8.29.2008

Selepas ini?

Salam pasca pilihanaya kecil permatang pauh untuk semua.

Kini kita semua telah ketahui akan keputusan yang dinantikan oleh seluruh warga Malaysia terutamanya.DSAI telah menang, dan kini kita hanya perlu tunggu dan lihat samaada beliau berjaya menjadi PM atau tidak ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Dari keputusan yang terhasil daripada pilihanraya ni, ternyata rakyat Malaysia berfikiran untuk jangka masa pendek. Mana xnya, bila kita teliti setiap satu JANJI yang diwar-warkan semasa pilihanraya yang lalu(pilihanraya kecil Permatang Pauh), kebanyakan daripadanya ialah untuk menyelesaikan isu yang boleh diselesaikan kerajaan sedia ada. Isu minyak, rasuah & salahguna kuasa. Bagi isu minyak, memang xdapat dinafikan isu ini memang banyak memberikan kesan kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban kesan kenaikan harga bahan api ni. Kiranya rakyat mengundi Anwar untuk minta dia turunkan harga minyak, jadi selepas itu??? Apa yang DSAI akan lakukan? Teruskan usaha memperbanyakkan harta sahabat handai & ahli keluarga beliau ka???Xpun,nak teruskan menggadai kedudukan istimewa orang Melayu & bumiputera???

Sama-sama kita fikirkan...
Sekian.




8.27.2008

Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH
Jumlah Daftar Pemilih: 58,459
1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi 47,258
Peratus 81 peratus
Undi rosak 447 undi
Majoriti 15,671 undi.

Penyandang:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi:30,348
Majoriti:13,398


—BERNAMA







8.26.2008

Sekitar Hari Pembuangan Undi Parlimen PErmatang Pauh.

Pagi yang cerah...Hari yang penting untuk masyarakat Permatang Pauh. Saya berkesempatan untuk melihat sendiri pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah KEbangsaan Seberang Jaya, di Taman Sembilang, Seberang Jaya,Pulau Pinang. Selepas manjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Permatang Pauh, saya terus melihat keadaan sekeliling. Didapati Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berada di sini pada waktu yang sama. DSAI hadir untuk menjalankan pembuangan undi di sini. Manakalah Datuk Seri Najib memberikan semangat dan juga sokongan moral kepada pengundi yang datang mengundi. Bila anda semua tanya pada siapa saya undi??? Biarlah itu menjadi rahsia saya dalam memilih pemimpin kawasan saya.

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh menjadi satu pilihanraya kecil yang BESAR maknanya kepada rakyat Malaysia. Ratusan malah mungkin juga ribuan wartawan asing hadir untuk membuat liputan sepanjang berlangsungnya tempoh kempen & hari pembuangan undi. Saya sempat bersembang dengan seorang wartawan dari Australia. Xsempat nk tanya nama tadi. Tapi dari apa yang saya dapat katakan, wartawan ini begitu menghaap agar DSAI memenangi pilihanraya kali ini. Saya x hairan kerana kaedah kempen & provokasi oleh PKR dalam pilihanraya kali ini melangkaui seluruh dunia.

Apakah keputusannya??? Kita nantikan bersama.Berikut sedikit gambaran untuk tatapan anda semua...





































Dari gambaran ni kita dapat lihat macam2 karenah penyokong dari kedua-dua belah pihak....Diharapkan keamanan negara kita tetap terjaga. Juga mari kita sama-sama doakan agar apa keputusan yang terhasil malam nie mampu memastikan negara ini terus selamat, aman & makmur demi Islam untuk semua....Ok. Nak gi check in flight ke KK jam 7.30 malam ni...Bye..



8.25.2008

Konvensyen Pendidikan Tinggi Negara.

Pada 22 - 24 ogos saya diberi peluang untuk mengikuti Konensyen Pendidikan Tingi Negara Peringkat Pulau Pinang..Bersama dengan anak-anak Melayu penang di USM Minden.
Banyak pengalaman dan input berguna yang didapati dari prog ni. Salah satu daripadanya ialah kesedaran mengenai tahap pendidikan masyarakat bumiputera Pulau Pinang yang agak jauh ketinggalan. Biarpun begitu, banyak usaha yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan isu nie. Bukan masalah perkauman yang menjadi persoalan di sini. Tetapi apa yang penting ialah bagaimana untuk meningkatkan kualiti diri dalam memastikan kelansungan rakyat yang bernilai tnggi dan berilmu. Ini merupakan perkara penting dalam memantapkan modal insan di Pulau Pinang.
Secara kesimpulannya, konvensyen ini saya angapkan sebagai konvensyen yang sangat berjaya dalam membentuk jatidiri anak Pulau Pinang untuk keselesaan dan kebahagiaan rakyat masa depa. Biarlah hari ini kita menderita kerana berusaha untuk memajukan diri, bangsa, agama dan negeri tercinta ni di masa depan. Sekian, dari anak Penang..


Ucapan Pengarah Program...


Ucapan perasmi, Ustaz Shahabudin Hj Yahya.


Nasi Kandar "Line Clear" kat Jalan Penang...Mmg best!!


Masa "campus walk"...


Lagi masa "campus walk"


Adik2 budak penang yang sempoi2 belaka..


Time tengah kempunan Char Koay Teow..


Time presentation Group 4.


Pembentang yang kacak tampan bergaya Group 4.


Fasilitator yg sempoi belaka..aha..


Sekretariat yang menjayakan konvensyen kali ni.Tq atas layanan yang "istimewa" dan "mantap"...


Budak2 group 4 yang best gilos...


Lagi....


Peserta IPTA yang sempoi, mantap & idealistik...


Bersama adikku..MAs..



8.20.2008

Pesta Konvo ke 10 UMS.

Hari ni rasmi la sudah Pesta Konvo UMS untuk Majlis KOvokesyen ke 10 UMS.

Pada pandangan aku, pesta ni bertujuan untuk meraikan graduan UMS yang akan bergraduan dalam 3 sidang yang akan diadakan hujung minggu nie. Selain itu, pesta konvo bukan sekadar satu pesta yang dibuat untuk bersuka ria dengan pertandingan yang diadakan mahupun jualan gerai di sini. Tetapi juga bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat mahasiswa yang sedang belajar di sini untuk lebih berusaha meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

Selain itu, semangat konvo ini juga wajar digunapakai dalam memastikan kta dapat mencapai ijazah yang berkualiti bila sampai masanya kelak. Justeru itu, jom kita reramai insaf dengan kehadiran pesta konvo kali ni.Insyaallah dengan keinsafan kali ni dapat memberikan satu nafas baru dalam kita berjuang di sini.


8.17.2008

Keadaan Semasa.

Salam sejahtera,
Hari nie telah diumumkan bahawa 3 orang akan bertanding dalam pilihanraya P44 Permatang Pauh... Apa yang saya harapkan penduduk kawasan Parlimen Permatang Pauh akan membuat pilihan yang bijak. Ini penting dalam memastikan kelangsungan kebahagiaan hidup kita di kawasan paling panas di Malaysia untuk setakat ni.

Buat masa sekarang, saya terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya kepada projek akhir tahun yang perlu saya siapkan usulan kajiannya sebelum 23hb Ogos ini. Justeru itu, saya memohon kemaafan sekiranya saya tidak berkesempatan dalam memberikan update terkini di blog ini.Akan etapi, saya akan tetap berusaha sesungguh hati untuk memastikan semua pembaca setia blog ini mendapat update terkini di blog ini.Sekian, wassalam.


8.15.2008

Kesan hedonisme berlebihan..

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua,

Hari ni nak bincang berkenaan isu acara hiburan yang kian membuak-buak di UMS.. Kronologinya bermula dengan Konsert Anuar Zain bersama dengan Deja Moss, diikuti pula dengan konsert Hujan yang xkurang mantap juga sambutannya... Kini dalam tempoh yang xkurang seminggu lagi, insyaallah akan ada lagi aktiviti-aktiviti keseronokan yang melalaikan di UMS...

Tidak dinafikan, dalam kehidupan manusia kita memerlukan hiburan dalam memastikan aktiviti kemanusiaan kita tidak terjejas. Namun, sekiranya ia berlaku secara berlebihan besar kemungkinan ia akan memudaratkan pihak kita..

Di sini saya cuba untuk membincangkannya secara lebih adil. Selalunya, bila kita bincang isu hiburan ni, pertuduhan secara rasmi akan dikenakan kepada "budak masjid" ataupun label terbaru di UMS, "budak ISEUMS" yang akan membuat tentangan. Mungkin saya langsung x layak untuk dikatakan sebagai budak masjid. Tapi, kepentingan hiburan ni kita kena tengok dari sudut yang positif.

Dalam Pelan Strategik PMUMS, telah digariskan bahawa kami di pihak MPP mahupun pimpunan mahasiswa yang lain, kami akan menyokong semua aktiviti kemahasiswaan yang berasaskan akademik dan peningkatan sahsiah. Sekiranya ia tidak berlandaskan perkara yang disebutkan, maka kami wajar untuk bertindak tanpa mengira samada saya ni budak masjid atau x.

Saya bagi contoh, kalau kita demam, preskripsi ubat yang akan diberi doktor ialah pil paracetamol 2 biji sehari. Tapi, kalau kita mengambil dos yang berlebihan, demam xmungkin kebah. malah, ia akan lebih memudaratkan..Ini contoh yang saya rasakan cukup kuat untuk membuktikan bahawa hiburan yang terlampau jika dianjurkan di UMS ni pasti membawa kemudaratan.Tuhan telah menciptakan manusia dengan beberapa entiti utama seperti roh, nafsu dan juga jasad.

Sebab ada nafsu, kita perlukan hiburan. Namun,kalau kita xda nafsu, mustahil kita ini digelar sebagai manusia kerana MANUSIA = JASAD + ROH + NAFSU. Xda salah satu entiti bukan manusia namanya.

Selain itu, kiranya hiburan yang terlampau ini berlaku di sini, mahasiswa di sini pasti akan mudah terlupa dengan perjuangan sebenar mereka masuk ke sini. Kita juga mungkin akan terlupa dengan apa yang perlu kita pentingkan dalam satu-satu masa. Saya sendiri pernah mencuba kehidupan yang penuh dengan hiburan selama seminggu, apa yang berlaku, saya jadi lebih lemah dari biasa. Malah, saya rasakan saya xmampu untuk berfikir secara lebih agresif & aktif.

Kesimpulannya, kepada rakan mahasiswa yang ada di UMS, anda perlu faham akan kepentingan hiburan dan kesan hiburan dalam kehidupan kita. Kadang-kadang tue berhibur biarlah hiburan sambil ingat akan kematian.. mungkin ni kaedah hiburan yang tampak menarik tapi menginsafkan..

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...