1.27.2010

Kikisan merbahaya.


Ada 3 janis kuasa yang sangat berpengaruh dan berkuasa di Malaysia. Kuasa tertinggi dalam landskap politik Malaysia ialah Yang Di-Pertuan Agung. YDPA merupakan ketua negara Malaysia. Untuk mengimbangi kuasa dan juga bertindak sebagai penasihat kepada YDPA, maka wujud 2 kuasa pentadir iaitu Badan Eksekutif da juga Badan Kehakiman.

Badan Eksekutif ni terdiri daripada ahli politik yang dipilih oleh rakyat melalui Pilihanraya Umum dan memegang jawatan sebagai Menteri yang menjadi badan yang mentadbir negara.

Badan Kehakiman ialah para hakim dan peguam yang menjalankan tugas untuk menguatkuasakan dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia melalui proses perundangan.

Kini, ketiga-tiga kuasa "besar" ini semakin direbut oleh pihak yang kurang bertanggungjawab.

Kuasa YDPA yang diwarisi sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka ni semakin hari semakin mendapat penghinaan yang HARAM untuk dimaafkan. Seolah-olah YDPA tidak menjalankan tugas. Dan juga seolah-olah YDPA bukanlah ketua negara di Malaysia. YDPA dilantik melalui Majlis Raja-Raja.

Maka, sebarang penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu amatlah PERLU untuk diambil tindakan secara serius dan TEGAS. Biarpun salakan "orang2 yang kurang bertannggungjawab" ni umpama anjing menyalak, walaupun salakan ini tidak didengari, namun kesan salakan "anjing2" ni amatlah serius kerana salakan ini memercikkan air liur anjing yang HARAM dan WAJIB untuk melalui proses PENYUCIAN sehingga bersih.

Untuk itu, pada pendapat aku, cubaan menghina mana2 Raja Melayu adalah sejenis kikisan yang sengaja dibuat agar Malaysia "berjaya" menjadi negara REPUBLIK yang tiada lagi kuasa tertinggi seperti Yang Dipertuan Agung.

Harap, pihak terbabit ambil tindakan TEGAS untuk SERTU najis mughallazah yang dah mencemari DULI YANG MAHA MULIA RAJA MELAYU.

3 comments:

  1. aku pelik dowh orang2 yang jenis dah tak peduli dah ngan kuasa2 dan kedaulatan sultan.. yang kes kelmarin mmg aku betul2 tak sangka dgn kutukan seperti itu seperti org malaysia sekarang dah takde budi bahasa lagi.. lebih menyedihkan yang buat tue org melayu..

    ReplyDelete
  2. nak wat cmna... masing2 sonok minum arak skang... tue jadi cmtue..aahaha

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...