12.31.2009

Kedah Maju 2010?????

2010.. Tahun paling ak tunggu suatu masa dulu.. Masa tue sibuk hebah dengan Kedah Maju 2010.. Skang nie, akibat "kepintaran" rakyat Kedah dalam proses mengundi, tiba2 diam kisah Kedah Maju 2010..Hahaha...


Tapi, sempena 2010 nie, nekad baru diletakkan dalam diri.. Dengan kaedah baru untuk menguruskan diri, dan semangat sedia ada diupdatekan... Aku akan teruskan usaha mempertingkan kebolehan diri dalam segala bidang yang aku lalui skang ni berasaskan jatidiri yang telah ditanamkan sejak kecik dulu...

Di mana pentingnya semua ni? Kerna aku aset penting negara kita. Itu yang aku tanamkan. Pada aku, segala kesejahteraan dalam negara ni skang bergantung pada aku. Kalo Arwah Gus Dur yang cacat pon boleh tadbir negara (walaupun penuh isu & kontroversi), inikan pulak aku...

Salam Tahun Baru 2010 untuk anda semua.. Ingatlah bahawa anda aset penting pada keluarga, bangsa, agama dan Malaysia!

12.24.2009

PMR 2009!

Salam tahniah untuk Shazlin yang dah berjaya dapat 8A dalam PMR 2009...

Tahniah jugak untuk Syidi yang dapat 7A 1B dalam PMR 2009...

Ingatlah bahawa perjuangan anda belum selesai... Pastikan anda sentiasa bersedia untuk menimba sebanyak ilmu untuk kehidupan.. Ilmu untuk hidup bukanlah sejenis ilmu yang hanya dipelajari melalui buku. Tetapi ilmu untuk hidup tue merangkumi segalanya yang kebanyakan diperoleh melalui pengalaman...

Tahniah jugak pada bebudak Form 3 yang len di seluruh Malaysia.. Pada yang berjaya, pastikan kejayaan yang sama dikecapi dalam SPM nanti.. Pada yang kurang berjaya, ingat! Masih banyak yang boleh anda buat untuk berubah...


*Shazlin & Syidi merupakan sepupu sebelah abah aku...

Kemahuan diri.

Kebanyakan orang, apa yang dia mau, PASTI dapat...
Lain dari aku, hampir semua yang aku nak tapi xdapat..

Namun,
Semua benda yang orang dapat, sebab dia nak, biasa bersifat kebendaan..
Aku juga nak barang2 bersifat fizikal nih.. Namun jarang dapat..
Semua perlukan USAHA..

Walaupun begitu,
aku dapat banyak dari orang lain selalu dapat..
Semuanya bersifat bukan fizikal.
Idea, isu dan jugak kemahiran lembut (softskill)...

Sebab itu, '
Aku jadi lebih paham, sebab apa, kebendaan ni bersifat sangat sementara.

12.22.2009

Kenapa syarikat orang Melayu selalu hancur?

Aku selalu berfikir positif ke atas syarikat milik bumiputera... Terutama Melayu... Biar orang kata kebanyakan orang Melayu dengki yang mengakibatkan kebanyakan syarikat orang Melayu gulung tikar. Namun aku tetap berusaha untuk menggunakan produk dan membeli produk dari kedai hakmilik bumiputera, kalo boleh...

Apa masalah utama bila syarikat orang Melayu ni dah tertubuh, dan bisnes berjalan lancar?? Maka si usahawan ni pon dah mula kaya dan boleh keluar zakat yang banyak untuk tujuan kebajikan orang Islam..Itu bukan masalah, tapi kelebihan untuk orang Islam.. Masalah utama, ialah bilamana syarikat Melayu ni dah mula naik lemak... Mula nak jadi sombong.. Kalo masa awal2 buka kedai, layan customer bagus dan mesra.. Skang dah mula biadap.. Kalo bukan dari pelanggan tetap, maka layanan macam melepaskan kentut di mana-mana..

Mungkin niat utama si usahawan Melayu untuk masuk dunia keusahawanan nie ialah untuk kaya.. Sapa xmau bisnes yang xleh kaya.. KAn?? Tapi wujud kebanyakan usahawan ni nak kaya.. Tapi kaedah tercepat yang dia nak.. Xmau nak usaha lebih & lama sket...

Jadi, untuk "menjayakan" usaha menambah kekayaan secara cepat, maka banyak kaedah dilakukan... Memanipulasikan pihak yang lemah sampai la keuntungan berlipat ganda dapat. Itu kaedah yang terbaik dan paling cemerlang untuk cepat kaya...Kaedah nak manipulasikan pulak, pastikan orang yang dimanipulasi tue berada dalam keadaan yang turut juga tersepit.. Maka tiada pilihan lain, maka terpaksa menjadikan syarikat milik usahawan yang nak berjaya ni.

Kaedah lain yang digunakan ialah dengan memastikan projek yang cuba dijayakan dalam bisnes yang dibuat tu mendapat pembiayaan kerajaan. Kaedah melobi ddari pihak kerajaan aku xmau komen. Tapi, bila dah dapat, dan diamanahkan untuk menjadi orang tengah dalam membuat pembayaran kepada pihak ketiga (yakni orang yang tersepit tadi), maka pembayaran cuba dilambatkan dengan alasan bayaran dari Jabatan Perbendaharaan Negara lambat. Akhirnya si pihak ketiga yang tersepit ni, terus tersepit, maka elaun yang patut disalurkan tadi menjadi "keuntungan syarikat". Inilah kaedah kejayaan syarikat Melayu.

Justeru itu, lama-kelamaan, bila syarikat macam nie dan KANTOI, maka secara serta-merta akan jatuh papa dan mendapat kerugian yang berlipat ganda. Inilah realiti dunia usahawan bumiputera. Tidak bersifat untuk menuduh SEMUA, namun kebanyakan.

Untuk itu, pada syarikat Melayu yang masih berfoya-foya memanipulasikan bangsa sendiri, jangan sampai tergadai Tanah Melayu ni disebabkan manusia "berjaya" seperti anda.

12.21.2009

Ancaman...

Dalam hidup kita.. Akan ada 2 jenis ancaman yang akan wat diri kita jadi teruk atau bagus...

PERTAMA!
Ancaman dalam diri..
Ini adalah ancaman berbentuk emosi yang sering terganggu kerana terlalu dengki ngan orang lain. Kita akan membuat ancaman pada diri kita bila kita terlalu inginkan sesuatu padahal kita tak mampu untuk memilikinya. Maka usaha yang kita wat, pada kebanyakan masanya akan menyebabkan diri kita terancam dan seterusnya memberikan kesan negatif pada diri kita.

KEDUA!
Ancaman dari persekitaran diri (iaitu ancaman luar).
Kes ni plak berlaku pada kita contohnya udara persekitaran yang membawa kepada penyakit pada kita.. Contohnya H1N1.. Diri kita terancam dengan penyakit bahaya nie kerana keadaan sekitar dicemari oleh udara yang mengandungi virus H1N1...
Selain tu, ancaman dari manusia len pon boleh menyebabkan kita terancam... Peragut, penjenayah, di pendengki yang dengki ngan kita ataupun member2 yang xsuka tengok kita berjaya.. Ini jugak akan menyebabkan kita terancam dan berada dalam keadaan bahaya.


Untuk lindungi diri kita, pada ancaman jenis pertama. Kita perlu sentiasa optimis dengan segala tindakan yang kita wat.. Juga perlu optimis pada situasi yang berlaku pada kita.. Kalo perkara yang melibatkan dalam diri tak dapat diselesaikan, maka apa jenis masalah yang datang pon memang xboleh nak diselesaikan.Sentiasa berfikiran posifif la..ehe..

Bagi ancaman jenis kedua, kaedah untuk mempertahankan diri dari ancaman jenis ni ialah dengan memastikan setiap hubungan dengan mana2 manusia hatta binatang sekalipun perlulah baik.. Seperti lagu kumpulan Scorpion, "what u give, u get back". Itu yang perlu kita paham.. Hukum karma di dunia nie kalo jahat kita wat kat orang, makan jahat itu akan datang gak kat kita satu hari nanti..Namun, kalo dah orang dengki sangat ngan kita pon, pastikan kita sentiasa bertindak untuk pertahankan (defend) diri kita.. Xperlu membuat serangan balas..Kerna balasan dari Tuhan tue lagi agung dan mantap..

12.19.2009

Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?


Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Denmark Sidang ini jadi sangat penting untuk mendapatkan satu kata putus untuk kerjasama dari negara di seluruh dunia dalam menangani isu perubahan iklim. Kenapa??? Ini kerana kerjasama dari negara dunia untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau (contohnya karbon dioksida) terutamanya dari negara "penyumbang terbesar" seperti Amerika Syarikat & China.

Justeru itu, sidang kemuncak inilah menjadi titik tolak kerjasama dan penyusunan draf
persetujuan antara negara di seluruh dunia bagi mengehadkan pengeluaran gas rumah hijau ni. Penguatkuasaan kredit karbon antara negara pengeluar ni juga perlu diperkemas bagi memastikan negara maju tidak terus menerus mengeksploitasi alam ini demi kepentingan ekonomi semata-mata sehingga meracuni penduduk di negara membangun seperti kita.

Untuk itu, cadangan seperti yang diucapkan oleh YAB Perdana Menteri di Copenhagen, Denmark patut diambil perhatian oleh negara kuasa besar dunia untuk bekerjasama menyalurkan dana sebanyak AS$200 bilion setahun kepada negara membangun dan mundur adalah satu langkah tepat untuk tujuan pembangunan dan pendidikan kepada semua pihak agar usaha ke arah pembangunan lestari berjaya dicapai.

Semoga ahli politik dunia tidak hanya pandai berkata-kata. Apa yang perlu dipastikan ialah tindakan yang bakal diambil untuk kelestarian alam sekitar demi kebahagiaan umat manusia.


12.18.2009

Hijrah 1431..

Salam Maal Hijrah untuk semua..

Hijrah, ada 2 maksud utama.. Pertama, hijrah bermaksud proses penghijrahan/perpindahan Nabi Muhammad SAW beserta umat Islam dari Mekah ke Madinah.. Ini maksud pertama.. Sepanjang perjalanan, wujud pelbagai strategi & kaedah yang digunakan untuk mengecapi kejayaan semasa proses hijrah berlangsung.

Kedua, maksud hijrah ialah perubahan sikap ataupun perlakuan hidup seseorang dari yang kurang baik atau jahat kepada yang lebih baik... Ini bermaksud kita yang dijadikan sebagai khalifah di bumi ni perlu sentiasa melihat kembali apa yang dah kita wat dan bertindak untuk berubah sekiranya apa yang kita buat tu difikirkan kurang baik, maka perlu diubah kepada yang baik.

Dengan situasi sekarang, kesedaran mengenai alam sekitar, kehidupan beragama & juga kesedaran untuk saling bertoleransi semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia..Namun, wujud kesedaran saja takkan berkesan tanpa digerakkan dengan tindakan. Hijrah diperlukan agar kita lebih menjalankan tindakan dari kesedaran yang timbul. Janganlah kita berpecah belah kerna perpecahan umat akan menyebabkan kita dipergunakan dan tergadai tanah milik kita kepada orang yang tidak sepatutnya...

Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah.

Salam Maal Hijrah 1431..

12.17.2009

Babi!!


Hari2 ada orang makan babi...
Hari2 ada orang potong babi...
Hari2 ada orang masak babi...

Kesian babi...
Dah la pendek, xdak tengkuk..
Kena bela seolah diseksa...
Diberi makan sayur ja....

Lagi kesian kat ko babi..
Bila ko ada ramai peminat..
Suka makan ko...
Suka potong2 ko...
Suka jilat2 ko...
Ko kan sedap babi....

Manusia pon suka nak jadi macam ko..
Hidup senang...
Orang bagi makan...

Tapi paling kesian, ko tu HARAM dimakan..
ahahaha...
kesian si babi...

Kadang2 babi pon makan babi...

12.11.2009

Bom itu...


Alkisah sebiji bom...
Buatan tempatan...
Yang akan menyerang negara sendiri..
Sumbunya pula, semakin pendek..
Namun, ia belum dibakar..

Bom ini sangat bahaya..
Bila ia meletup,
maka terhapus satu bangsa yang bangga dengan lambangnya.
Maka membesar, sebuah negara yang dulunya kerdil.
Lebih kerdil dari bumi emas yang diduduki sekarang.

Lihat saja kini,
daerah & bandar2 besar kita,
habis hilang kuasa asal..
Pengambilalihan secara terancang & mantap..
Di bahagian utara semenanjung,
pulau yang kini seolah-olah "diklonkan"
dari pulau di sebelah selatan semenanjung emas.

Apa lagi yang kita ada??
Pemadam api???
Sumbu tambahan untuk melambatkan letupan bom ini??
Atau, kita mahu nyalakan api & letupkan bom ini??

Andai bom itu meletup,
maka sejarah mungkin berulang..
Dengan itu, berbahagialah si penjilat bontot
bangsa yang xreti nak mencuci bontot mereka...
Jenis pengkhianat inilah yang semakin kaya
dengan dana Yahudi & penjajah zaman moden kini.

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...