10.16.2009

Selepas konvo...

Setelah beberapa lama sibuk dengan perjumpaan bersama sabahat UMS, nie baru sempat online untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada smua member yang mendoakan kejayaan aku sampai dapat konvo pada tahun nie.. Thanks banyak2 pada mak n abah, atas segala semangat & dorongan yang diberikan...Thanks gak pada yo, Mas, Syuhada, Nur, Belle, Hafiz, Lola, Nana, Michelle, Beckie yang sudi bagi ak bunga, bear dan bantal peluk sempena konvo ritu...

Mungkin kini ak rasa kurang selesa untuk online lelama... Masih sayu dengan proses perpisahan dengan member serta junior di UMS. Semoga lepas nie diberikan kelapangan untuk berjumpa dengan kalian dan lebih banyak perkongsian dapat kita jalankan.

Jutaan ampun dan maaf dipanjatkan sekiranya wujud kesalahan dan tindakan yang menyakitkan hati anda semua... Pengalaman bersama di UMS merupakan satu kenangan yang paling aku ingati kerna inilah saat yang menambah perisa matang dalam hidup aku.

Insyallah aku akan start keja minggu depan. Kesibukan untuk menstabilkan situasi hidup bekerja di tempat orang perlukan sedikit masa dan pengorbanan yang besar.. Mungkin juga tiada update untuk tempoh tertentu sehinggalah aku berjaya stabilizekan diri aku di sana...

10.04.2009

Konvokesyen..

Esok nak p KK...
Stay sana sampai 15hb...
Lepas tu straight p KL plak..
Keja....
Mungkin xdapat update blog lebih dari semninggu...
Insyaallah undate melalui Twitter & Facebook.

Selamat Konvo untuk smua sahabat UMS yang berkonvo tahun nie...
Kita jmpa di KK!!!

10.03.2009

Kura-kura vs kura-kura hitam..

Kalo ceta spiderman 3, salah satu musuh utama spiderman tue ialah spiderman hitam...

Camtue la kisah kura-kura yang ada ngan aku skang nie... Dia dah jadi hitam plak sejak 24 jam yang lalu... Masa awal2 dia tukar jadi kura-kura hitam, dia dah mula syok sndiri dengan apa yang dia wat... Mula terasa orang sekeliling dia salah ja... Dia saja la yang btul... Ego plak, tahap kura-kura yang disumpah jadi BABI ja...Dah wat salah, tapi xmau jgak nak mintak ampun...Nak harap raya ja...Ntah la apa pasal ngan kura-kura nie...

Skang nie bila kura-kura nak kuar dari jiwa hitam dia nie...Dia smpai jadi serabut jiwa raga dia... Dah la berjalan pon lembap... Kehitaman jiwa dia nie telah menghitamkan diri dia jugak... Nak kena cari ubat jiwa yang sangat mujarab... Maybe dia perlu keluar dari negeri kura-kura dia untuk cari jalan...

Perlu kekuatan dalaman yang kuat dari kura-kura ni...

10.02.2009

Sedarlah diri wahai kura-kura!

Hei kamu si kura-kura...
Kenapa kamu ini xreti nak bersyukur??? Tidakkah cukup kebebasan yang mak bapak kau berikan??Asyik saja nak mencari sesuatu yang menyusahkan hidup kamu.

Hei kura-kura!
Kamu nie, xtau ka yang laut tue banyak skali pencemaran?
Pencemaran oleh manusia yang bertuhankan nafsu?
Kamu juga punya Tuhan hai si kura-kura..

Biar kamu sudah besar panjang, kamu tetap si kura-kura.
Udah la lembap, cangkerang pon xreti nak bersihkan.
Nak jugak mintak mak tolong bersihkan...
Kalo nak makan, naaakk jugak dia mintak bapa dia carikan lagi..

Sedarlah..
Kamu nie bukannya bagus sangat..
Baru dah besar sket, dah nak tunjuk pandai.
Banyak tindakan "pandai-pandai" yang kamu suka buat sejak kecil.
Biar perkataan tue sebenarnya kamu xsuka.
Itu saja serangan perkataan yang slalu diberikan.

Oleh itu, sedarkanlah dirimu dari rasukan labi-labi dan penyu itu si kura-kura!

10.01.2009

Kura-kura yang xmo susahkan orang.

Ada satu kisah, kura-kura nie dia nak g jenjalan ngan kawan2 dia.. Tapi kura-kura ni kalo boleh nak la p makan sndiri..Xyah lagi nak tunggu makanan yang bapak dia bawak balik. Tapi bila kura-kura dah makin besar, dia terasa bersalah nak mengharap mak bapak dia lagi untuk dapatkan makanan..

Satu hari dia pon cuba carik kawan dia yang kura-kura gak..Tapi dah boleh usaha la untuk cari makanan sndiri.Dia pon nak p blaja ngan kawan2 dia tue..Tapi mak bapak dia mintak dia dok gak melepak dlu ngan mak bapak dia...Kesian dia...

Camna kita nak tolong kura-kura nie ek?? Dia xmo susahkan mak bapak dia...Tapi dia nak jugak melepak ngan member dia...

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...