5.29.2008

Kisah Pra MPPK 28 Mei 2008.

Majlis bermula jam 3 petang di dewan refflesia ESSET, Bangi. Semua perwakilan MPP yg hadir mengikuti pembentangan kertas kerja dr UiTM yg bertajuk “Halatuju MPP dan MPPK”. Dan juga sesi dialog dengan Ketua Eksekutif PTPTN dan dari bahagian Pelan Tindakan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Apa yang boleh didapati dari sesi pembentangan ni?
1. Pembentang hanya menceritakan berkenaan resolusi MPP Kebangsaan kepada pihak KPT dalam menjaga kebajikan MPP
2. Terdapat banyak kesalahan taip ”typing error” dalam edaran kertas kerja yang diberikan  menunjukkan betapa kelemahan & kurang kesedaran dari pihak pembentang akan kesalahan teknikal sebegini rupa.
3. Tiada halatuju perjuangan MPP Kebangsaan yang melibatkan isu-isu hal ehwal negara samaada dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial.

Cadangan kepada kertas kerja ini:
- penekanan perlu diberikan dalam aspek teknikal dalam kertas kerja yang dibentangkan.
- Pembentang perlu lebih serius dalam memberikan pembentangan  tidak hanya bergantung kepada slide yang disediakan.
- Halatuju MPP Kebangsaan perlu diberi penekanan khusus. Perbezaan antara Resolusi MPP dan Halatuju MPP perlu diambil berat.

Sesi Bersama Bahagian PTPTN dan PTSPTN.
1. Kebanyakan isu yang dibangkitkan berkaitan PTPTN adalah berkaitan permohonan untuk dirujuk semula kadar faedah 3% yang dikenakan kepada mahasiswa.
2. Timbul juga isu berkaitan status caj pentadbiran yang dianggap RIBA oleh sesetengah pihak.
3. Kesimpulan yang dapat dibuat, pihak PTPTN hanya banyak memberikan jawapan untuk menyelamatkan diri. Apa yang diberikan hanyalah ALASAN dan sebarang bentuk PENYELESAIAN langsung tidak diketengahkan untuk pengetahuan pimpinan mahasiswa yang hadir.
4. Pelan Tindakan Strategik Pengajian Tinggi Negara tidak banyak disentuh, akan tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah isu PERPADUAN NASIONAL langsung tidak diketengahkan dalam Pelan Tindakan ini menunjukkan percanggahan dalam dasar kerajaan.

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan menekankan aspek perpaduan dan dikatakan bahawa IPT merupakan “jentera utama” dalam usaha membentuk perpaduan yang utuh dan kukuh. Adakah pihak kerajaan mementingkan kualiti rakyat dari sudut akademik sahaja? Adakah negara kita akan maju sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya 100 000 pemegang Ijazah Doktor Falsafah sedangkan perpaduan nasional kita tidak kukuh? Jika ini berlaku, bolehkah kita katakan bahawa cabaran PERTAMA dalam Wawasan 2020 boleh dianggap GAGAL??

Fikir-fikirkanlah...

5.27.2008

Aku Ada Untukmu...

Salam Sejahtera semua....
Just nk share satu lagu yang sedap...Biarpun skang nie keadaan single memaksa aku untuk bersabar dengan banyak perkara... kadang-kadang terasa sangat sunyi... tapi aku yakin bahawa Aku Ada Untukmu... cumanya siapakah "mu" yg dimaksudkan??? Hanya Allah yang tau siapa yg sepatutnya...haha.... Nak berjiwang sangat xla..Cuma tetiba lagu nie kena plak dengan apa yang aku rasa skang... Layankan....

Aku Ada Untukmu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Penyanyi: Nubhan AF6
Lagu : Zeti Akmar
Lirik : Abie Abdullah





Kalo sesapa nk donlod video nie, klik SINI.

5.25.2008

Malaysia Airline atau Air Asia????



Entry kali nie nk bincang plak kisah "pergaduhan" antara 2 syarikat perkhidmatan penerbangan dalam negara kita. Isu mula timbul apa bila Malaysia Airline mewujudkan satu produk baru mereka yang dinamakan "Everyday Low Fare". Secara serta-merta juga, pihak Air Asia melalui CEO syarikatnya terus melatah dengan membuat tuduhan kepada MAS bahawa syarikat tersebut (MAS) telah kacau "periuk nasi" diorang. Jawapan MAS mudah saja, MAS x tiru atau berniat untuk kacau "periuk nasi" syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, akan tetapi, MAS hanya mahu menghabiskan seat kosong agar tidak berlaku pembaziran. Itu jawapan MAS.

Apa kesan pada kita sebagai pengguna???
1. Kita akan mendapat harga yang sangat murah untuk mendapatkan perkhidmatan penerbangan.
2. Kita akan jadi "mangsa" keadaan... Bila harga tiket menjadi murah, pihak syarikat penerbangan nie (xkisah la MAS ataupun Air Asia) akan amek untuk ikut cara lain plak cthnya melalui harga cukai yang sangat tinggi.
3. Kalau dahulu MAS mempunyai krew2 penerbangan yang mesra, skang nie dah jadi kurang. Diorg nie akan jadi mesra kalo ada pelancong-pelancong luar.
4. Air Asia akan mula memberikan tekanan yang lebih pada MAS untuk pastikan peneraju tambang rendah dikekalkan pada Air Asia.


Skang nie jom kita cuba buat perbandingan harga cukai untuk MAS dan Air Asia untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada 18 Januari 2009...

Kalau untuk Air Asia,









Kalau MAS,



Di sini kita boleh buat perbandingan sendiri....
Di mana yang patut kita pilih..
Tapi INGAT! Harga cukai / tax nie sangat cepat berubah....
Jadilah pengguna bijak...


* Untuk rakan2 UMS, belilah tiket awal untuk pastikan anda mendapat harga yang terbaik & menjimatkan.....

Pulau Batu Putih

Salam...
Entry kali nie nak berbincang kisah Pulau Batu Putih yg jadi milik Singpura skang ni..



Profil Pulau Batu Putih;
Keluasan: Lebih kurang setengah padang bola sepak
Jarak: 12.8km dr Pengerang, Johor
64km dari timur Singapura

Realiti yang perlu diterima selepas keputusan ICJ??
1. 1500 nelayan Malaysia dari Pengerang, Johor tidak lagi dapat mendapatkan hasil dari "lubuk emas" Pulau Batu Putih.
2. Singapura akan bertambah angkuh dengan rakyat Malaysia.
3. "Kecacatan" dalam peta sempadan antara Malaysia-Singapura berlaku.
4. Ruang laut & udara negara kita akan jadi lebih mudah untuk "dinodai" oleh tentera Singapura dan jangan terkejut sekiranya berulang kes penggunaan ruang udara ataupun ruang laut tanpa kebenaran oleh Singapura.
6. Kita hanya berhak kepada Middle Rock yang hanya 0.9km dari Pulau Batu Putih.

Kesimpulannya... Adakah ICJ ini juga merupakan satu sekutu kuat Amerika yang juga merupakan "kawan baik" Singapura????? Keadilan mahkamah dunia ni sangat meragukan.. fikir-fikirkanlah..

5.24.2008

Keputusan Peratusan Konsert Akhir AF

Hari nie,
aku terjenguk ke laman web Mr Manager...
Ternampak la senarai peratusan selepas konsert akhir semalam....
Nie la dia...
Stacy 43%
Riz 19%
Nubhan 14%
Toi 13%
Nadia 13%

Memang hebat orang Sabah nie....Aku bangga jadi org Sabah skang nie..ahaha...

Apa2 pon, jom kita tgk apa kata Nubhan lepas dinobatkan sebagai tempat ke 3...

Stacy juara AF6.

Salam
Entry kali nie nak sembang pasal AF plak...

Setelah 6 musim Akademi Fantasia bersiaran, akhirnya berjaya menobatkan juara dari Timur Malaysia iaitu Stacy dari Sabah. Sabah Tatap kata org Sabah..
Kebanggan sebagai orang yg bermastautin di Sabah, ialah kesedaran akan kepentingan AF sebagai ejen yg boleh diguna untuk menyatupadukan keluarga..Budaya yg ada di Sabah amat berbeza untuk dibandingkan dengan masyarakat di Semenanjung.
Negeri Sabah juga terkenal dengan jumlah peserta yg menyertai ujibakat AF yang paling ramai. Akhirnya kejayaan ditempa Stacy yang baru berusia 18 tahun.. justeru itu, didoakan agar Stacy akan terus berjaya dalam dunia hiburan yang sangat mencabar...Berikut ialah keputusan konsert akhir AF6..
Juara : Stacy



Tempat ke-2: Riz




Tempat ke-3: Nubhan
Tempat ke-4: Toi
Tempat ke-5: Nadia

Penganjuran yg dipersoalkan????

Salam sejahtera...
Utk entry kali nie nak bercerita sket kisah Debat Perpaduan yg br abes...
Segalanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah dengan keberkatan dari Allah SWT team UMS kali nie dapat masuk smpai peringkat separuh akhir..
Kami kalah dengan team UiTM dengan juri 3-2 dan margin 1.33... Sangat tipis... Usul yg diperdebatkan masa separuh akhir tue "Integrasi Nasional Asas Perpaduan Rakyat". Kalo kita mengambil kira dari pandangan penonton ataupun kita gunakan kaedah "jari menjadi juri", mungkin team UMS yg menang. Tapi dengan penghakiman yg dikira sebagai adil, kami terima kekalahan yg bermaruah tu...

Apa yg dipersoalkan sepanjang penganjuran Debat Perpaduan kali nie, sikap LO yang sangat tidak disenangi oleh kebanyakan pendebat yang hadir. Apa yang terjadi ialah LO langsung x bertindak mengikut tugas yang digariskan... Dari segi kemesraan, kecekapan dalam menyelesaikan msalah pendebat, mahupun dalam menjadi pemudah cara untuk kontinjen yang hadir..

Contohnya dalam perlawanan suku akhir di pagi jumaat yg hening... Di tengah-tengah kekalutan untuk menyelesaikan konsep perdebatan yg hanya 30 minit tue, time tue la LO nk mintak tandatangan utk surat itu dan ini... dah tue, bila cukup ja masa 30 minit, LO plak yg beri tekanan utk masuk ke dewan persidangan...apa la?? xdak plak dalm syarat perdebatan bahawa peserta kena masuk selepas masa 30 minit tamat. Apa yg ada, kalo peserta lambat dari 15 minit selepas 30minit waktu persediaan tamat, barulah tindakan penalti (iaitu kekalan diberikan) jika peserta gagal buat demikian..

Apa yg diharapkan, semua orang bolehlah ambil iktibar dari penganjuran Debat Perpaduan baru-baru nie.. Tahniah sekali lagi untuk team UMS yg berjaya smpai ke peringkat separuh akhir..

Nie pendebat yg membawa UMS ke separuh akhir..


Semoga bertemu lagi...

5.20.2008

Pertama Kali

Ini merupakan kali pertama saya bertindak sebagai blogger.
Mungkin banyak isu yang boleh diketengahkan melalui blog ni. Ini kerana medium blog ni dah mula menjadi perhatian di kalangan rakyat Malaysia. Justeru itu saya akan cuba untuk sentiasa memberikan reaksi dari perspektif saya berkaitan hal-hal di Sabah, Malaysia mahupun dunia.

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...