2.25.2010

Hangatkan Isu anda!!


Ini ada satu blog yang dah guna domain sendirik.

Dulu blog nih, bernaung di bawah Blogger. Berkat usaha admin blog ni, maka blog ni dah berjaya ada domain sendiri iaitu www.isuhangat.net

IsuHangat.net merupakan sebuah blog yang sangat menarik kerana kebanyakan bahan yang disebarkan melalui email sebelum ni dikongsikan dalam blog dengan gaya tersendiri dan menarik.

Oleh yang demikian, apa sahaja isu yang anda rasakan bakal mengHANGATkan anda, semestinya ada di blog ni. Maka aku cadangkan agar sesiapa yang suka pada isu yang terkini dan HANGAT, pastikan anda melayari





Duit banyak atau pendidikan tinggi???


Minggu ni jiwa lara sket. Hati nak memulakan sesuatu yang baru untuk kebahagiaan masa depan hancur... Statement paling best aku dapat ialah

"Apa guna blaja tinggi2, tapi duit dalam poket sikit?"


Sangat tak boleh diterima. Aku memang yakin, bahawa dengan buat bisnes saja yang boleh bagi banyak rezeki.. Sebab dalam Islam sendiri cakap 80% punca rezeki adalah dari berniaga. Tapi pendidikan itu penting untuk membentuk jatidiri dan membentuk peribadi individu.

Biarpun Bill Gates, xberjaya abeskan pelajaran di U dulu, dapat jadi manusia terkaya di dunia.. Namun, beliau berjaya membuat perubahan pada trend dunia..

Tapi, kalo setakat bisnes yang melibatkan MLM, tak perlu la nak korbankan otak yang sangat berpotensi untuk dipenuhi dengan nilai pendidikan yang tinggi khas untuk "korbankan" pemikiran orang lain. Tak perlu ok.

Kalo nak bisnes, pastikan ia merubah trend dunia kepada yang lebih baik. Bukan sahaja anda akan banyak duit, malah anda akan lebih dihormati kerana menjadi pendorong pada lebih ramai bebudak muda untuk belajar ke peringkat ke lebih tinggi.

2.23.2010

Kenapa tanahair berkait rapat dengan kita?

Tanahair. Itulah yang digambarkan sebagai Malaysia, tanah tumpah darah kita. Ungkapan ini juga boleh membawa maksud wujudnya hubungan antara tanah dan air yang ada di Malaysia di mana Malaysia merupakan sebuah negara yang terhasil dari gabungan 2 elemen alam yang utama ni.Lihat sendiri, mana-mana negeri yang wujud pada asal pembentukan Malaysia, setiap negeri terhasil dari gabungan tanah dan air.
 
Begitu juga kita, warganegara Malaysia. Tak dapat dipisahkan dari berjalan di atas tanah dengan udara lembap sepanjang tahun.
 
Kebanyakan rakyat Malaysia akan lebih tenang dan berasa lebih selesa untuk melepaskan stress dengan berada di tepi pantai. Samada untuk berehat, bersantai mahupun berekreasi. Lebih selesa untuk diadakan di tepi pantai di mana titik pertembungan antara tanah dan air ini bergabung.
 
Begitu juga makanan, kalo tiada dari hasil tanaman dari tanah, mahupun ternakan di tanah, tidak dihidangkan bersama hasil laut. Maka hidangan kurang enak dan kurang menaikkan nafsu makan.
 
Jadi, kenapa negara kita, Malaysia kadangkala diungkapkan sebagai TANAH AIR? Kini, anda tahu jawapannya. :p

2.22.2010

Berjimat bersama Keretapi Tanah Melayu.

Mungkin info ni ramai yang tak tahu.

Sekiranya anda melancong atau mengembara menggunakan perkhidmatan keretapi melalui syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sebenarnya anda layak untuk mendapat sekurang-kurangnya 50% diskaun untuk perkhidmatan Komuter.

Contohnya, anda ingin mengembara dari KL Sentral ke Butterworth, Pulau Pinang.

Anda dah beli tiket keretapi kelas ke 2 dengan harga RM34.

Semasa memulakan perjalanan, anda perlu naik Komuter dari Shah Alam ke KL Sentral (memandangkan umah yang anda stay di Shah Alam, sebagai contoh). Apa yang perlu anda buat ialah untuk menunjukkan tiket KTMB anda dari KL Sentral - Butterworth dan anda akan menikmati diskaun tambang dari 50% hingga 100%.

Dah jimat untuk pergi ke KL Sentral.

Begitu juga ketika balik, sekiranya anda masih menggunakan perkhidmatan KTMB untuk balik dari Butterworth ke KL Sentral, maka anda masih layak untuk menikmati penjimatan untuk tambang Komuter ke mana-mana destinasi (yang ada komuter la).

Tips ini hanya layak untuk SATU tiket KTMB sehala & sekali sahaja...

**Ini kalo nak berjimat.. Kalo nak cepat sampai, amek flight la yer... :p

2.21.2010

Ada degree, tapi xpandai bersosial??

Ini adalah sindrom terhebat graduan masa kini.. Memang hebat.. Jumlah gaduan yang dihasilkan oleh kesemua IPT di seluruh pelusuk Malaysia mencecah lebih 20 000 orang setahun. Namun, hasil pelaburan kerajaan untuk bersetubuh melahirkan graduan ni yang cemerlang.. Namun, yang dah lahir sebagai graduan lain sket jadinya.

Maslah terbesar, ilmu akademik kebanyakan graduan ni sangat cemerlang. Itu sangat membanggakan kerana reputasi IPT Malaysia mendapat tempat kebanyakan negro dari serata dunia untuk belajar di sini..

Namun, apa yang aku tengok, skang ni kebanyakan graduan yang ada seolah-olah tak pernah hidup sendiri. Macam xreti nak jaga hati orang.. Jangan kata hati kawan-kawan, malah ada yang tergamak xreti jaga hati mak ayah sendiri.


Kalo bab dok ngan member-member satu hal la.. Kalo dah duduk bersama tue, pepandai la pikir untuk saling melengkapi.. Bukan bersikap parasit. Asik nak benda free ja... Kan??

2.20.2010

Terapi laut....

Inilah kehebatan berada di Malaysia.

Negara kita kaya dengan keluasan laut yang mengelilingi negara kita. Maka laut dan orang Malaysia memang tidak akan dapat dipisahkan umpama akrabnya pantai dan laut..

Terapi untuk bersama keluarga di tepi pantai amat menyeronokkan... Sangat membahagiakan...Duduk bersama, bersembang, ketawa, sambil merungkai kisah silam yang sedih, gembira dan juga keriangan ketika bersama.

Semoga ianya kekal selamanya dan sentiasa subur sebagaimana suburnya laut memberikan kita sumber protein dan makanan untuk hidupan di dalamnya.

Universiti Gah, Hebat tapi graduan masih menganggur.. Cmna?

Teringat zaman skola menengah. Ada ramai kawan-kawan aku yang sangat cemerlang dalam SPM diorang. Maka datanglah berduyun-duyun universiti terkemuka Malaysia yang datang dan memberi jalan untuk bebudak cemerlang ni masuk universiti yang hebat ni.

Contohnya UTM, UTP dan beberapa U lagi yang ada buat program trek pantas dan yang sewaktu dengannya.

Maka hati aku jadi panas, dengki bercampur marah. Kenapa la aku tak cemerlang macam bebudak ni. Kenapa la aku tak diberi peluang macam member-member aku. Jadi, aku terus berpegang pada persepsi bahawa sesiapa masuk U hebat ni, pasti mudah dapat kerja. Sebab confirm2 pointer student dia MELETOP.

Persepsi aku masa ni, pointer meletop, datang pulak dari U yang Gah bunyinya... Maka kerja akan senang untuk apply dan menikmati kerja yang diimpikan masa zaman belajar.

Itu persepsi aku dulu. Dengan persepsi ni telah menjadikan aku perlu lebih berusaha. Secara teorinya aku telah dicampak ke Sabah. Dan bila sampai di Sabah, aku katakan ini adalah dunia aku. Sebab aku boleh berubah sebaiknya dan aku perlu buktikan sesuatu pada semua orang.

Apa yang penting, kerja jangan memilih. Usaha sepanjang hari selagi belum dapat kerja. Jangan buat jahat dengan orang.

Kalo blaja kat University Oxford pon, kalo kerja memilih, pointer 4 flat pon. Hati kawan-kawan xjaga. Kerja mungkin akan dapat la.. Tapi hati tak senang. Sapa nak???

2.19.2010

Realiti aku..

2 hari sejak semalam, aku hanya suka bercerita pasal diri aku.

Untuk hari ni, aku just nak bercerita tentang kehidupan aku yang penuh cabaran. Segalanya cukup makan dalam apa juga benda yang aku buat. Apa yang pasti, aku perlu melalui satu bentuk kesukaran yang sangatlah pahit rasanya sebelum aku mengecapi kesenangan yang manis rasanya.

Dulu, di masa kecik. Bukan semua kehendak aku akan dituruti mak abah. Inilah satu kaedah tumbesaran yang diberikan mak abah aku untuk menghasilkan anak yang kena boleh dalam apa jua keadaan dan kena untuk berusaha dalam mendapatkan sesuatu.

Dulu jugak ingat lagi masa pertama kali wakil utk skola menengah aku, langsung xcukup duit untuk meronggeng mahupun makan kat kedai makan. Syukur lah dengan apa yang ada dan itu saja yang aku layankan. Kepentingan hati yang bahagia aku letakkan pada diri aku pada saat tu.

Tapi skang, alhamdulillah berkat usaha, doa dan dorongan dari orang sekeliling (member2 pon turut serta). Maka aku 20% berjaya mengubah hidup aku. Aku boleh saja berusaha untuk dapatkan apa yang aku mau. Tapi tak semua. Banyak lagi.

Tipsnya mudah. Tenangkan hati. Ingat Allah. Tahan hati walaupun sakit rasanya untuk menempuhi saat duka tue. Percaya bahawa Allah akan bagi kita kesenangan di kemudian hari bila kita dah rasa susah. Tak di dunia, mungkin di akhirat.. Insyaallah..

2.18.2010

Salam Tahun Baru.

Hari ni aku secara personal mengadakan sambutan tahun baru untuk diri aku.

Maka sempena tahun penuh cabaran ni aku mintak ampun n maaf pada semua yang mungkin ada terasa hati di kala aku menjadi sangat cerewet..

Azam sempena tahun baru ni, aku berniat untuk memastikan segala kewajipan pada agama ditunaikan dengan baik dan berkualiti. Aku jugak berusaha untuk memastikan blog ni sentiasa update walau apa jua cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuhi.

Azam lain ialah untuk membahagiakan orang sekeliling aku termasuk yang slalu berkunjung ke blog ni. Segala cadangan, komen mahupun kritikan harap boleh diutarakan dengan jelas melalui email ataupun terus komen pada post terbabit.

Diharap anda semua sentiasa berbahagia dan diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup masing-masing agar anda semua dan saya berjaya di dunia ini mahupun di dunia yang akan datang.

2.17.2010

Kerana Politik, agama jadi mangsa.

Situasi di Pulau Pinang...
Kini sangat panas dengan isu pemBATALan perarakan Maulidurrasul yang saban tahun tak pernah dibatalkan malah lebih menyedihkan ia hanya dibenarkan untuk disambut secara TERTUTUP. Islam agama rasmi negara Malaysia. Tak kisah kerajaa negeri mahupun kerajaan pusat. Jadi, kenapa sambutan berkaitan agama rasmi perlu dibuat secara tertutup?

Menurut seorang Ulama terkenal Kelantan, " Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadhilat tidak sebagaimana bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan memang ada fadhilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa-apa".

Justeru itu, adakah statement yang dijelaskan oleh Ulama terkenal ni berkaitan dengan sokongan padu ke atas kerajaan cauvinis Pakatan Rakyat sehingga boleh mengeluarkan kenyatan sebegini.


Sedikit penjelasan berkenaan kepentingan lahirnya Nabi Muhammad S.A.W.

Dari surah al-Anbiya ayat 107. Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat seluruh alam.

Maka kelahiran Nabi Muhammad bukanlah untuk orang tertentu sahaja, malah ia melibatkan seluruh alam. Bukan saja manusia. Malah segala isi alam.

Bulan Ramadhan dilimpahkan dengan pelbagai gandaan pahala serta fadhilat. Lailatulqadar merupakan malam turunnya malaikat serta diampunkan dosa manusia yang beribadat di malam itu lebih 1000 bulan.

Anugerah Allah mempersembahkan Rasulullah SAW ke bumi sangatlah penting kerana syafaat yang akan diberikan Rasulullah jauh mengatasi keampunan lebih 1000 bulan kerana ia sangat bermakna bagi seluruh alam semesta.

Jadi, adakah kenyataan dari Ulama ini melambangkan wara'nya dia? Atau hanya untuk kepentingan pakatan mengacau-bilaukan Islam???

Bukankah usaha kerajaan Barisan Nasional selama ini sekurang-kurangnya mampu mewujudkan ekspresi cinta pada Rasulullah itu sesuatu yang MEMBAZIR???

Baca, fikir, dan buatlah pilihan. Janganlah menjadikan kerja dakwah bernaung di bawah muslihat politik yang mengotorkan kerja dakwah yang suci.


Rujukan:
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/02/bulan-maulud-memang-lebih-besar-dari.html




2.16.2010

Menjadi blogger terhormat.

Blog.. Dah jadi trend untuk kebanyakan orang zaman sekarang. Ramai yang nak jadi blogger. Tapi masalahnya, xdak idea...

Bila dah xdak idea nak menulis, ada saja kaedah yang dianggap BIADAP digunakan..

Contoh:

1. Copy pastekan berita dari memana sumber berita yang dianggap menarik untuk menarik minat orang masuk blog kita.

2. Copy pastekan gamba yang diupload oleh sesiapa di mana-mana blog atau website. Mungkin kerana gamba ni menarik dan mendapat hits yang tinggi, maka gambar ini boleh dianggap sebagai MENCURI sekiranya tidak disertakan link kepada pemilik asal.

Ini 2 benda yang orang selalu buat.

Maka, untuk memastikan anda dihormati sebagai seorang blogger, perlulah anda pastikan karya atau penulisan mahupun perkongsian dalam blog adalah HASIL KARYA ANDA SENDIRI. Kalo ya pon dapat idea dari memana sumber lain, buatlah pengolahan sendiri. Kerana ia akan memberikan banyak faedah pada diri, otak serta kemahiran untuk anda berfikir.

2.15.2010

Gunung diselimuti awan...

Ini gambar yang diambil masa perjalanan ke kaki Gunung Kinabalu. Masa ni ialah pada waktu tengahari. Gunung Kinabalu tampak sangat comel kerana diselimuti awan yang nampak sedap kalo wat selimut untuk tido.

**sila klik pada gamba untuk tatapan besar-besaran.




Pelawat ke 10 000.....

Semalam dalam jam 4 lebih, dok monitor blog traffic aku... Baru aku sedar rupanya dah ada 10 000 (SEPULUH RIBU) pelawat yang dah masuk ke blog aku ni since kali pertama aku post kat blog ni... Nie traffic yang aku ukur guna widget widgeo ya... Walaupun widget ni kurang tepat, tapi masih relevan untuk digunapakai.

Terima kasih pada semua orang yang sudi meluangkan masa melawat ke blog aku...


Pelawat ke 10000

Pakatan Rakyat punya kisah "kawin"...

Masih terngiang di telinga aku dengan jenis Pakatan ni.. Sibuk2 dengan pakatan yang bunyinya GAH nak PAStikan rakyat sedar akan kesalahan Barisan Nasional dan sebagai sejenis pakatan yang disusun selepas kemenangan bertalu-talu ahli parlimen di kebanyakan kubu Barisan Nasional sebelum ni.


Tapi apa yang aku nampak perbezaan yang agak BESAR kesannya pada rakyat..

Ibaratnya macam kahwin...

Pakatan Rakyat.
-wujud hasil "perkahwinan" yang dibuat oleh 3 parti utama iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Semalaysia (PAS) dan juga Democratic Action Parti (DAP).
-"perkahwinan" dalam PR ni aku katakan sebagai sejenis perkahwinan yang dibuat secara PAKSA akibat terlalu tamak untuk mendapat kuasa politik sekaligus menjadikan "rumahtangga" yang terhasil akibat perkahwinan ni jadi macam huru-hara..


Barisan Nasional
-wujud hasil "perkahwinan" beberapa parti komponen yang dipelopori oleh UMNO, MCA, MIC, Gerakan, dan beberapa lagi parti komponen.
-pakatan ni terhasil dari hubungan yang saling memahami dan saling hormat. Maka dengan hasil perkahwinan ini jugalah telah berjaya menghasilkan "rumahtangga" yang selamat, aman dan makmur.


Namun, dalam setiap rumahtangga ada baik dan buruk masing-masing.. Begitu jugak dalam kehidupan rumahtangga masyarakat Malaysia. Ada rumahtangga yang dapat menghasilkan warganegara yang bertanggungjawab, ada yang tidak.

Cuba lihat, pandang dan buat pemerhatian dengan teliti sambil membua keputusan untuk mengundi.

2.14.2010

Malam tembak HARIMAU????


Malam ni sangat menyakitkan telinga aku.. Seolah-olah 1Malaysia sedang berusaha dan bersiap sedia untuk berperang esok.. Mungkin persediaan ni bersifat menyediakan telinga kita dengan bunyi tembakan dan letupan.

Mungkin inilah yang kita semua nak. Bila Aidilfitri menjelma. Sesiapa main mercun, PAStinya polis akan amek tindakan pada sesapa yang men mercun..Mungkin kerana kreativiti orang Melayu yang sangat hebat men mercun mengakibatkan banyak kes budak putus jari akibat men mercun.

Namun sangat berbeza dengan Tahun Baru Cina... Seolah-olah mercun yang sebelum ni HARAM di sisi undang-undang Malaysia menjadi HALAL...Letupan sana sini.

Macam mana tue??
Adakah ini yang dinamakan semangat 1 Malaysia??
Adakah perlu diHALALkan semula mercun tapi kaedah permainannya perlu diperbaiki?
Lu pikirlah sendiri...

2.13.2010

Cuba tengok belakang duit RM1 anda...

Cuba tengok di belakang wang kertas RM1 anda. Adakah pemandangan ini mirip gambar di belakang wang kertas RM1??? Gambar ni diambil masa aku daki gunung kinabalu februari tahun lepas. dan gambar ni diambil menggunakan kamera henpon N60 aku..

2.12.2010

Semangat 1 Malaysia = semangat patriotik?


Bila aku pikir tentang 1 Malaysia, xda benda lain yang aku fikir melainkan kalo setakat nak meletakkan kita semua dalam satu hati untuk bersama-sama memajukan Malaysia.

Bila terlacarnya gagasan 1 Malaysia, maka kemudian wujudlah pelbagai kaedah pemasaran (bagi orang yang berniaga) untuk menunjukkan tanda sokongan pada gagasan ni. 1 Borneo, 1 Sekolah, 1 Kementerian dan bermacam2 jenis satu lagi...

Namun adakah kta benar2 bersatu?? Ataupun, masih ada yang suka2 ja nak amek kesempatan??


Isu ni buat aku terpikir bila mana ada satu artis yang sedang giat untuk mencipta lagu yang menunjukkan semangat patriotisme yakni dengan menunjukkan situasi 1 Malaysia dalam lagunya.

Aku mula jadi bingung.. Setelah pikir dalam2, baru aku boleh terima sket. Ini alasan aku:

Kita bermula dari SATU sperma dan sebiji ovum.

Maka dilahirkan diri kita yang sangat unik dan hanya SATU di muka bumi ni.

Bila kita membesar dalam SATU keluarga.

Lepas tu, wujud untuk pergi sekolah dan belajar dalam SATU kelas.

Bila dah bersama, keinginan sama, kemahuan sama maka kita SATU hati.

Akhirnya selepas SATU hati, baru ada 1 Malaysia.


Mungkin ini jawapan aku.. Anda bagaimana?? Adakah ia wajar dikatakan sama?

2.10.2010

Bila manusia menyalak sesuka hati.


Ni masalah yang banyak dan berlaku di mana-mana.. Kebanyakan orang yang datang dari keturunan Mat!!! Sentiasa mendatangkan masalah. Masa dulu, zaman dia jadi kuli, hamba. Sangat la hormat. Sangat la pandai amek ati kita semua..

Tapi, bila dah mula naik pangkat. Ada pangkat lebih sket. Ilmu pon dah lebih sket, mula la nak berlagak. Orang tanya elok2, dia nak marah lebih2.. Kalo ya pun orang tersalah, reti la cakap elok2.. Xpayah nak cakap teruk2.

Ini sejenis nasihat yang bebaur kutukan mesra buat sesiapa yang berada dalam golongan ni. Ingatlah, kita membesar, berkembang mahupun meningkat status kita tak bermakna kita boleh buat apa saja yang kita suka. Malahan kita tak berhak pon nak maki hamun sesiapa yang kita rasa suka nak hamun. Kerana kita manusia, sejenis makhluk yang bersosial dan bermasyarakat.

Jangan jadi macam anjing yang makan sampah dan sesuka ja nak menyalak walaupun pada member dia sendiri.

2.09.2010

Hebatnya bangsa Malaysia.

Dari sebuah keturunan yang penduduk Muslimnya paling ramai di dunia, berkembanglah rakyatnya yang datang dari serata pelusuk dunia. Penghijrahan pedagang Arab ke Semenanjung Emas ini telah menjadikan Islam bertapak dengan kukuh di kepulauan Nusantara.

Hasil penjajahan British di Sememnanjung Emas ini, maka datanglah 2 jenis bangsa yang penduduknya antara paling banyak di dunia, orang India dan Cina dari tanah besar negara masing-masing.

Setelah pelbagai rundingan, kerjasama yang timbul. Kemesraan orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini telah membolehkan Tanah Melayu ini dimerdekakan oleh British menjadi Malaysia.

Keturunan yang datang dari pelbagai jenis keturunan dari seluruh pelusuk dunia ini, sebenarnya mampu menghasilkan sebuah komuniti masyarakat yang sangat hebat kerana susur galur keturunannya datang dari bangsa yang memang majoriti sifatnya di dunia ini.

Andainya rakyat Malaysia bersatu dengan semangat kenegaraan yang tinggi. Maka kita akan menjadi sebuah bangsa yang sangat kuat hingga dapat menguasai selruh dunia. (Itupun kalo bangsa yang berhijrah ke negara ini hasil bawaan pihak British dulu mampu untuk membuang sepenuhnya semangat mementingkan kaumnya sendiri sahaja.)

2.08.2010

Kesian.. Dia demam...

Bila demam, aku terpikir zaman kecik2 dlu..

Mungkin aku ni dibesarkan dalam kaedah yang agak luar biasa. Kenapa? Pasal kalo orang lain demam, biasanya teruk la sampai xleh nak bangun. Aku plak demam jarang la teruk sampai xleh nak bangun. Besa bleh bangun lagi. Mak abah pon besanya kalo bab demam nie just pastikan aku makan ubat ikut time. Tapi aktiviti tetap wajib dijalankan. Kalo kena p kedai, tetap p jugak. Jangan nak layan demam tue. Baru cepat sembuh..

Camtue la kaedah aku dibesarkan.

Kesannya???

Kini, aku mungkin jadi lebih tegar kalo bab demam. Cuma kadang2 aku rasa mcam nak ada orang nengok aku ja.. At least hang out dengar aku cakap. Maka aku akan jadi baik cepat sket. Tapi, bila aku demam, aku dipaksa untuk diam.. Maka aku akan bertambah teruk Aku akan jadi lebih kurus dari biasa.

Kesan lain, skang ni ialah aku xmo ada orang risau kat aku.. Bila orang risau, aku jadi emo. Rasa nak marah. Sebab aku set dalam otak aku bahawa aku OK. Xperlu nak risau pasal aku boleh recover sendiri. Itu ja.

Berbeza ngan situasi sekarang. Sesapa saja demam.. Maka dia akan dilayan macam raja. Maka akan banyak demam mahupun sakit yang akan datang di masa depan. Sebabnya??? Nak mendapat layanan RAJA dari orang sekeliling.

Kesimpulannya. Jangan risau kalau berlaku kesakitan pada aku. Maybe sokongan untuk membolehkan proses recover tue menjadi cepat. Sebab aku percaya bahawa semangat yang kuat dan fikiran positif saja mampu menjadi ubat terbaik untuk menyembuhkan segala penyakit. Kerana, Allah sakitkan kita untk tengok sejauh mana kita sedar akan kesilapan lampau sampai dosa itu perlu diingatkan dengan menjadikan kita rasa sakit.

2.07.2010

Dinding Taj Mahal.

Inilah gambaran dari dekat dinding Taj Mahal dari bahagian dalam. Ini adalah ukiran yang dibuat pada batu marmar yang menjadi antara penghias utama di Taj Mahal.

2.06.2010

Mengembalikan semangat.

Kadang2 aku terpikir kenapa la aku sakit ja sepanjang 2 3 minggu ni.. Mungkin Tuhan nak hapuskan dosa aku. Kesakitan yang aku alami skang ni kebanyakannya telah mengurangkan semangat aku untuk bekerja. Sampai tahap kekadang tue rasa macam nak berenti ja.. Adoih....
 
Tapi skang nie tengah berusaha untuk motivasikan diri aku balik bagi mendapatkan segala yang positif dalam diri aku. Mungkin ramai yang akan sakit ati dengan situasi aku sekarang. Segalanya menyebabkan aku lebih menyakitkan ati orang. Isk3...
 
Waktu untuk mendapatkan ketenangan diri. Kalo perlu, mungkin aku akan berUZLAH sebentar.Hurm.....

Close Up to Taj Mahal


Inilah pandangan dari dekat Taj Mahal. Gamba ni dirakamkan masa sesi latihan industri kat Aligarh Muslim University, India. Mei 2009.

Banyak duit = banyak kasih sayang?

Banyak orang aku nengok skang mempunyai masalah ngan pasangannya..

Ada yang dah bertunang, tapi kadang2 gaduh.. Ada jugak kes teruk lagi sampai nak putus tunang.
Ada yang dah kawen, tapi konon xbahagia. Ada usaha untuk menceraikan isteri.

Ada jugak yang berkapel. Nak jaga pasangan dia ni macam bini dia. Semua benda xleh buat. Nak p sana xbleh, nak hang out ngan member xboleh.


Itu realiti sekarang. Nak hidup bersama tapi ada saja halangan yang datang. Kadang2 halangan tue macam xmasuk akal pon ada.

Tidak kurang jugak yang mencari pasangan untuk tujuan material. Contohnya bila dah kapel ngan mamat nih, maka aku boleh g memana nek keta dia. Leh nek motor dia. N ada jugak yang membolehkan kita dapat $$$$ dia..

Hurm..

Kebanyakan orang sekarang hanya memikirkan duit. Dengan duit, kononnya kita boleh beli segalanya kasih sayang. Untuk tunjukkan kita sayang pada orang tue, perlu untuk beri dia duit secukupnya. Kaedah ni juga banyak diaplikasi oleh ibubapa zaman sekarang.

Mungkin sebab tue la anak2 yang ada sekarang makin melemak. Bukan sahaja lemak fizikal (bertambah2 daging dan isi di perut) malah, melemak lebih dari segi perangai. Xbagi duit, nak merajuk. Kalo camni, sampai bebila pon masalah sosial xkan selesai.

Kan?

2.05.2010

Sydney 2009

Nie gamba yang diambil masa lawatan ke Sydney, Australia Januari 2009 yang lalu.

**Klik pada gamba untuk tatapan gamba lebih besar.

MC

Dulu masa zaman U, slalu pikir susah ja nak kena amek MC kalo xdapat nak datang klas.

Kebanyakan orang jugak akan pikir kaedah paling MUDAH untuk cuti bergaji tanpa banyak alasan lain ialah dengan mengambil MC di klinik atau di hospital.

Kenapa MC diwujudkan?

Untuk memberikan pengecualian atau pelepasan pada sesiapa yang bekerja yang mana menunjukkan individu tersebut tidak berada dalam keadaan yang cukup sihat & fit untuk menjalankan tugas sebagai pekerja.

Namun, akibat kreatifnya orang kita, MC telah dimanipulasi menjadi cuti free yang pada kebanyakan masa menjadikan pihak majikan menjadi tidak percaya dengan MC yang dijadikan alasan untuk tidak pergi kerja.

Macam mana pula kalo orang ni betul2 sakit? sakit pulak kadang2 pandai berulang. Adakah persepsi ni jugak akan berlaku???

2.04.2010

Rempit Kelas B.

Trend yang ada pada filem Malaysia sekarang, nak ketengahkan isu rempit.. Banyak sungguh cerita kisah rempit. Ada yang dapat kupas dengan baik dan ada yang boleh kupas kisah berkaitan rempit dengan baik.

Ada jugak filem yang bagi kita idea berkaitan rempit.

Terfikir jugak, adakah rempit tue merujuk pada sesiapa yang menggunakan motosikal??? Ataupun rempit ni merujuk pada orang2 muda yang suka berjalan-jalan ke sana ke mari dengan motosikal?

Kalo ikut dalam filem Adnan Sempit, rempit ada beberapa kelas.

Rempit Kelas C: Rempit yang menunggang motosikal tanpa alat keselamatan (tak pakai topi keledar).

Rempit Kelas B: Rempit yang tunggang motosikal dengan pakai topi keledar dan boleh dikategorikan sebagai biasa.

Rempit Kelas A: Rempit yang mementingkan ciri keselamatan dan bawak cikaro* di belakang.


*cikaro lebih dikenali sebagai perempuan dalam bahasa saintifik rempit.


So, adakah aku jugak terbabit ngan rempit nih??Hurm..

2.01.2010

Tahniah Buat Melayu Pulau Pinang

Ini satu ucapan yang aku simpan sejak 2 tahun lepas.

Bila TSUNAMI politik yang berlaku telah mengubah landskap sosial di Pulau Pinang. Kejayaan besar DAP yang mengetuai PAKATAN memecahbelahkan RAKYAT ini telah berjaya menakluk pemikiran yang menghasilkan perubahan undi kepada masyarakat Pulau Pinang.

Bagaimana ini terjadi?

Mudah saja, sebarkan segala kepincangan dan korupsi yang dibuat oleh orang UMNO, buat janji2 yang berupa hadiah pada setiap rakyat yang mengundi mereka serta kecohkan suasana dengan menghamburkan isu berbaur kepentingan kaum **N*. Maka dengan itu, semua akan bertukar arah untuk mengundi.

Ada yang sokong bermati-matian, ada yang sokong kerana nak bagi UMNO rasa bagaimana bila xjadi kerajaan kat Pulau Pinang.

Kesannya sekarang?

Makin banyak rumah mewah yang menjadi modus operandi utama untuk menghalau Melayu keluar dari Pulau Pinang (bahagian Pulau). Makin banyak gerai2 Melayu dirobohkan walhal banyak lagi gerai kaum2 lain yang jauh lebih meleleh dan "bersih" dibiarkan menjaja di sekitar Jalan Penang.

Kalau dulu, Pulau Pinang terkenal dengan Rojak Buah, Nasi Kandar, Passemboq, Boria dan sebagainya. Insyaallah 10 tahun lagi, Pulau Pinang akan dikenali dengan makanan yang jauh lebih enak, Nasi Babi, Koay teow daging, Dim Sum dan yang semakanan dengannya.

Teruskan sokongan anda pada DAP kiranya ini yang anda mahu.

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...