1.14.2010

Bila Tuhan dijadikan "ubat".

Pernah anda pergi klinik??? Pernah dapat ubat??? makan 3 kali sehari, selepas makan.. Ada jenis ubat, makan bila perlu..

Inilah realiti skarang.

Xkira apa jua agama (walaupun masa ni kecoh ngan isu kalimah Allah yang nak digunakan oleh satu jenis agama langit yang ada di dunia ni) semua agama ada kepercayaan dan Tuhan masing2.

Namun, bila senang, Tuhan tue seolah-olah dilupakan. Ala, nanti tua baru kita ingat Tuhan. Itu yang biasa diterbitkan dari mulut kebanyakan manusia zaman kini.

Namun, bila "perlu" maka Tuhan diagungkan, Tuhan la tempat nak minta bantuan dan Tuhan juga la jadi tempat nak mengadu. Dah macam ubat pula Tuhan skarang ni. Itu yang aku dapat katakan.

Sedikit peringatan untuk member seIslam ngan aku. Preskipsi kita untuk menjalankan kewajipan pada Tuhan kita ialah untuk "menghadap" dan menyembahnya 5 kali sehari. Bukan bila perlu.

Sedangkan ubat sekalipun, kalo kita xmakan ikut preskripsi yang ditetapkan akan membawa mudarat. Inikan pula kewajipan kita untuk mengisi preskripsi kita dengan Tuhan. Perlukah ia diabaikan???


Tepuk dada, tanya Iman.

**Sekadar pesanan untuk diri sendiri & sahabat yang berbeza agama yang lain

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...