7.29.2008

Adakah ianya berakhir?

Mulanya perjuangan itu,
banyak kontroversi & stress,
mulanya perjuangan itu,
banyak yang mula kecewa,
banyak yang mula mengharap,
harapan membawa pulang kejuaraan,

ketika sedang berjuang,
habis semua keringat disedut,
semua idea dicuri tanpa rasa sangsi,
hasil-hasil yang dikumpul habis dihancurkan,
maka tinggalla kuli-kuli yang mula datang,
mula mengutip kembali,
segala usaha lampau bagi persediaan perjuangan itu,

kini, perjuangan itu terkandas,
terkandas akibat usaha tiga suku banyaknya,
biarpun kita dari suku berbeza,
namun perjuangan kita serupa,
Mencari kejuaraan yang juga serupa,
cuma mungkin tamak yang ada,
telah memisahkan kita,
adakah perjuangan ini akan berakhir disini?
adakah pejuangan ini akan diteruskan?
hanya Tuhan saja yang mengetahuinya.

7.27.2008

Majlis Anugerah Akademik Negara 2007

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pagi jumaat yang lalu, saya bersama 3 orang MPP lain dijemput ke Majlis Anugerah Akademik Negara 2007 di Pusat Konvensyen Antaravangsa Putrajaya. Majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi ini dihadiri oleh semua ahli akademik, seniman dan juga pegawai utama dari setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Anugerah Akademik Negara atau akronimnya AAN ini merupakan kali ke 2 diadakan untuk menghargai & membuat penilaian untuk hasil kajian yang dibuat oleh anak tempatan dari IPT yang ada di Malaysia.

Semasa majlis ini berlangsung, kami sempat berjumpa dengan Naib Canselor UMS yang pertama iaitu Tan Sri Prof Datuk Seri Panglima Dr Abu Hassan Othman.Sempat juga kami bersembang mengenai UMS bersama beliau.Satu pengalaman yang xboleh saya lupakan.

Akhir sekali, apa yang menarik sepanjang majlis ini berlangsung ialah idea yang saya dapat untuk membolehkan saya lebih kreatif dalam memberikan lebih banyak peluang untuk anak Malaysia dalam menghasilkan kajian yang kritis dan kreatif setanding dengan anak-anak dari negara maju yang lain. Insyaallah.


Bersama Tan Sri Prof. Datuk Seri Panglima Dr Abu Hassan Othman.



Menikmati pemandangan PICC.


Singgah sebentar di Jabatan Pengajian Tinggi..


Sekian..

7.22.2008

Kenapa di waktu malam??

Assalamualaikum..
Cuma ingin berkongsi sedikit sajak yang saya dah post kat blog rasmi Bendahari Kehormat ari tu...

Kenapa waktu malam??
Mungkin kerana semua orang "free" dan tidak bekerja...
Mungkin juga orang ramai x dapat menikmati kehidupan yang sejuk & selesa.
Mungkin kerana pihak penganjur boleh memberikan "effect" yang menarik melalui bantuan pencahayaan lampu neon.

Di situ kita boleh lihat macam-macam...
Di situ kita boleh tengok banyak 'air kencing'...
Di situ kita boleh lihat banyak asap...
Di situ kita boleh lihat banyak pergaulan yang "sihat"..
Di situ kita boleh lihat banyak ciuman..
Di situ kita boleh lihat banyak pelukan..

Banyak anak bangsa khayal dengan "4 minutes"...
Banyak anak bangsa goyang kepala..
Banyak anak bangsa goyang bahu..
Banyak anak bangsa goyang pinggul...
Banyak juga anak bangsa goyang segala-galanya...

Bila matahari mula terbit..
Semua mula pulang...
Sampai terlupa bahawa Subuh merupakan permulaan hari...
Balik saja terus terlena..
Esok sambung lagi....

7.21.2008

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap xleh gi klas...Memang kejam rasanya kesakitan yang aku rasa time tu.. nasib la aku g klinik dengan Phad lepas solat Jumaat. Aku pi Permai Polyclinic untuk emndapatkan pengesahan sebab musabab kesakitan yang aku alami skang nie..

Setelah diperiksa oleh Doktor, aku disahkan mengalami gastrik. Xtau la di tahap mana. Tapi bila doktor tekan2 perut aku terasa macam perit gak..mmg sakit.. xpenah aku rasa sesakit ini selama hidup di dunia.

Akhirnya doktor bagi aku 3 jenis ubat untuk dimakan. 1st, ubat minum, dah tu ubat Cimetidin 200mg, dan juga ubat histac 150mg... Stakat ni alhamdulillah sihat. doktor mintak aku berpantang makan ayam & daging untuk sepanjang tempoh makan ubat nie..

Sekian...

7.16.2008

Kejuaraan atau masa depan yang gemilang??

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ini saya rasa macam sedikit kecewa dengan satu pihak yang begitu "pulun" mengejar kejuaraan sehinggakan peluang untuk orang muda mendapatkan pengalaman baru dinafikan.

Apa yang dapat saya katakan hari ini ialah kekecewaan ini pasti akan memberikan satu sumpahan yang amat berat dalam karier atau masa depan UMS. Justeru itu, saya dengan ini ingin memohon agar sesiapa yang terlibat dalam konspirasi "menjuarakan UMS" dalam pertandingan tertentu agar sentiasa memikirkan matlamat asal perjuangan anda. Kiranya perjuangan itu benar-benar untuk memastikan nama baik UMS sentiasa kekal, dan kelangsungan kemenangan yang dikecapi UMS ini akan sentiasa hadir. Maka dipohon agar peluang dibuka untuk generasi baru untuk mendapatkan pengalaman di arena yang lebih besar.

Sekian.

7.09.2008

Kafe oh kafe...

Assalamualaikum & salam sejahtera,
hari ni saya nk beritakan berkaitan kafe...
Di Kolej AB dan CD terutamanya, sistem kafe telah diperbaharui yang mana hanya satu tender dibuka untuk setiap kolej ni. Jadi, skang nie di kolej AB di bawah Syarikat Hartawan Muda Enterprise dan di kampung CD pula xtau apa nama dia. Apa yang ada sekarang di kafe agak mengecewakan... Seolah-olah nak kaut untung sahaja dari mahasiswa... Apa yang lebih menyedihkan ialah air kosong pon dah kena bayar....Langsung x prihatin....

Nie luahan rasa dari diriku...Semoga Allah bagi saya kekuatan untuk menjalankan tugas dengan baik...Insyaallah..

7.07.2008

Online yang menyusahkan...

Assalamualaikum & Salam sejahtera..
Sory sangat2 untuk semua sebab lama x update dengan entry yang baru... sangat sibuk dengan Minggu Suai Mesra 2008/2009.... Alhamdulillah semuanya selesai.. Sekarang nie muncul pula masalah lain di UMS nie. Bila online dimulakan tahun lepas dan tahun nie 100% diaplikasikan untuk semua plajar termasuk untuk tahun akhir. Kami yang belajar di thn akhir ni jadi banyak masalah. Minor xdapat daftar la. Tetiba xleh nak daftar lebih 15 jam kredit. Hurm... pening la skang nie....

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...