Twitter Update



Rindu & Sayang...


Manusia itu unik..Maka dengan setiap keunikan manusia itu kita perlu sentiasa memafkan apa yang kita rasakan salah bagi tindakan atau sikap manusia tersebut. Kerana kepercayaan kepada keunikan manusia ni membolehkan kita lebih memahami erti kehidupan.


Apa itu rindu?
Rindu itu sejenis perasaan atau ingatan kita terhadap individu mahupun objek yang pernah berada bersama kita mahupun melekat dalam memori hidup kita.

Apa itu sayang?
Sayang pulak boleh dikatakan sebagai sejenis panggilan pada seseorang yang menadapat tempat di hati seseorang.

Sayang jugak boleh aku takrifkan seagai pertaruhan perasaan hiba dan belas dari seseorang.



2 perkara yang aku sentiasa dengar, nampak dan sentiasa berusaha untuk merasainya dan cuba untuk diaplikasikan dalam hidup, tapi masih tak boleh. Tak boleh di sini sebabnya aku sendiri tak dapat nampak dan rasa sepenuhnya walaupun dalam kalangan ahli keluarga aku sendiri.

Kalo setakat sayang pasal sanggup lakukan apa saja demi seseorang. Itu dinamakan tanggungjawab!

Sebabnya, dalam berkeluarga, mahupun berkawan. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan apa sahaja pada orang yang ada kaitan dalam hidup kita ni. Kalo ia dikatakan sebab sayang. Agak mustahil sebabnya kalaupun tiada sesiapa yang akan bantu orang tue, pada masa kesusahan, tetap jadi tanggungjawab kita untuk tolong dia.. Kan??

So, apa maksud 2 perkataan ni???? Fikir, tengok dan rasakan...


Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)




Berikut ialah pakej yang ditawarkan oleh TM dalam pakej Unify yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam melalui Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI - National Broadband Initiative).


Ini adalah pakej harga yang ditawarkan. Sumber dari www.unify.my

Kenapa perlu pilih HSBB?


Kerana pada aku kelajuan yang sangat tinggi pada servis yang harganya amatlah murah.Nak banding dengan ISP len, yang kelajuan dia hanya sederhana dan kurang stabil biarpun mobile sifatnya.

Sedikit info tentang HSBB (High Speed Broadband)

HSBB nie boleh tampung untuk TRIPLE PLAY.
Bermakna, bila HSBB disambung ke rumah kita, ia boleh menampung kebolehan untuk
1. Melayari internet pada kelajuan tinggi.
2. IPTV (Internet Protocol Television) Nengok TV via internet.
3. VOBB (Voice Over Broadband) Tepon guna broadband yang mcm YM, Skype dll tue.

So, stakat nie ada 4 kawasan PERTAMA telah mendapat akses nih, iaitu Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail, Bangsar dan Shah Alam.Untuk proses pendaftaran boleh didaftarkan di TMPoint atau untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi di talian 100.


Kepercayaan Kepada Allah.


Cadangan untuk menjadikan Rukunegara PERTAMA dari Kepercayaan Kepada Tuhan ditukarkan kepada Kepercayaan Kepada Allah adalah satu perkara yang aku boleh katakan wajar untuk disokong.


Bila kuasa diberikan pada Ahli Parlimen untuk membincangkan dan membuat perbahasan ke atas perlembagaan mahupun untuk meminda perlembagaan, ia tidak bermakna Ahli Parlimen boleh membuatnya sesuka hati. 


Namun, kiranya ia bertujuan untuk memantapkan akidah umat di Malaysia. Untuk memantapkan perpaduan rakyat SATU Malaysia, maka aku katakan kuasa ini SEHARUSNYA digunakan sebaik mungkin demi kestabilan antara rakyat di samping merapatkan jurang sosial.