1.04.2010

Ke arah menjadi pengguna bijak.

Nak jadi, pengguna bijak sangatlah senang. Dalam pengetahuan kita perlu diisi sepenuhnya berkaitan produk @ servis yang kita inginkan. Pengetahuan ini bukan sahaja perlu dketahui, malah dihadam dengan baik.

Selain tu, pengguna bijak ada sifat sopan santun. Ini budaya kita. Justeru, kiranya mendapat layanan kurang baik dari pegawai khidmat pelanggan, barulah layak untuk bertindak lebih tegas, itupun kalo btul2 layanan itu umpama menghalau anjing yang sedang menyalak.

Oleh yang demikian, maka ketahuilah anda semua bahawa menjadi pengguna bijak bukan bermakna anda boleh marah sesiapa dengan sewenang2nya. Kiranya ini berlaku, maka terbuktilah anda sebenanrnya dibesarkan tanpa kasih sayang serta perhatian yang cukup dari penjaga anda. Mungkin kerna itulah anda mahukan perhatian yang sewajarnya dari pegawai khidmat pelanggan. Itu kesimpulan terbaik untuk pengguna yang berlagak "bijak" yang pandai2 marah pegawai khidmat pelanggan.

Kesimpulannya, untuk menjadi pengguna bijak, pastikan pengetahuan anda cukup semasa membeli & perbandingan yang anda buat sudah puas untuk membolehkan anda memilih produk/servis terbaik buat anda.

Jadilah pengguna bijak. Bukan pengguna yang bodoh sombong.

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...