1.21.2010

Hujan di Malaysia

Hujan..

Sesetengah orang di Malaysia sangat benci ngan ujan. Sesetengah orang di Malaysia sangat menikmati hujan. Kerana masa hujan la waktu paling sedap untuk menternak air liur basi di atas bantal busuk yang telah sedia peta zaman paleolitik dulu.

Tapi, limpahan hujan di Malaysia tak henti-henti. Sampai melimpah ruah yang menjadi penyebab bencana banjir. Ada hadis (xsalah aku kurang sahih hadis ni) mengatakan hujan tue rahmat dari Allah. Oleh itu, kalo hujan, watpa nak lari?? Bukankah hujan tue rahmat?? Itu yang aku selalu persoalkan..Tapi, kalo xcari tempat berlindung, maka basah la kita..Itu punca orang lari.

Bila muncul isu hujan tue rahmat dari Tuhan, maka timbul plak pendapat berikut:

"hujan yang banyak di negara kita menunjukkan betapa berkatnya negara kita nie sampai Tuhan turunkan rahmat dariNya sehingga melimpah ruah".

Maka, limpahan rahmat nie menjadikan negara kita sentiasa aman, makmur, harmoni dan bertambah kekayaannya. Limpahan rahmat ni jugak la menjadikan kehidupan kita di Malaysia sangat mewah, makan boleh
banyak2 sampai tahap dibuang makanan. Duit yang banyak, sampai tak boleh nak dibuat benda lain yang Halal, yang dibuat dengan dibelanjakan untuk minum, pergi rumah urut dan yang semaksud dengannya.

Hujan adalah petunjuk kepada sayangnya Tuhan pada rakyat Malaysia. Bersyukurlah warga Malaysia. Tuhan sangat sayangkan kita. Jangan sampai limpahan rahmat ni akhirnya menjadi limpahan bencana akibat kita yang tidak mensyukuri segala kenikmatan dan kesedapan yang kita ada sekarang.

3 comments:

  1. lal best arrr posting yang ni...haha..


    Bersyukur la kita atas nikmatnya...

    ReplyDelete
  2. cun gmbar hujan tu..sejuk je hati tgk..
    best post nie!suka..suka..

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...