5.26.2009

Bunga....




Nie 2 jenis bunga yang aku jumpa...
Satu bunga nie nama dia bunga Kemboja.. Jumpa kat skola adik aku.. Skola St George, P.Pinang.
Bunga Kemboja..



Lagi satu, bunga orkid yang dah berbunga yang ada kat umah nenek aku..Sempoi punya cantik bunga nie....

Bunga Orkid..


Namun, bila cakap pasal bunga nie, perkara len yang aku teringat ialah lagu "bunga" yang abah slalu ceta.. Xramai orang kat tempat karaoke leh tarikk lagu bunga nie bagus2....Beberapa orang "terpilih" ja yang leh tarik...Haha...Layan..

*Sengaja aku lambatkan entry nak kasi Chance korang smua layan gamba konsert aku pueh2...haha.. Insyaallah, doakan kat India nanti ada internet yang boleh aku akses.. Maka bolehlah aku kongsikan pengalaman aku kat sana nanti...Doakan yang terbaik wok untuk aku k.. Insyallah..

5.23.2009

Filem Syurga Cinta..



Tadi alhamdulillah dapat jumpa member lama yang btul2 dah lama aku tak jumpa. Fendi... Merasa aku kluaq ngan dia untuk jenjalan.. Tapi dah xdak idea sangat nak kuar aku pon ajak dia p tengok filem Syurga Cinta... Nak tengok gak cmna rupa Heliza berlakon..Wahaha...

Komen aku pasa ceta Syurga Cinta nie... Memang best.. Antara perkara yang aku paling ingat skrip dari filem ni ialah:
  • Beribadatlah kamu seperti kamu akan mati keesokan hari, namun bekerjalah kam seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi. Jadi, seimbangkanlah perkara dunia & akhirat.
  • Jodoh itu terbahagi kepada 3.. 1st, jodoh dari syaitan. Ini bila perempuan yg dijumpai itu telah menjadikan kita berhubung sampai terlanjur dan menyebabkan kita terpaksa kawin.. 2nd, jodoh dari jin. Contohnya perempuan yang kita suka tue kita gunakan kaedah bomoh untuk mendapatkannya. Dan akhirnya kita kawen ngan pompuan tue dengan bantuan bomoh tadi. Yang 3rd plak, jodoh dari Allah. Wanita yang kita tengok terus jatuh hati. Dan terus kita lamar dia dan lamaran kita diterima dan akhirnya kawen.
So, nie 2 part yang aku paling ingat untuk tatapan kita semua... Aku cadangkan kita tengok ceta nie.. Best, ada banyak unsur dakwah dan akhir skali tunjuk kat kita bagaimana cara untuk taubat.. Buakn Tau Buat ok...hahaha...

Special thanks untuk Fendi sebab sudi amek & bawak aku sampai memberi kesempatan untuk aku tengok ceta nie.Wahaha...

Speacial tahniah jugak wat Heliza kerana berjaya melakonkan watak ngan baik. Biarpun ada satu dua part yang nampak keras sket. Tapi lakonan tue berjaya dengan watak yang cuba disampaikan.Yezza....


5.21.2009

Yazid - Ya Pa Pa


Single yang paling aku suka masa konsert akhir AF7...

YazidAF7 - Ya Pa Pa

Di suatu hari
ku tersungkur di jalanan
luka dikaki berdarah lagi
lalu menangis ku menahan kesakitan
pedih rasa
ku tak daya
melawan peritnya

*Ya Ya siapa percaya
Ya Ya percaya papa ya ya
papa percaya ya ya papa

ya kata papaku
diri bukanlah hanya
untuk terjatuh
dan juga tidak belajar erti sebenar
kehidupan erti

benar kata papaku
itu biasa
dan menjadikan aku lebih dewasa
harus sedia musuh sembunyi
jalan yang penuh liku

ulang*
benar kata papaku
musuh sembunyi
hanya dalam selimut
tidur bangun tingkas berdiri
terus berlari
demi hidup yang abadi

ulang*
biar seribu tahun lagi ku disini
kata papaku teguh dihati…yeah

ulang*2x


Download SINI

*Kredit gamba kat Joe

Aril - Toksik


Single dari Aril yang diAFMASUKkan...Yezza.. Naib juara AF7..

Aril - Toksik

Ini bukan penyamaran
Boleh engkau selitkan
Di kepala atau jiwa
Memperdayakan semua

Hentikanlah penipuan
Masih kau menafikan..

Cintamu bagai toksik
Didalangi kepura-puraan
Cintamu bagai toksik
Kau racun jiwa yang lemah

Kau leraikan kata-kata
Seolah kau sempurna
Ini cuma penyamaran
Yang digambar kemewahan

Hentikanlah penipuan
Masih kau menafikan

(ulang chorus)

Mengapa masih tak mengerti
Tiada dua untukku
Lebih sudi ku bersendiri
Dan biar saja ku sangka baik
Lebih cepat ku lupakan semua ini

(ulang chorus)

Lagu: Alim/Shazzy
Lirik: Nurfatima


Download SINI

*Kredit gamba kat Joe

Hafiz - Masih Jelas


Single dari Juara AF7.....Hafiz...

Hafiz - Masih Jelas

Berakhir..
musim ke musim..
hati tetap serupa..
tiada yang berubah..
dari hari, dikau pergi.. dikau pergi..
penjara, hidup ini penjara
tanpa ada simpati
kepada sang kekasih
yang dilanda..yang dilanda kehilangan

masih jelas…
setiap garisan halus
bila senyuman kau ukirkan untukku

masih jelas
setiap lekuk penjuru
menghiasi wajahmu
waktu kau renung aku

bila senyumann kau ukirkan untukku
masih jelas..
setiap lekuk penjuru..
menghiasi wajahmu..
waktu kau renung aku..

sudah suratan
takdir begini
segalanya sementara
selagi hayat
ku masih ada
kau bertakhta di hatiku~~
huhuuu

berakhir musim ke musim..
hati tetap serupa..
tiada yang berubah
dari hari dikau pergi
dikau pergi
dikau pergi


Download SINI

*Kredit gamba kat Joe

Isma - Bisikan... Godaan...


Single dari Isma AF7...

kau pantas mencari
kesilapanku
tanpa pernah kau menghalusi
oh diriku kau biarkan
terguris dalam kehampaan

**sayang
ku merasa bagaikan ada
sesuatu yang menghalusi/menghantui
mungkin itu bisikan penuh godaan
menguji erti ketabahan
dipersoal
janji setia yang diluahkan
kerana cinta masih terbayang
rindu asmara
akan ku pernah

ku selalu mengalah dalam sengketa
ku tak hiraukan ketewasan
usah kau turutkan kata hatimu
yang diragui keraguan

ulang**

Download SINI

*Kredit gamba kat Joe

Akim - Bengang


Nie lagu single dari Akim AF7 yang bertajuk Bengang.

aku bosan dengan cintamu
aku rasa buang masa
kau selalu mendustakan cintaku

aku fikir kau tak searus
lebih baik ku beralih
biarkan diriku terus bersendiri

ku tak sanggup engkau setia
walau jasad dan juga nyawa
sebagai tanda cintamu padaku

katamu..

tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku terasa

cukup berkali kau berkata
jangan diulang lagi dusta
jangan kau pujuk hati yang terluka

tak mungkin akan ku kembali
jika janji sekadar mimpi
tak mungkin aku sanggup
bersama dengan mu

tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku

setiap liku diserang pilu
setiap liku teringat janjimu
ooh caramu..
akan ku teruskan diriku oh tanpamu

tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku terasa
ooh..

*lagu: Amir
*lirik: SQ

Download SINI

*Kredit gamba kat http://www.klubbkidd.com

Kenapa aku minat AF???


Ada beberapa member yang sampai skang ni sangat concern ngan aku.. Asyik saja depa tanya kat aku knapa aku minat AF?? Sejak aku form 5 dlu, aku punya minat kat AF nie tahap nak menanah..AF yang aku maksudkan kat sini ialah rancangan realiti Akademi Fantasia yang dah 7 musim meletop kat TV siaran di Astro Ria channel 104 ASTRO. 

1st skali pasal AF ni lah yang mampu menambahkan kemesraan antara aku ngan family aku.. Ada saja isu yang boleh sembang & wat lawak.. Bermula dari fikir tentang AF la...aha..JAdi ni menjadi sebab utama aku minat AF...

2nd, aku minat gila AF ni bila mana AF nie aku nampak ada banyak falsafah & fahaman yang aku fikirkan boleh dijadikan panduan untuk aku menempuh dugaan & cabaran sepanjang aku meneruskan pengajian aku di bidang akademik. Mungkin masa awal2 tgk AF aku xterfikir tentang ni. Maybe hiburan tue jadi punca aku tgk AF.. Setelah ALLAH bagi aku petunjuk untuk berfikir secara mendalam, aku dapat tgk kaedah & pendirian yang cuba diketengahkan oleh AF ni boleh aku sesuaikan dengan diri aku untuk aku teruskan hidup. 

3rd.Salah satu falsafah yang aku gunakan sampai skang nie ialah "Pasti berjaya di Akademi Fantasia".. Nie adalah salah satu rangkap yang terucap dalam rangkap lagu tema akademi fantasia. Bila kita sentiasa ada semangat untuk berjuang dalam apa pun, kejayaan tue PASTI akan datang. SEMANGAT + BERUSAHA (dalam perjuangan) = KEJAYAAN.
*Kisah falsafah yang aku faham melalui AF akan aku tulis dalam entry yang akan datang.

4th.. Aku minat gila AF ni bila jenama yang dia dah menjadi bahan bualan seluruh pelusuk negara.Xkisah la hang suka, benci ataupun xpernah tgk AF.. Perkataan AF tu akan sentiasa tersebut oleh orang2 yang ada di Malaysia.MAksud di sini, jenama AF ni diketahui di seluruh negara. Di mana jenama yang sebegini diperlukan oleh kita untuk membolehkan kita berjaya terutama di bidang perniagaan.

5th...Kita dapat tengok cara kerja yang berbeza dari pelbagai jenis manusia. Keunikan manusia dapat aku tengok dalam AF ni. Mudah untuk aku blaja kaedah untuk mendekati orang yang ada dari berbagai ragam & perangai di dunia nie.

Nie saja yang dapat aku fikir sampai skang..Namun, family 1st.... Then baru aku fikir tentang aku & diriku...

5.19.2009

Black Eyed Peas - Boom Boom Pow (HQ)



Video Klip dari Black Eyed Peas -  Boom Boom Pow
High Quality punya video..

Download SINI

Konsert Akhir AF7.....

Alhamdulillah aku berpeluang jugak g layan konsert akhir AF7 kat Stadium Putra Bukit Jalil...Haha....Satu pengalaman yang best & konsert yang puas. Sound system yang meletop! Artis yang mai masa konsert tue pon supporting abes...Misi utama untuk  sana pon tercapai jugak. Dapat jmpa Sarimah...wahaha....Nie yang paling best. Dah tue, dapat la tgk dengan mata kepala sendiri cmna production team astro wat keja masa konsert final nie.. Team production nie agak aktif la..pueh ati tgk..ehe...

Xdak apa yang dapat aku nak kata lagi.. Yang penting nie gamba yang aku nak share untuk tatapan hangpa smua...wahahaha...Klik kat gamba kalo nak tgk gamba nie dalam keadaan besaq sket...



















































































































Selamat menjamu mata tengok gamba2 nie ok... Akhirnya aku mendapat kepuasan diri yang aku dah lama tunggu sejak tahun lepas...ahaha...

5.15.2009

Kisah Rindu


Hari nie paling best dalam hidop...Bila aku kerinduan aku terhadap skola lama terubat ari nie bila aku dapat jugak melawat skola aku.. Skola aku nie kat Kulim, dalam 40minit dari umah aku (kena ikut highway la)....Hehe...

Antara cikgu yang aku jmpa, Cikgu Nafsiah, Cikgu Shara, Cikgu Zul, Cikgu Rusmalina, Cikgu Yahya Farid, Cikgu Anuar, Cikgu Jafni, Cikgu Noriza, Cikgu Rusmahalina, Cikgu Hashimah, Cikgu Azlinda, Cikgu Salmah, Cikgu Fadhil, Ustazah Sakinah, Cikgu Katijah dan beberapa c
ikgu yang xdapat nak sebut kat sini...Memang puas ati la... Ramai yang dapat jmpa...ehe...

Dari perjumpaan ni aku dapat rasakan semangat cikgu2 yang ada kat sini yang sentiasa ada perasaan untuk membangunkan generasi muda dengan ilmu yang ada di dalam diri masing2...Aku langsung xrasa & nampak macam rasa jemu dalam hati cikgu2 kat sini untuk sentiasa bekerja walaupun tetiap hari letih ja ngajar + supervise untuk kelas tambahan lagi... Program2 lagi..Memang kalo kena kat aku tugas cmnie insyaallah meletup lama dah..ahaha...

Ok la.. Nie dia gambar2 yang sempat aku rakamkan sepanjang perjalanan hari nie...


Nie Cikgu Shara... Dia ajar aku Geografi dari Form 1 sampai Form 3.. Antara cikgu yang bagi aku tunjuk ajar sampai dapat A untuk Geografi dalam PMR..wahaha.. Hebat kan?? Nie dia tengah xsihat, kena Cikugunya.....Cian dia...


Nie plak Cikgu Nafsiah... Dia nie supervisor untuk Badan Wakil Pelajar...Hebat dia nie.. Skang dah naik pangkat jadi Penolong Pengetua...Ehehe...Memang Hebat!!!!



Nie plak Cikgu Jafni Ghazali...Dia cikgu Fizik aku masa Form 4 sampai Form 5... Nie la cikgu paling psiko dalam sejarah hidup aku...Tapi sebenarnya dia sangat best.. Yang penting kena tau cmna nak banggakan dia.. Sebabnya xdak benda lain yang membahagiakan seorang guru melainkan dia dapat tgk kejayaan anak murid dia..Ehehe.. Cikgu Jafni la jugak yang banyak bagi aku idea & harapan untuk aku semangat dalam wat projek Tunas Saintis. Biarpun aku dapat no 2 ja time tue... Skang ni kejayaan terhebat ialah Cikgu Jafni dah berjaya memberikan semangat utk junior aku berjaya dalam Tunas Saintis sampai dapat wakil Malaysia untuk pertandingan Intel International Science & Education Fair kat U.S.. Namun, H1N1 telah menyebabkan pemergiannya ke sana terkandas.. Cian cikgu...ehehe..




Nie plak gmbar Rohany(yang duduk) ngan Safiah... Depa 2 nie la yang bawak aku mai melawat MRSM nie... ehehe...


Nie plak gamba ngan Cikgu Anuar(yang berdiri kat blakang pakai baju biru)...Cikgu Anuar nie la satu2nya cikgu yang ada tagline sndiri... "Move on track"... Nie la tagline yang student2 dia akan ingat sampai bebila...Insyaallah... Tagline dia nie la jugak yang dah banyak bagi aku inspirasi untuk fikir dari pelbagai perspektif tetapi mementingkan landasan asal perjuangan kita..hoho.. Hebat falsafah yang Cikgu Anuar ni dah sampaikan.. Just time skola dlu aku bebudak agi.. So mmg susah la nak faham sangat..hahahaha...



Walau apa pun, jasa cikgu yang pernah mengajar aku selama aku hidup nie memang aku akan kenang sampai bila2... Sebabnya, aku dapat capai tahap pemikiran macam skang nie pon sebab cikgu2 nie la... Justeru itu, sket pesanan wat member2.. Sentiasalah berdoa untuk cikgu2 anda.. Kerana itu sahaja "senjata" untuk kita pastikan kehidupan mereka terus bahagia dengan mendapat anak murid macm kita....

Salam sayang dari anak muridmu yang sentiasa merindui....

5.13.2009

Luka oleh ahli politik.


Hari nie genap 40 tahun berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang telah menjadi satu luka besar dalam hubungan antara kaum di Malaysia. Pada pendapat aku, peristiwa ini berlaku akibat sikap tamak sebahagian ahli politik yang ada pada masa itu untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat. Maka dengan itu, semangat perkauman dibakar dan diperbesarkan kepada rakyat yang rata-rata pada masa tue tidak mempunyai tahap pendidikan yang cukup untuk menilai kesan tindakan ahli politik ini.

Namun demikian, setelah peristiwa ini berlaku, masih terdapat curiga & kebencian terhadap kaum tertentu telah menyebabkan luka yang ada ini kembali berdarah. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan pada masa itu untuk mengembalikan perpaduan di antara rakyat. Usaha ini menampakkan hasil apabila berlaku perubahan dalam perpaduan antara rakyat dari tahun ke tahun. Rukunegara menjadi amalan dan sentiasa diingati oleh setiap warganegara yang ada pada ketika itu.

Kini, usaha ini tetap terus dijalankan. Kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mencari jalan penyelesaian dalam memantapkan perpaduan antara kita. Satu mesyuarat khas PANEL Perpaduan negara turut diwujudkan. PANEL Perpaduan ini dipengerusikan sendiri oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian & Perpaduan Nasional dan wakil yang dilantik merangkumi ahli dari setiap kaum & status masyarakat termasuk golongan mahasiswa.

Kini juga Malaysia sentiasa digemparkan dengan sikap ahli politik yang sentiasa mempersoalkan perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan. Isu bahasa, kedudukan istimewa Melayu & bumiputera Sabah & Sarawak, kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan sebagainya. Keadaan ini bukan sahaja akan menghiris balik luka yang pernah berdarah 40 tahun dulu. Tetapi, ia seolah-olah telah menyebabkan kesakitan akibat luka lama ini datang kembali.

Apa yang aku harapkan ialah ahli politik kini perlu lebih bertanggungjawab ke atas apa yang diperkatakan mahupun tindakan yang mereka buat. Janganlah menjadi bakteria yang asyik sahaja berusaha untuk menjadi "perisa" yang berkesan dalam menyebabkan jangkitan kepada luka yang telah sembuh.

5.12.2009

Tok Lang...

Nie laporan dari Berita Harian untuk bahagaian wilayah Utara... Terkejut jugak.. Aku sebelum nie cuma tau yang Tok Lang aku nie sakit ja.. Xsangka plak sampai camnie jadinya...Tok Lang nie merupakan adik kepada datuk sebelah mak aku. So, kira dia nie tok sedara yang agak rapat la dengan family aku..Apa yang bleh aku wat just doakan agar semuanya selamat & sejahtera....Huhu..


Utara: Bayar RM90 sehari tarik oksigen

Oleh Zulfa Mohamad
bhnews@bharian.com.my 

Warga emas dijangkiti kuman di paru-paru tidak boleh bernafas normal 

NIBONG TEBAL: Semua orang tak kira miskin atau kaya, menikmati udara percuma, tetapi tidak bagi seorang warga emas, Rokiah Puteh dari Kampung Baru, Simpang Ampat di sini.

Rokiah, 75, terpaksa membelanjakan kira-kira RM90 sehari untuk mendapatkan bekalan oksigen untuk meneruskan hidup, berikutan jangkitan kuman di paru-paru, sejak Mac lalu.

Jika tidak menggunakan bekalan oksigen walaupun untuk seketika, keadaannya akan menjadi 'nyawa-nyawa ikan'.

Berikutan kebergantungan kepada bekalan oksigen, Rokiah terpaksa membelanjakan sebanyak RM90 sehari untuk memastikan bekalan tidak terputus.

Dengan kos yang begitu tinggi iaitu sebanyak RM2,700 sebulan, selain perbelanjaan membeli lampin pakai buang, keluarga warga emas itu kini dibelenggu kewangan.

Anak Rokiah, Roziah Darus, 47, berkata ibunya bergantung kepada bekalan oksigen sepanjang masa dan akan mengalami kesukaran bernafas jika tiub yang menyalurkan oksigen dibuang walaupun hanya beberapa minit.

Bercakap kepada Berita Harian di rumahnya, semalam, Roziah berkata sebelum ini ibunya keluar masuk Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk mendapatkan bekalan oksigen.

Bulan lalu, Rokiah dimasukkan ke HSB selama 12 hari dan selepas itu keluarganya meminta kebenaran untuk membawanya pulang. Dia dibenarkan pulang dengan membawa bersama tong gas berkapasiti 7.2 meter padu.

"Sebelum ini ibu terperap di hospital dan kami membawanya pulang supaya dia lebih selesa. Kos untuk menambah oksigen agak tinggi sekitar RM90 sehari dan tong berkapasiti 7.2 meter padu hanya bertahan tidak sampai dua hari," katanya.

Roziah berkata, selain membayar RM500 sebagai deposit bagi mendapatkan tong oksigen itu, dia juga menyediakan tong kecil untuk digunakan ibunya apabila ke bilik air.

Katanya, setakat ini ibunya tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak kecuali sumbangan peribadi Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Kassim.

Suami Roziah, Abdul Rahim Ahmad, 52, yang bekerja sebagai pemandu lori, memperoleh pendapatan bulanan yang tidak seberapa dan tidak mampu untuk membiayai perbelanjaan harian ibunya yang tinggi.

Kolej Matrikulasi Pahang...


Tadi jam 9malam aku, abah n mak selamat sampai umah lepas g anta Aisha...Alhamdulillah dia dapat sambung study kat Kolej Matrikulasi Pahang... Maka jadi junior Afiq la adik aku nie..wahaha... Tapi apa rekod baru aku ialah aku menjadi driver utk bapak aku drive dari Penang sampai la ke Kuantan...Sebelum g Kuantan untuk cari tempat berteduh, kami singgah dlu kat Gambang untuk tengok la kat mana tempat KMPh nie dok... Lepas tue, kami pon p check-in  kat Shahzan Inn btul2 kat tengah town..

Aisha dah selamat la mendaftar sebagai budak KMPh...Wahaha... So, aku skang dah ada kat umah dah ponk...Letih Drive tadi.. tahap nak meletup mata nie menahan ngantuk...So, bajet nak tido...Layan diari dulu jap..Ehe....


5.10.2009

Non stop

Akhirnya jam 9.38pagi flight aku AK6001 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Maka tamat sudah pengajian Ijazah aku di UMS.. Kini hanya tinggal menghabiskan Latihan Industri saja yang akan bermula hujung bulan nie...Insyaallah..

Semalam aku menamatkan hari bersama bebudak kos aku dengan join jemputan Miss Kamsia Budin atau Miss KB untuk makan beramai-ramai kat The Chicken Rice Shop 1 Borneo. Jemputan ni dihadiri oleh kebanyakan student yang berada di bawah seliaan Miss KB..Bleh tahan sedapnya.... Besa la.. Makanan yang dibelanja.. Sangat sedap..ehehe...Tapi, aku tetap berpuas ati dengan penyeliaan yang dibuat oleh Miss KB terhadap kajian yang aku wat untuk Projek Tahun Akhir aku.


Setelah semua dah selesai, sesi mengemaskan barang plak yang amat memenatkan.. Banyak pulak barang yang aku nak bawak balik nie... Dah macam nak meletup beg aku... Tapi aku kena la setting jugak bagi beg nie x meletup dan aku boleh ja bawak balik ke Penang tanpa apa2 caj oleh Air Asia.. Wahaha... Speacial Thanks aku nak ucapkan kat Epol atas kesudian dia untuk tolong aku packing bebarang dengan mantap.

Malam tu, dalam jam 2.30 pagi aku dah kuar untuk ke airport.. Afiq ngan Amir yang anta aku.. Kat depan blok Jimmy, Zul ngan Yoi yang anta.. Phad ngan Boi tido time tue.. Aku kejut pon dah xdapat nak bangun dah..Haha... Kami lepak dlu kat KK sebelum g solat Subuh kat Masjid Negeri then trus g Airport.

Sesampainya aku kat Penang, aku terejut dengan transformasi Jambatan Pulau Pinang.. Dah 60% siap dah pelebaran jambatan yang dibuat.. Bangga plak aku.. Rasa macam smooth ja nek keta lalu kot jambatan...

Sampai umah tros kemas barang & makan nasi.. Pergh.. Bahagianya dapat makanan yang sedap nie... Tuhan saja la yang tau betapa nikmatnya...

Tapi, aku tetiba rasa semacam plak dah tinggalkan UMS... Macam sedih pon ada, macam rindu pon aku ada.. Kawan2 yang ada sini banyak memberikan aku idea baru & ilham untuk aku tempuh kehidupan masa depan.. Berbanding kehidupan zaman sekolah menengah, aku hanya merindukan cikgu2 ja berbanding kawan2.. Maybe sikap selfish kengkawan aku kat skola dulu wat aku rasa macam bahagia ja tinggalkan skola tue..wahaha... Neway, situasi yang berlaku hari ini sebenarnya non stop dari pagi sampai esok paginya... Letih.. Skang nie rasa macam nak tido...waha...

5.06.2009

Sentimental vs kata hati --> satu dilema.

Kurang pemahaman tentang percintaan sesama manusia membuatkan aku kekadang macma lupa akan diri aku ni sapa.Sebabnya, pada pendapat aku percintaan paling agung tetap cinta kepadaNya. Itu ilmu yang aku dapat berdasarkan pembacaan novel Faisal Tehrani bertajuk Tunggu Teduh Dulu. Namun, percintaan terhadap manusia juga penting kerana ini merupakan satu daripada ciptaan yang Allah berikan pada manusia agar cinta mencintai dan saling menyayangi antara manusia.Namun maksiat perlu kita elakkan dalam memastikan hubungan ini tidak menyesatkan pemikiran dan akidah kita.

Banyak orang yang aku jmpa. Ada yang menyesakkan nafas aku bila aku tengok. Ada juga yang mnyesakkan nafas bila aku kenali dengan lebih dekat. Keadaan ini berlaku bila perasaan suka terjadi kat seseorang. Aku jugak mungkin akan teringat kat orang tue bila lagu yang aku dengar menyebabkan aku teringat kat dia. Time tue aku rasa nak wat apa benda pun macam xjadi ja..

Tapi semuanya jadi berbelah bahagi dalam diri aku bila aku dah mula fikirkan cita-cita yang perlu aku kejar. Ini kata hati aku... Aku ada impian yang perlu aku kejar bagi memuaskan hati aku dan nak pastikan hidup aku kali ni berjaya.

Cumanya aku ni seorang yang sangat sentimental.. Kalo boleh semua benda nak aku rekodkan dan simpan sebagai kenangan dalam hidup aku. Xmau buang camtu ja apa saja kenangan yang aku lalui biarpun pahit untuk aku hadapi kenangan tue...Tapi mak aku jugak dah berjaya ajar aku untuk buang sesetengah perkara yang xperlu untuk disimpan sebagai kenangan.. Tapi kadang2 aku tetap  berdegil.

Kedegilan ni skarang dah memerangkap aku. Tak tau nak pilih yang mana satu. Impian atau cita-cita aku??? Mahupun pilihan untuk teruskan hubungan dengan dia???? Dilema ni memerlukan banyak idea di luar kebiasaan pemikiran aku yang sentiasa sempit nie...Adui....

5.01.2009

Tagged by Miss Norti...


1. Letakkan gambar profile anda



2. Terangkan maksud gambar itu..


3. Kenapa pilih atau letak gambar itu..

Sebabnya time ni aku g makan pizza sempena besday sorang budak kos aku.... Nie kat Pizza 1b....Sedap gila makan pizza...dah la tengah lapaq gila time skang nie...Lagipun warna yang ada di sekitar gambar nie seolah-olah memberikan keceriaan dalam hidup aku...hoho..memang best..Lagipun time nie style rambut aku yang paling best yang aku pernah ada..Mungkin laa...hoho...

4. Tag 5 blogger - ..

*maleh nak tag sesapa. Pasal aku xsuka ditag oleh sesiapa... Melainkan orang2 yang aku anggap penting....Wahaha....

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...