12.30.2008

Majlis resepsi along...

28 Disember 2008 jugak..
Majlis resepsi perkahwinan along ngan zira... Diadakan bermula jam 4 petang di Kota Cornwalis, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Satu majlis yang sederhana tetapi meriah.. Memang menarik pasal majlis ni jadi macam satu majlis istirahat bersama keluarga di petang hari..Saksikan gambar yang aku sempat rakamkan untuk tatapan bersama...

























Untuk along, aku doakan agar hang ngan zira sentiasa berbahagia & sejahtera hingga akhir hayat... Majlis kenduri ni memang best & meletop. Semoga kita semua dirahmati Allah... Majlis ni jugak dah berjaya mengumpulkan hampir semua ahli keluarga kita... Sememangnya best walaupun banyak rintangan dan dugaan yang perlu dilalui sepanjang persiapan..Tahniah buat pak long ngan mak long...

12.29.2008

Kehancuran V6.....

28 Disember jam 8.30 pagi...Satu situasi yang xdapat diperkatakan dengan kata-kata...Hanya gambar nie yang dapat aku tunjuk...








Didoakan semuanya selamat & sejahtera...Banyakkan bertaubat sempena awal tahun nie...Salam maal hijrah buat semua..

12.27.2008

Festival Orang Muda 2009....

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Youthsays Festival 2009..

Aku dah berjaya dapatkan tag aku..Jadi, kepada member2 yang blom dapat, apa lagi???Jom sertai festival yang disertai orang muda terbesar di Malaysia... Nie la peluang kita untuk mengekspresikan suara kita kepada golongan tua betapa orang muda mampu memberikan impak yang besar kepada negara ni...


2737262


YOUTH'09 - Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival
Klik pada gambar...

YOUTH'09 - Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival

12.23.2008

Survey @ Labuan + Result Sem 1 08/09...

Alhamdulillah...

Survey aku kat Labuan dah berjaya dibuat.. Tempat untuk aku dapatkan sampel bagi kajian projek tahun akhir aku dah berjaya aku buat. Tinggal nak gamek sampel dan analisis ja. Tapi, perkara yang merisaukan ialah radas kat makmal. Adakah cukup? Insyaallah smua ni kena dibereskan Januari tahun depan. Harap semuanya berjalan lancar. Tq buat afizul, Roslan dengan Abang Shamsul.... Memang mantap. Survey nie aku dapat buat dalam masa yan singkat dan sempat jugak aku berjalan sekitar Wilayah Persekutuan Labuan..

Nie antara gambar yang sempat aku upload di sini..










Tq banyak2 kat Abang Shamsul kerana sudi bawak aku ngan Adizul jalan2 ronda pusing2 Labuan. Tq kat Roslan yang sudi tumpangkan bilik & bawak aku untuk g tempat mendapatkan sampel aku...

Berkenaan kisah result pula, alhamdulillah result sem lepas aku berjaya naik lagi walaupun hanya 0.02....hoho... Tue kenaikan untuk PNGK. Tapi untuk PNGS naik banyak sket iaitu kenaikan sebanyak 0.24...Mungkin usaha aku xcukup lagi kot...Huhu...

Insyaallah 27hb Dis aku balik Penang untuk menghadiri kenduri kawin kazen aku satu kat Penang, 28hb, Along kawen... Satu lagi kat Aloq Setaq, 2hb Jan 2009 Sheshe kawen...So, Selamat menghabiskan sisa cuti buat rakan2 dari UMS...

Sekian..

12.20.2008

Projek Kuasa Remaja!

Aku bukanlah seorang yang hebat, namun aku selalu mencari idea baru dalam merealisasikan idea yang aku ada. Namun, kadangkala kuasa yang ada belum cukup untuk memberikan aku kekuatan dalam menjadi pengarah kepada projek ataupun program. Apa yang dapat aku lakukan kini ialah mencadangkan satu usaha yang kira baik demi kepentingan generasi depan negara dan juga demi menambah baik kemajuan negara.

Sebagai pengarah program untuk Projek Kuasa Remaja!, aku akan melantik beberapa ahli Majlis Tertinggi yang dapat sama-sama bekerja dengan aku..Itu penting bagi memastikan pentadbiran dalam projek ini betul2 mantap bagi mencapai objektif projek ini yang utama dalam merealisasikan suara remaja agar lebih didengari oleh kepimpinan negara.

Sasaran utama program ini ialah melibatkan pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 seluruh Sabah dari kawasan selain daerah Kota Kinabalu. Pemilihan begini adalah kerana biasanya remaja di luar bandar (terutama luar Kota Kinabalu, Sabah) jarang mendapat peluang untuk meyertai program yang ekslusif diadakan khusus untuk mereka. Justeru itu, program sebegini wajar diadakan bagi memberi pendedahan betapa tingginya kesedaran yang ada pada remaja luar bandar ni.

Dari segi jenama yang saya akan bekerjasama ialah pertama dari syarikat Celcom, kerana pasaran terhadap golongan muda menjadi sasaran utama syarikat servis telekomunikasi terbesar Malaysia ni. Selain tu, saya juga akan bekerjasama dengan pihak media seperti Sabah Times & Berita Harian bagi memudahkan promosi di media cetak. Untuk menambahkan lagi kemeriahan projek ni, kerjasama dengan pihak Astro juga penting kerana remaja yang ada di sini kebanyakannya sangat berbakat dalam bidang penyiaran dan mampu dijadikan batu loncatan untuk remaja yang ada di sini diketengahkan bakat & pendapat mereka bagi memantapkan industri penyiaran yang ada di Malaysia. Astro juga dipilih kerana Astro merupakan syarikat yang mempunya modal yang besar dan sanggup untuk melabur dengan pelaburan yang besar dalam usaha mencari pelapis di bidang penyiaran.

Harapan utama yang ingin saya capai dengan projek ini ialah, bakat & idea remaja yang ada di luar bandar juga pada saya banyak memberikan inspirasi kepada pemimpin negara dalam mendapatkan idea yang terkini & berkualiti bagi menyelesaikan masalah. Ini kerana kadangkala kita perlu untuk “back to basic” dalam usaha untuk mencari penyelesaian masalah mahupun dalam mencari ilham yang baru. Jadi, dengan aktiviti sebegini rupa, bukan sahaja masa terluang remaja di kawasan luar bandar dapat diisi dengan perkara berfaedah, tetapi juga bakat & idea mereka dapat digunakan dan mendapat pengiktirafan sebaiknya demi kepentingan negara.

Antara aktiviti yang menarik yang dapat dijalankan ialah:

Talk Show bersama Aznil.
“How to build a power”
Music of life.
The idea of Mine.
If i am the king.


*semua di sini hanyalah berunsur cadangan..Harap maklum..


Klik http://realvoices.youthsays.com/2008/12/projek-kuasa-remaja/

Chapter 15: The Final Chapter
Imagine... you are now the college/ university / workplace / community social project director. You have been asked to implement MANY activities / events / projects for your college / university / workplace / community. What would you do? Why would you do it? Who would you work with? Which brands / products / people / organizations would you choose to work with? What do you hope to achieve? Tell us ALL your ideas! You can also upload pictures / videos of other events and activities to paint the full picture. Imagine the project is REALLY HAPPENING right now... Give us all the details!
--------------------------------------------------
Bayangkan.... Kamu sekarang adalah pengarah projek kolej/universiti/komuniti/tempat kerja. Kamu diminta melaksanakan pelbagai aktiviti-aktiviti / peristiwa-peristiwa / projek-projek untuk kolej / universiti / tempat kerja /komuniti kamu. Apa yang akan kamu lakukan? Kenapa kamu melakukannya? Dengan jenama/produk/siapa akan kamu bekerjasama? Apa yang kamu harap kamu akan capai? Beritahu kami SEGALA idea-idea kamu. Anda juga boleh memuat naik gambar-gambar / video-video acara-acara dan aktiviti-aktiviti untuk melukiskan gambaran penuh idea kamu. Bayangkan projek itu betul betul sedang berjalan sekarang ini... Ceritakan kami segalanya!

12.17.2008

Kisah di Kg Kota...

Kampung Kota, di Tuaran...Satu kampung yang menarik & membahagiakan.. Aku mula berada di kampung nie sempena Program Baktisiswa UMS-UUM di sini. aku diambil sebagai anak angkat kepada keluarga En Agus...Keluarga ni sangat mesra..Tak ada perkara yang dapat aku katakan melainkan aku rasa best ja kat kampung nie..semua orang kampung cnie bersaudara..So, besar la family kat sini...Tgk la gamba yang sempat aku rakamkan kat cnie..




























Terima kasih banyak2 atas penerimaan saya secara individu ke Kampung KOta.. Tq pada ayah Agus ngan ibu... Tq banyak2 kat ibu pasal sediakan makanan yang sedap untuk bekalan perjalanan ke Brunei...Tq jugak kat Nur ngan Ali atas layanan yang best sepanjang aku berada di sini....Sangat best.. Insyaallah di lain masa dan ksempatan, saya akan kembali berkunjung ke sini...Tq kat semua2 yang ada d Kampung Kota yang happening & supporting...

Rindu & Sayang...

Manusia itu unik..Maka dengan setiap keunikan manusia itu kita perlu sentiasa memafkan apa yang kita rasakan salah bagi tindakan atau sikap ...