1.22.2010

Cmna nak tengok masa depan Malaysia?


Bila tengok tajuk entry nie, dah rasa aku ni macam ahli nujum plak. Dan tidak teragak jugak akan wujud mulut longkang yang kata statement mcam aku ni Tuhan plak. Tapi, entry nie aku buat berdasarkan pemerhatian serta pemahaman tentang REALITI semasa.

Salah satu petunjuk mudah untuk tengok situasi masyarakat negara kita masa depan ialah dengan tengok cara hidup orang muda yang ada sekarang.

Kalo nak tengok kehidupan remaja zaman akan datang plak, kita boleh tengok berdasarkan petunjuk pada bebudak skolah yang ada skang..

Kaedah ni sama la macam kita nak tengok ayam masak merah yang nak dimasak. Kalo dalam perencah dia xdak bahan seperti ayam dan cili merah, maka masakan yang dihasilkan selepas masak tak mungkin akan dikatakan sebagai ayam masak merah. Ini perumpamaan yang jelas dan nyata serta mudah difahami semua.

Kalau tengok kehidupan orang muda skarang, sangat menakutkan. Kehidupan yang serba mewah, serba serbi senang. Nak makan, nak melepak, nak buang masa, nak tido puas2 ati, nak cari kerjaya yang hanya sesuai dan mudah saja serta malas nak jalankan tanggungjawab pada agama. Ini situasi yang ada sekarang.

Cuba bayangkan orang muda yang dalam lingkungan 20 ke 30 tahun umurnya nie dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ada yang sudah bekerjaya, dan ada jugak yang sudah mendirikan rumahtangga. Dan mungkin jugak yang masih membujang. Bayangkan jugak kalo semua perlakuan ini masih diamalkan sehingga 10 tahun akan datang?? Bagaimana corak hidup masyarakat masa tue??


Lagi satu kes, budak skolah yang ada skarang. Pertambahan bilangan anak Melayu yang dihantar ke SJKC sentiasa bertambah saban tahun. 10 tahun lagi, ada yang dah melepasi tingkatan 5. Ada yang dah berada di zaman pengajian tinggi. Adakah budaya Melayu tu akan terus meresap dalam hati generasi yang ada ni?? Bagaimana pula dengan sambutan yang ada di SK?? Adakah kian bertambah bilangannya?? Adakah SK akan terus mendapat tempat di hati ibubapa yang semakin hari semakin mementingkan kejayaan akademik berbanding kejayaan anaknya mendapat segenap ilmu untuk menjalani hidup di masa depan??

Jadi, di sini, apa yang mungkin berlaku di Malaysia ialah satu situasi yang agak huru-hara. Di mana anak Melayu akan diCinakan (bermaksud budaya Cina meresap dalam diri mereka) dan berkemungkinan mudah untuk dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Memandangkan rancangan realiti makin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Maka ini bermakna rakyat Malaysia semakin inginkan realiti untuk diketengahkan kepada mereka. Maka inilah realiti yang aku nak ketengahkan untuk santapan otak warga Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...