1.25.2010

Pantang kalah.


Ada sejenis manusia di sekeliling aku yang aku jumpa dari spesis nih. Untuk beberapa jenis situasi ia sangat bagus untuk bersikap pantang kalah ni.

Di mana bagusnya pantang kalah?

Bagusnya untuk menaikkan semangat serta motivasi diri agar tidak terlalu down akibat kegagalan sebelum ni.

Lagi satu, ia bagus ke arah mempromosikan diri di mata orang sekeliling.


Apa yang meNANAHkan serta menjelikkan keadaan akibat pantang kalah ni??

Ia akan menjadikan kita macam tampak berlagak pada orang sekeliling..

Sikap pantang kalah akan menjadikan kita sukar untuk bertoleransi dengan orang lain. Contohnya masa perbincangan, kita cuma nak pendapat kita saja diterima. Atau cerita kita ja yang nak orang dengar.

Cerita yang diberitakan pada orang sekeliling menjadi semakin tipu dan menjadi 80% TIPU semata-mata demi menjadikan diri kita lebih BAGUS dari orang lain.

Bila cop dah mendapat pengendorsan dari ramai pihak yang terkena, maka persepsi itu amat sukar untuk dilepaskan. Maka, jadikanlah diri anda seorang yang bertoleransi, dedikasi,serta bekerjasama dengan orang lain. PANTANG KALAH, biar bertempat kerana makan pon perlu kena pada tempatnya. Kalo p makan nasi kat dalam tandas, maka ia nampak biadap. Begitu juga sikap PANTANG KALAH.

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...