kerana betul2 ingin menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Tetapi hanya kerana pelajar DIWAJIBKAN untuk mengundi kerana balasan kepada orang yang xturun mengundi akan dibuang dari kolej kediaman.Mungkin inilah pemikiran masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Tidak mahu untuk datang memilih pemimpin yang akan membawa suara mereka.

Selain tue, saya juga bosan dan SANGAT kecewa dengan beberapa "sahabat baik" saya yang telah backstep saya. Biarlah.. Apa yang berlaku sekalipun, biarlah Allah saja yang membalasnya.Prinsip yang wajar kita pegang ialah, bila kita berjanji, pastikan kita kotakan janji kita. Kalau kita marah pun, tiada gunanya. Kerana kita sepatutnya lebih pandai berfikir sekiranya betul2 kita dah berada di bidang kepimpinan nie.

10.20.2008

Hari Penamaan Calon.

Hari nie hari penamaan calon. Semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar... Biarpun ada sedikit ketidakpuasan hati berkenaan dengan pencalonan calon SST, akhirnya semua dapat berjalan dengan lancar. Di sini ada sedikit gambaran sebelum pengumuman calon sementara menunggu bantahan untuk diperhalusi.







10.19.2008

Mesyuarat PANEL Perpaduan Edisi KK.

Salam sejahtera, semalam saya dihantar oleh Presiden untuk mewakili beliau dalam menghadiri Mesyuarat PANEL Perpaduan Negara bagi membincangkan isu berkaitan penubuhan Akta Hubungan Kaum. PANEL ini sangat penting kerana golongan inilah yang menjadi penasihat utama kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal perpaduan dalam negara kita. Untuk mewakili suara mahasiswa, 2 wakil MPP dari USM dan UMS dijemput sebagai ahli PANEL juga dalam memberikan pendapat pada isu yang dikemukakan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Menteri Perpaduan, Kesenian & Kebudayaan.



Hasil dari mesyuarat, hampir sebahagian besar PANEL kurang bersetuju untuk menubuhkan akta ini namun, pemerkasaan kepada Rukunegara itu perlu diambil perhatian secara serius.

Apa pula kata anaa berkaitan penubuhan akta ini????Sila komen di bawah ni...

10.16.2008

Bila sakit kepala....

Anda pernah merasa sakit kepala???Bukan pening! tapi sakit! INilah yang aku tengah alami sekarang...ntah kenapa begini pula rasanya...Mngkin dengan beberapa bebanan kerja yang perlu disiapkan dengan pembubaran MPP yang berlaku hari ini. Nampaknya banyak laporan yang perlu disiapkan bagi kemudahan dan rujukan perwakilan yang akan datang. Selain tu juga, waktu sekarang juga teramatlah sibuk dengan pelbagai asignment, exam pertengahan semester dan juga yang paling penting, draf projek tahun akhir perlu disiapkan... Walau apa pun, kesihatan tetap perlu dijaga dengan rapi. Biar apa yang berlaku itu paling penting..

Hari ini 16 Oktober 2008. Maka bubar la sudah Majlis Perwakilan Pelajar 2007/2008. Maka bermula hari ini sehinggalah hari pembuangan undi, aku akan bertindak sebagai "caretaker" dengan jawatan Bendahari Kehormat di UMS ni. Apa yang penting, jawatan hanya tinggal jawatan. Hanya perlu bila perlukan urusan luar. 18hb ni saya akan menghadiri Mesyuarat PANEL Perpaduan Negara di Kota Kinabalu anjuran Kementerian. So, di sinilah jadi pentingnya "caretaker" di sini. Buat sesiapa yang mungkin masih kurang faham, biar saya terangkan dengan lebih mudah.

Tugas MPP yang ada sekarang hanya sebagai penjawat jawatan sahaja. Bukan lagi untuk membuat dasar ataupun meluluskan apa-apa yang di bawah bidang kuasanya. Jadi, sekiranya UMS memerlukan wakil dari MPP untuk menyelesaikan kes di luar atau menghadiri majlis yang memerlukan wakil dari pihak pelajar, MPP tetap perlu menjalankan tugasnya. Semoga dengan naiknya banner ataupun notis pembubaran, jangan risau. Insyaallah tiada sebarang kekacauan berlaku di UMS. Apa yang kita harapkan, Pilihanraya Kampus yang akan berlangsung nanti akan memberikan kita satu dimensi baru dalam kepimpinan mahasiswa. Pada 23 Oktober ini kita akan dapat lihat sejauh mana tahap kesedaran mahasiswa di UMS ini untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai warga UMS. Itu sahaja. Sekian.

10.14.2008

Kursus Pemantapan Organisasi Pelajar.

Assalamualaikum & salam sejahtera. Baru baru ini saya dijemput untuk menghadiri Kursus Pemantapan Organisasi sebagai fasilitator merangkap moderator program tersebut. Program ini dijalankan di Kem Bina Negara Kundasang, Sabah. Dengan tempat yang indah dan membahagiakan, telah memberikan saya banyak idea dalam memberikan latihan yang terbaik untuk peserta yang mengikuti program ini. Kebahagiaan, keseronokan dan kegembiraan tidak dapat saya tulis di sini namun, semuanya telah berjalan dengan lancer. Permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan segala input yang telah diberikan telah berjaya mencapai objektif utama program ini dalam memberikan input terbaik kepada peserta dalam mengurus organisasi pelajar dengan baik. Alhamdulillah.
Di sini saya lampirkan beberapa gambar yang sempat saya rakam di sepanjang program ini. (Sila klik pada gambar untuk melihat dengan saiz yang lebih besar).














































Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...