9.30.2008

Berakhirkah ia??

Tinggal beberapa jam sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita... Adakah kita telah betul2 menggunakan bulan Ramadhan sebaiknya untuk mengumpul pahala? Ataupun lebih teruk dari bulan2 biasa? Hanya kita sahaja yang mengetahui sejauh mana amalan yang telah dilakukan..


Selain itu, Ramadhan kali ni juga memberikan kita banyak pengajaran dengan perkara yang berlaku di serata dunia. Bermula dengan kes penculikan Kapal Bunga Melati milik MISCkegawatan ekonomi di Amerika Syarikat, pergolakan politik dan terbaru taufan Hagupit yang berlaku di Vietnam sehingga kini telah mengorbankan sebanyak 41 nyawa. Segala bala bencana yang berlaku ini sebenarnya menjadi indikator utama kepada kita bahawa betapa pentingnya untuk kita bersatu & kerjasama yang baik dalam memastikan permasalahan yang berlaku ini diselesaikan dengan baik.

Dengan menggunakan prinsip & amalan di bulan Ramadhan sebenarnya mampu memberikan kita kekuatan bagi memastikan segala permasalahan ini selesai. Contohnya, semasa di bulan Ramadhan kita diasuh agar bersabar dalam menghadapi dugaan berpuasa. Ini dapat dijadikan sebagai satu penanda aras untuk membolehkan kita mengamalkan konsep sabar dalam memberikan pendapat & membincangkan penyelesaian masalah. Malahan, kita dilarang untuk menggunakan sebarang kaedah yang kasar dalam membuat sebarang keputusan.

Apa yang penting di sini, segala prinsip dan amalan di bulan Ramadhan sewajarnya diaplikasi secara berterusan di bulan-bulan yang lain. Seperti berjimat, mengurus masa dengan baik, memperbanyak amalan sunat dan banyak lagi.Semoga segala pesanan ini memberikan saya dan pembaca iktibar & panduan dalam menempuh bulan Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah sehinggalah kita bertemu semula dengan Ramadhan akan datang. Semoga sambutan lebaran ini tidaklah dipenuhi dengan perbuatan dosa mahupun perkara yang melalaikan. Insyaallah. Semoga segalanya tidaklah berakhir hanya pada hari ini...

9.28.2008

Aidilfitri untuk perantau...

Mungkin entry ni agak menyentuh hati sahabat-sahabat yang xdapat pulang beraya di kampung halaman, namun, inilah lumrah hidup. Apa yang penting di sini, kita perlulah merayakan hari yang mulia & bahagia ni dengan penuh kesyukuran. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah S.W.T.

Secara peribadi, saya ingin mengucapkan Selamat HAri Raya Aidilfitri untuk semua sahabat, cikgu2 dan juga semua umat Islam. Didoakan agar semua kita menjadi insan yang bersyukur dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah. Jangan pula kita membuat dosa di hari penuh keberkatan ni..Insyaallah....

9.26.2008

Nasib seorang blogger muda.

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Dengan perkembangan teknologi masa kini, kita banyak terdedah dengan dunia internet atau lebih mudah dikatakan dengan Teknologi Maklumat. Justeru itu, trend terkini terhasil apabila diwujudkan blog untuk memudahkan orang ramai meluahkan pendapat dan berkongsi cerita dengan orang lain. Selain itu, kewujudan blogger ni juga sebenarnya telah banyak mencungkil bakat-balat baru di bidang penulisan. Blogger juga sebenarnya telah banyak membolehkan sebarang idea yang cuba diketengahkan oleh penulis atau pemilik blog ini untuk menyebarkan idea mereka.

Biaroun banyak orang yang cuba mencuri idea dari penulis, ia sebenarnya menjadi satu medan yang TERBAIK untuk brain storming di samping menjadi medan untuk mendapatkan maklumat.

Namun begitu, trend menulis blog telah mula bertambah dari hari ke hari. Di UMS kini, terdapat lebih 100 laman blog yang ditulis oleh pelajar. Xkisah siapa pelajar tersebut, MPP, JAKMAS mahupun mana-mana pelajar yang ada di sini. Tiada penghalang untuk menulis blog. Selagi berminat, mempunyai keinginan yg tinggi maka teruskan berjuang untuk blog anda..

Banyak juga tuduhan dan fitnah yang cuba dikenakan ke atas penulis blog ini. Saya banyak kali disindir oleh pihak yang berminat dengan blog saya. Banyak juga tuduhan yang xbetul terhadap penulisan saya. Satu sahaja pesana untuk peminat blog ini, harap anda dapat menyampaikan komen anda di blog ini. Nak kutuk atau luahkan perasaan, boleh sahaja. inilah arus globalisasi yang perlu kita tempuhi. Tempuh dengan realiti hidup sebenar. Kalau isu tersebut benar2 menghantuk kepala sendiri, jangan terus melatah. jawab isu dengan baik di bahagian komen yang disediakan. Semoga blog ini dijadikan medan terbaik dalam memastikan idea orang muda daat dikeluarkan. Jangan cuba untuk menghapuskan generasi yang bakal memimpin negara pada masa depan.

Hidup blogger!!!

9.25.2008

Selamatkah Kita d UMS?

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua,

Hari ini sudh masuk hari ke 25 kita berpuasa.. Namun, datang pula isu yang saya rasakan penting untuk diketengahkan buat tatapan semua pembaca. Isu keselamatan pelajar di UMS. Isu ni bermula dengan kes penculikan pelajar pendidikan pada akhir tahun lepas. Sehinggalah kepada kes terbaru, kes rogol & bunuh terhadap pelajar pendidikan juga.Kenapa ini terjadi? Adakah kerana mahasiswa UMS xpandai jaga diri? Ataupun ada sindiket untuk menghapuskan pelajar UMS?ini antara persoalan yang banyak timbul di fikiran kebanyakan orang.

Sebagai pelajar yang belajar di UMS, secara konsepnya pelajar akan berasa selamat apabila berada di dalam kampus. JAdi, kampus menjadi tempat perlindungan kepada semua pelajar sekiranya mereka menghadapi masalah ketika berada di luar. Namun begitu, kaedah pengawalan keselamatan di UMS sebenarnya menggunakan kaedah yang pernah digunakan oleh zaman penjajahan Jepun dahulu (konsep yang sama). Kaedah berkurung di waktu malam di mana pelajar tidak dibenarkan keluar selepas jam 11 malam.

Maka apabila berlaku satu situasi di mana pelajar membuat asignmnent sehingga tengah malam, mengalami lapar perlu untuk keluar sebentar bagi membolehkan mereka menndapatkan makanan. Selain tue, mungkin juga ada pelajar membuat perbincangan kumpulan di luar kampus yang terpaksa balik hingga tengah malam. Ada juga pelajar keluar untuk melepaskan tekanan & stress untuk menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak pada tengah malam.

Apa yang menyedihkan di sini ialah semua pelajar ni xdapat untuk masuk semula ke kampus selepas jam 11 malam. Maka mereka terpaksalah untuk menunggun hingga jam 6 pagi barulah dapat masuk semula ke dalam kampus. Di sini kita dapat lihat betapa ancaman untuk pelajar ini diganggu ataupun dilakukan jenayah menjadi tinggi risikonya sekiranya pelajar terpaksa melepak di kawasan sekitar sebelum dapat masuk ke dalam kampus.

Mungkin ada pihak yang akan mengatakan "siapa suruh keluar? sendiri keluar sendiri tanggunga la!". itu ungkapan yang mungkin akan di ketengahkan...tetapi, apa yang pasti di sini, risiko pelajar untuk menghadapi ancaman dari pihak luar tinggi akibat xdapat masuk ke "kubu" selamat mereka. Sudah la begitu, pihak keselamatan pula seolah-olah sengaja tidak ambil peduli berkaitan hal ini. Apa salahnya dibiarkan pelajar pulang ke bilik walaupun waktu tengah malam??? Susah sangat ka?

Jadi, di sini sebenarnya telah cukup untuk membuktikan kepada kita bahawa kewujudan kad pelajar & stiker kenderaan pelajar hanyalah sebagai hiasan semata-mata. Mungkin kepentingan kad pelajar ini sebagai pelengkap untuk membolehkan pelajar pinjam buku di perpustakaan dan sebagai pengenalan diri bagi pelajar semenanjung yang berada di sini. Bukankah pihak keselamatan seharusnya memastikan tiada orang luar datang ke UMS pada waktu tengah malam? Kalau sudah dipastikan bahawa individu itu merupakan pelajar UMS, kenapa mesti dihalau dan terpaksa pula menunggu hingga 6 pagi baru dapat masuk???

Cadangan saya, kalau la susah sangat untuk buka gate di waktu malam, harap dibuatkan satu "autogate" yang mana pelajar perlu masuk dengan scan kadnya di pintu masuk. Mudah, senang & efektif. Kalau masalah kos, saya rasa tiada yang perlu dibangkitkan. Cuma mahu atau tidak sahaja. Sudahlah pegawai keselamatan kita tidak cukup.

Kepada rakan siswa, harap kita dapat jaga diri dengan baik sekiranya xdapat masuk pada waktu tengah malam. Kepada pihak lain, harap ambil perhatian dengan isu ni. Semoga kita semua selamat & diredhai Allah S.W.T

9.22.2008

Demokrasi terpimpin.

Asalamualaikum & salam sejahtera,

Pada jumaat lalu telah berlangsung hari pembuangan undi untuk Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Kolej Kediaman (JAKMAS). Hanya 2 kolej sahaja yang terlibat dengan pertandingan pada kali ini iaitu kolej Anugerah Bestari(AB) & Kolej E. Dari segi peratusan yang keluar mengundi untuk kolej AB, 52% manakala bagi kolej E sebanyak 62%.
Dari sini kita dapat lihat betapa kesedaran mahasiswa untuk keluar mengundi memilih pemimpin mereka amatlah rendah. Biarpun begitu, saya sendiri sedikit kecewa apabila tiada pertandingan di Kolej Cemerlang Dinamik (CD). Ini kerana kolej CD telah lama & mungkin juga sejak kewujudan kolej ni langsung tiada pertandingan dalam pilihanraya JAKMAS. Bukanlah saya cuba untuk menyalahkan sesiapa dalam hal member peluang dalam mahasiswa untuk bertanding, namun, apabila mahasiswa tidak aktif ataupun tidak terlibat dengan aktiviti kemahasiswaan, tuduhan ke atas mahasiswa sangat menyedihkan.

Mahasiswa dituduh lesu, lemah, tidak reaktif teradap isu semasa & ada juga tuduhan keterlaluan yang menuduh mahasiswa kita sebagai lembap. Saya amat tidak setuju dengan segala pertuduhan sebegini. Ini kerana ramai mahasiswa yang amat berminat untuk menjalankan aktiviti mereka. Banyak idea kreatif yang cuba dikeluarkan oleh mahasiswa seolah-olah “disekat” dengan pelbagai pelbagai kaedah contohnya prosedur yang terlampau banyak. Mungkin juga wujud mahasiswa yang amat berminat untuk mencari pengalaman dalam bidang kepimpinan, namun, juga “disekat” untuk bertanding, kononnya “membahayakan” universiti. Inikah yang dikatakan demokrasi terpimpin???

Ataupun makna demokrasi terpimpin ni perlu merujuk kepada mahasiswa yang menjadi pemimpin yang asyik sahaja mengikut telunjuk pihak tertentu dalam memimpin “rakyat”nya? Perkara yang perlu ditekankan dalam demokrasi terpimpin ini ialah dengan membuka peluang seluasnya kepada mahasiswa dalam mencari pengalaman baru di bidang kepimpinan ini. Diharapkan perkara2 remeh tak perlu dibangkitkan dalam memilih pemimpin kita. Mahasiswa datang ke university untuk mencari pengalaman baru dan juga untuk universalize pemikiran. Bukanlah untuk menjadi hamba abdi kepada pihak berkepentingan. Dan bukan juga untuk dididik menjadi penyeleweng terhebat suatu hari nanti.

Semoga pilihanraya untuk MPP yang akan diadakan pada Oktober nanti akan menjadi pilihanraya yang lebih baik & tidaklah menjadi medan “sekatan” kepada mahasiswa yang berminat selagi syarat2 minimum dipenuhi.Sekian.

9.14.2008

Teras masyarakat…

Assalamualaikum & Salam sejahtera untuk semua.
Persekitaran politik semasa semakin hari semakin panas. Bermula dengan provokasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 sehinggalah kepada penangkapan 3 “orang kuat” Pakatan Rakyat di bawah ISA. Tidak kurang juga dengan pergaduhan antara pemimpin UMNO yang masing-masing dengan pendapat dan pemikiran yang berbeza. Tidak dilupakan juga dengan isu yang tercetus dalam pemilihan Presiden MCA yang akan berlaku bulan depan. Kesimpulan awal yang dapat saya katakan sekarang ialah semua ini pergaduhan oleh warga tua yang memalukan diri sendiri. Semua mereka berebut inginkan jawatan & kuasa untuk memerintah negara. Tidak kurang juga ada juga antara orang tua yang mula tunjuk biadap dengan bertindak membangkitkan isu perkauman. Apa ni? Adakah status golongan tua yang dicanangkan sebagai teras masyarakat sudah hilang kredibiliti & kematangan?? Seolah-olah segalanya yang berlaku dalam kepimpinan politik Malaysia kini dahagakan satu kuasa kepimpinan yang lebih segar & tiada lagi pergaduhan.

Sungguhpun demikian, apa yang menyedihkan dengan situasi yang berlaku kini ialah warga tua ini berbalah seolah-olah Malaysia ini hanya untuk mereka. Dan hanya golongan yang berebut kuasa ini saja yang patut hidup di Malaysia untuk 50 tahun akan datang. Apa akan jadi pada anak cucu mereka ini?? Kami sebagai orang muda seolah-olah dinafikan hak untuk hidup di negara ini. Tujuan entry ini ditulis bukanlah untuk mencari salah warga tua Malaysia, tapi cuma ingin memastikan kami sebagai orang yang bakal hidup di negara bertuah ini 50 tahun lagi mendapat hak sepatutnya. Dengan situasi sekarang ini, seolah-olah keadaan pada tahun akan datang menjadi sangat teruk & tidak keterlaluan kiranya saya katakana bahawa kami akan hidup dengan kehidupan serba daif dan ketakutan pada masa depan akibat perbuatan warga tua teras masyarakat kini.

Bila dikatakan bahawa warga tua sebagai teras masyarakat, mereka sepatutnya menjadi teras & penyedia satu batu asas untuk kehidupan generasi baru. Kalau warga tua sekarang tidak mampu untuk meletakkan batu asas demi kebahagiaan generasi baru Malaysia, lebih baik terus sahaja bagi peluang pada generasi muda untuk memegang tampuk kepimpinan negara. Satu lagi masalah akan muncul sekiranya ini berlaku. Orang muda tiada pengalaman & sangat emosional dalam membuat tindakan. Itu persepsi yang ada pada warga tua kini. Lantas, orang muda langsung tidak diberikan peluang untuk mengeluarkan idea mahupun memberi kritikan pada pihak yang salah. Kesannya, lihat saja apa yang berlaku pada persekitaran politik negara.

Harapan saya, moga segala yang berlaku ini memberikan pengajaran terbaik buat orang muda generasi baru Malaysia. Hormatilah dengan apa yang telah dijanjikan oleh teras masyarakat kita. Tanpa teras dan acuan ini, maka kita tak dapat wujud di sini. Namun, pada pembuat dasar & penyedia acuan, pastikan acuan yang dihasilkan tidak cuba untuk menggadaikan maruah & kehormatan generasi depan.Sekian.

9.11.2008

Serangan ke atas tuan tanah..

Cerita tuan tanah masih belum selesai. Keadaan sekarang semakin panas apabila waktu semakin singkat. tuan tanah asyik saja mencanangkan bahawa tanahnya masih berada di bawah kekuasaannya. Namun, ancaman tetap datang. Malah, ancaman tersebut bukanlah ancaman dari luar semata-mata, lebih dari itu. Ancaman dari pihak dalam sendiri pun telah menyebabkan tuan tanah ni semakin tertekan. Tidak nampak sedikit pun di mata tuan tanah kegusaran biar tekanan itu datang dari orang-orang yang sama kulit dengannya.

Cabaran itu semakin memuncak apabila anak muda yang tinggal di tanah tuan ini dah mula alpa dengan perjuangan yang sepatutnya mereke perjuangkan. Mereka telah diracuni dengan dakyah plurarisme yang menyebabkan ramai antara anak muda di tanah bertuah ini terkandas dan hanyut dengan fahaman yang memudaratkan ini. Pluralisme datang dengan senyap dan tidak kita sedari. Bila sudah sedar, ianya telah terlambat. Terlambat untuk diselamatkan. Apa yang tuan tanah lakukan untuk anak2 muda harapan di masa depan ni? Tiada apa. Yang ada hanyalah ratahan & kerakusan mengaut keuntungan yang sepatutnya diberikan untuk pembangunan anak-anak muda ini. Siapa yang wajar dipersalahkan?? Tuan tanah?? Anak muda yang lahir di tanah bertuah ini?

9.10.2008

Hujan yang lebat.

Asslamualaikum & salam sejahtera.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang panas pada asalnya. Selalunya diciptakan Allah musim yang panas dikurniakan bulan Ramadhan untuk menguji umat manusia dalam menjalankan ibadah puasa dengan baik sambil terus-menerus mengucapkan syukur padaNya.

Namun, kini Ramadhan tiba dengan seribu rahmat. Malah, rahmat yang turun dari Allah melimpah-limpah. Juga dikurniakan hujan yang lebat untuk kita semua terus mengagumi keajaiban ciptaan Yang Maha Esa ni. Tidak kurang juga hujan yang turun amat lebat sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Utara Semenanjung Malaysia.

Jadi, sebagai umat manusia yang beragama Islam, marilah kita sama2 mendoakan agar Allah menurunkan sebanyaknya rahmat & keberkatan untuk memastikan negara kita terus selamat, aman & makmur.Insyaallah.

9.09.2008

Tuan rumah & tetamu.

Bila kita berada di rumah, apabila tibanya tetamu yang melawat, ataupun datang untuk tumpang rehat di rumah pasti kita sebagai orang Melayu akan melayan & meraikan tetamu dengan sebaiknya. Agak mustahil untuk berlaku sekiranya tetamu yang bertandang ke rumah kita tue tidak dilayan dengan baik ataupun dihalau dengan biadap. Malah wujud juga pepatah Melayu yang lebih kurang begini bunyinya "tetamu kekenyangan di rumah, anak mati kelaparan". Betapa di sini menunjukkan bahawa ada antara masyarakat Melayu yang memberikan layanan kepada tetamu sebaiknya sehinggakan kadang-kadang mengorbankan apa saja yang ada.

Namun begitu, kesabaran untuk tuan rumah ini juga ada batasnya. Bila tetamu yang bertandang meminta untuk perkara yang berlebihan, perkara yang tidak dapat dibayangkan boleh berlaku.

Realiti hari ini, bila kita diasak dengan banyak kisah pergeseran kaum terutamanya di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini, telah menyebabkan kita terlupa dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu.Apa yang penting dengan keadaan semasa sekarang ini ialah kita perlu mengambil sikap lebih memahami dan menghormati antara satu sama lain. Biarpun perbuatan ini tidak mudah untuk kita ukur sejauh mana kefahaman dan sejauh mana hormatnya kita, tetapi ia perlu datang dari hari yang ikhlas. Janganlah kerana perbalahan pemimpin politik menyebabkan kita sebagai rakyat yang mengundi terus sengsara dengan provokasi yang cuba menyerang pemikiran kita.

Sekian.

Penampilan Terbaru..

Salam sejahtera untuk semua,
Inilah penampilan terbaru blog ni..Diharapkan anda dapat memberikan komen ikhlas anda berkenaan penampilan baru nie...Semoga kita sama2 mendapat manfaat terbaik dari perubahan yang dibuat ni..Insyaallah.

9.07.2008

Tekanan dalam relax..

Hari ini dah masuk hari ke 7 Ramadhan bersama kita. Banyak dugaan yang dihadapi sepanjang menjalani ibadah puasa di tempat yang indah di sini. Namun, banyak lagi cabaran yang harus ditempuh.Banyak lagi pahala yang boleh dikumpul. Dan mungkin juga banyak lagi pengalaman baru yang akan ditempuh. Inilah namanya kehidupan. Setiap hari akan diisi dengan kenangan yang kadang-kadang indah dan tidak kurang juga menyakitkan. Walau apa yang berlaku kita kena relax, tenang dan bersabar. Biar sekuat mana pun tekanan kita, perlu untuk kita bertindak seperti span. Bila ditekan boleh melepaskan segala tekanan dan mampu untuk bangun semula. Tapi, jangan pula jadi macam papan, nak tekan pun susah xjadi apa2. Tapi lebih malang kalau kita jadi lipan, kena tekan skali, terus mati pecah perut.(falsafah ni saya dengar dari Nadir, Pengerusi ISEUMS). Terima kasih buat semua. Mari kita sama2 teruskan perjuangan penuh cabaran ini.Sekian.

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...