8.31.2009

Salam merdeka!!!

Salam sambutan kemerdekaan ke 52...

Maaf atas terlalu lama xupdate di blog nie. Sejak dua menjak ni agak keliru dengan keadaan diri yang seringkali dijajah oleh anasir2 yang cuba memecahbelahkan orang yang berada di sekeliling aku.

Apa makna merdeka pada pandangan aku???

Merdeka untuk tahun 2009 ni pada aku bermakna kita perlu merdekakan diri dari Pakatan memecahbelahkan Rakyat yakni PR. Kewujudan UMNO semenjak zaman sebelum merdeka telah menjadi nadi utama perjuangan masyarakat Malaysia untuk mendapatkan kemerdekaan dari pihak British. UMNO yang telah mewujudkan satu Perikatan yang unik di kalangan masyarakat berbilang kaum yakni teridiri dari masyarakat Melayu, Cina & India (pada masa tu). Kekuatan dan semangat untuk bertoleransi antara kaum inilah menjadi akar umbi pembentukan negara yang paling berkembang pesat di dunia.Malaysia.

Namun kehadiran Pakatan yang konon memperjuangkan hal Rakyat ini telah menimbulkan banyak kekecohan di negara ini.. Lihat saja bagaimana berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Bagaimana Pakatan menghancurkan perpaduan Rakyat ni telah memainkan sentimen kaum untuk menambat hati pengundi yang akhirnya menimbulkan satu peristiwa berdarah di negara kita.

Mungkin juga sambutan ulang tahun kemerdekaan kita tahun nie diraikan dengan bangga atas kemenangan ketua angkatan katak Malaysia yang menjadi Pengerusi Pakatan menghancurkan Rakyat Malaysia, Katak Seri Anwar Gus Dur Ibrahim yang telah memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh Ogos tahun lalu.

Apa yang aku harapkan ialah agar rakyat atau bangsa Malaysia PERLU sedar bahawa Malaysia merupakan semenanjung emas yang menjadi lubuk pertemuan segala pedagang dari seluruh pelosok dunia.Justeru itu janganlah kita biarkan negara kita huru-hara dengan dakyah politik mereka yang cuba menghancurkan kesepaduan yang telah wujud antara kita. Namun, sekiranya berlaku salahguna di kalangan pemimpin sedia ada, buatlah teguran secara terbuka. Demi kebaikan bersama.

Kerana kini, semakin banyak negara yang dengkikan kebahagiaan, kemewahan dan perpaduan yang ada pada kita.Jangan jadikan perpaduan sebagai ancaman yang terus menghancurkan negara...

Semoga Malaysia terus aman, bahagia dan makmur. Salam kemerdekaan ke 52.

Majalah Mangga September 2009


Majalah Mangga Edisi September 2009..

Klik SINI untuk download.

Thanks to LeeSha @ JWGTorrent...

8.23.2009

Bersyukurlah...

Sempena bulan Ramadhan nie, salah satu nilai moral yang wajar diambil perhatian ialah bersyukur... Mungkin ramai dari kita yang hanya pandai cakap.. Syukur la.. Syukur.. Syukur... Apa makna syukur??

Kalo ikut kamus dewan, syukur nie makna dia terima kasih..Atau berterima kasih... 

Dari makna literal nie, aku boleh simpulkan untuk memudahkan pemahaman kita ialah dengan mengucapkan kata syukur pada Tuhan yang sentiasa memberikan kita limpahan rezeki mahupun kebahagiaan jiwa.

Kita yang tinggal di Malaysia nie telah mendapat LIMPAHAN nikmat.. Samada dari segi makan, minum, mahupun untuk menjalani program2 kehidupan... Memang membahagiakan.... Justeru itu, setinggi syukur perlu kita panjatkan padaNya dan sekiranya ada orang yang mengalami kesusahan di sekeliling kita maka, kita patut tolong....

Apa yang baik perlu diteruskan.. Jangan la kita asyik saja nak cari kesalahan sesama manusia.. Kerana manusia sememangnya tidak sempurna sepenuhnya. Kalau berlaku kesilapan pon, tegurlah dengan cara berhikmah agar kita tidak tergolong dari kalangan manusia yang kufur nikmat...

8.22.2009

Kempen Satu Sekolah Untuk Semua.


Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta

Fenomena ini adalah unik di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia.  Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran. 

Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini mempamirkan sikap anti-negara yang semakin ketara dan berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip perlembagaan negara Malaysiatiada rasa cinta kepada tanah air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali

Secara lantangnya, puak ini  mempertikaikan segala unsur yang melambangkan kedaulatan dan intipati negara kita tercinta. 

Kami menyeru agar gejala Sekolah Vernakular ini di hapuskan secara total.


8.21.2009

The Informers (2009)



Part 1

Part 2

Part 3



Dah siap, leh combine file gne hjsplit klik SINI untuk download..Then, unzipp guna winrar...

Pengisytiharan Puasa 2009...



Salam Ramadha buat semua!!!
Semoga di bulan penuh berkat dan banyak bonus pahala nie kita akan sama2 meningkatkan amalan wajib mahupun amalan sunat...

Aku mendoakan agar kita semua dapat menpuh bulan ini dengan sempurna...Dan kita sama2 dapat kumpul pahala banyak2 untuk bekalan akhirat nanti....

8.20.2009

Pujaan wanita Malaysia...


Hingga saat ni aku masih memikirkan.. Apa ada pada lelaki Malaysia?? Maksud aku apa yang terjadi pada lelaki di Malaysia sehinggakan trend wanita Malaysia skang nie bermati-matian minat lelaki korea, jepun, mahupun dari Barat.

Bila ditanya kenapa??Jawapan mereka hampir saja sama... Pasal diorang nie cute, nampak gagah & macho... Kalo lelaki Malaysia yang nampak lebih kurang sama macam artis pujaan wanita Malaysia nie besanya dikatakan sebagai mat jambu la, berlagak hensem la, dan macam2 lagi...

Apa kejadahnya nie?? Sampai tahap lelaki Malaysia dihina dan dikeji camni??? Salah ka??

Situasi ni terjadi seolah-olah berlaku satu revolusi taste di kalangan wanita di Malaysia yang lebih meminati lelaki luar negara (hatta mat bangla sekalipun), untuk memastikan anak dia comel..Gitulah pemikiran cetek kebanyakan wanita Malaysia yang aku jmpa skang nie.. Sedikit peringatan, wanita Malaysia yang aku maksudkan berada pada skala umur 18 hingga 35 tahun pada tahun 2009 nie...

Untuk itu, sedikit cadangan dari aku untuk wanita di Malaysia. Bersyukurlah dengan apa yang ada di Malaysia.. Kerana Malaysia merupakan syurga bagi mana2 rakyat di dunia nie.. Kalo korang dapat pakwe dari India yang hensem ala2 Shah Rukh Khan, mo korang kena jadi surirumah 
sepenuh masa tanpa boleh berkomunikasi ngan orang luar... Itu yang anda mahukan?? Tepuk dada, tanya selera anda..wahaha..

8.18.2009

Buat 9 Beradik...

Nie nak bagitau utk 9 beradik, Azri, Hafiz, Su, Mas, Belle, Suria, Andy, dan Afizul.... Aku perlukan bantan hangpa smua untuk kita cariksatu nama bagi menggantikan panggilan 9 beradik nie... Pasal skang ni setau aku pasukan kita dah bertambah keahliannya...

Jadi, aku mengharapkan anda semua dapat memberikan nama yang sesuai untuk kita undi lepas nie...Aku cadangkan nama kita ialah The Tots...

Apa kata anda??

8.13.2009

Tahniah Qariah Malaysia.


Tahniah diucapkan pada Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman Kerana merangkul kejuaraan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa yang tamat secara rasminya malam tadi....

Anda wanita2 di luar sana, bila lagi nak naikkan nama Malaysia????Xkan asek nak bising pasal kepentingan wanita ja???

8.12.2009

Kenapa bukan Muslim semakin BIADAP???


Jawapannya mudah! Sebab ada golongan Muslim yang bersifat BANGANG dan BODOH yang sanggup memberikan janji untuk "melindungi" pihak bukan muslim yang akan memberikan sokongan padu untuk membentuk kerajaan di Malaysia.

Jadi, apa yang aku nak katakan hari ni bila mana wujud statement bersifat selesema BABI yang dah disemburkan oleh pemimpin pujaan PKR dan PAS sejak masuknya bulan Ogos ni.

Yang si PAS nak haramkan penjualan arak, tapi si Melayu yang ADIL dan saksama pi jilat pungkoq DAP. Keputusannya arak bleh dijual secara terbuka & bangga... Dah tu, si DAP hina ulama & ustaz2 Islam, apa PAS buat??? Diam ja? Xpon masih dok doa moga2 Allah turunkan bala untuk orang BN & UMNO lagi????

Ni la situasi semasa yang berlaku kat Malaysia nie... Nak sangat kuasa politik sanggup wat apa saja hatta melindungi orang yang hina agama kita. Kononnya keadaan ini akan PASti memberikan kejayaan yang gemilang di PRU yang akan datang...


Gambar daru Utusan Online.

Mangga Ogos 2009







































Majalah Mangga Edisi Ogos 2009....

Thanx to Leesha from http://torrent.jiwang.cc

Klik SINI untuk download...

8.11.2009

Mari beli Jagung...

Inilah rupanya orang jual jagung di sekitar New Delhi.. Yang penting xjadi peminta sedekah cukup la..wat bisnes camni pon bleh hidup...

Prinsip keja orang India ialah, hidup perlu kerja, barulah boleh bahagia... Dan satu lagi prinsip yang orang India pakai, keja untuk cukup makan ari ni sekurang-kurangnya... Selagi xcukup, selagi tue la keja....

Statement di sini TIADA langsung perkaitan dengan penduduk kaum India di Malaysia.. Kalo terkena tue, mungkin hanya bersifat kebetulan.


*Tengah fikir, apa makna pemimpin ADUN PKR Kedah, Lim Soo Nee kata kat pemimpin ADUN BN Kedah dengan perkataan "paria"....Mungkin sengaja nak melagakan pemimpin Melayu dengan India kot????Yang menambahkan peliknya skang nie, lebih ramai orang muda BANGANG yang sedang memberikan kePAStian pada kita untuk memberikan sokongan padu pada PAKATAN memecahbelahkan RAKYAT....

8.08.2009

Hebatnya New Delhi..

Akhirnya aku selamat sampai di Malaysia bumi paling bertuah dan indah dari bumi yang lain.

Perkongsian yang aku nak kongsikan di sini ialah berkaitan kehebatan New Delhi. Bandar utama bagi negara yang populasi penduduknya kedua terbesar di dunia. Kalo anda berpijak di New Delhi ni pasti akan tertarik dengan kehebatan di sini.. Jalan raya di sini akan dilalui oleh kenderaan dari pelbagai zaman. Dari kereta lembu dan kereta kuda hinggalah kepada kereta BMW 7 siries.


Dari segi penduduknya pulak, dari yang miskin dan hidup melarat hinggalah penduduk yang sangat kaya dengan rumah bagaikan istana. New Delhi juga menjadi pusat utama kepada rangkaian keretapi seluruh India yang dikatakan sebagai rangkaian keretapi paling panjang dan sibuk di dunia.


Anak teruna dan gadis di sini lebih moden kehidupannya berbanding Aligarh. Pergaulan bebas. Berjalan ke sana sini. Naik motor besar dengan kelajuan yang memuaskan hati masing2..


Kalau di Delhi jugak la kita dapat tengok satu golongan masyarakat yang aku klasifikasikan sebagai xpandai guna otak. Segalanya dibuat sesuka hati. Pelanggan kedai runcit hanya dibaling2 saja barangan yang kta order. Kalo nak ubah perabot di kedai, sesuka hati saja ubah tanpa fikir kesan jangka panjang. Kalau bab meludah, paling profesional... Dah la mulut tu makan sirih merah.. Ludah plak kat dinding putih.. Beramai2 plak tue... Terhasillah satu karya seni meludah orang india di tiang2 dan dinding sekitar bandar.. Itu belum masuk lagi karya agung hasil air kencing teruna dan jantan di seluruh belakang dinding banggunan di Delhi...

8.05.2009

Dari Delhi..

Skang dah berada di New Delhi... Keadaan dia amatlah berbeza dari bandar kecil, Aligarh. Umpama tapak tangan.. Bila dialih ke atas, dan ke bawah.. Itulah perbezaan antara Aligarh dan New Delhi.. Banyak perkara yang akan dikongsikan...

Untuk setakat ni, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dapat hidup di Malaysia.. Satu bumi bertuah yang jadi impian seluruh umat manusia di seluruh dunia.. Biar berlaku banyak perebutan kuasa. Saling menuduh siapa salah dalam politik Malaysia. Hingga kini aku masih xdapat nampak potensi yang "menarik" untuk dinikmati rakyat Malaysia.. Kononnya nak membantu rakyat.. Tapi kerajaan yang ada sejak kemerdekaan Malaysia masih mampu memberikan kekayaan dan kebahagiaan kepada penduduk Malaysia.

Justeru itu, lebih banyakkan bersyukur dari asyik saja mencari kesalahan orang lain.... Insyaallah hidup akan lebih bahagia, aman dan makmur....

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...