1.06.2010

Pencabulan kemuliaan & keesaan sedia ada.

Kes keputusan mahkamah pada 31 Disember 2009 yang lalu, di mana Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly dengan alasan gereja itu berhak berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Tahniah buat umat Islam kerna "kejayaan" ini. Namun, hanya sebahagian kecil saja yang bertindak untuk menunjukkan protes ke atas keputusan ni. Dari jutaan pengguna Facebook di Malaysia nie (yang majoritinya Islam), hanya 75000 saja yang menunjukkan tanda protes dalam group" protes yang diwujudkan.


Itu dari bahagian Facebook. Tapi, masyarakat Islam sedia ada, terutama yang berada di bandar besar seperti KL ni, isu nie seolah-olah tiada apa yang berlaku. Seakan pasrah dengan keputusan yang ada. Nampak sangat bila tiang agama xteguh, maka kemuliaan dan keesaan yang ada pada Allah juga seolah tidak lagi dihiraukan. Itu realiti.

Apa kesan bila keputusan ini tetap berjaya & rayuan ditolak???

- Kalimah Allah boleh digunakan sewenang2nya.
- Kalimah Alah juga akan mudah diperkotak-katikkan dengan diletakkan pada tempat2 yang hina. (Cthnya bila risalah yang diluluskan penggunaan kalimah Allah tue, digunakan sebagai pembungkus nasi lemak atau dibuang selepas dibaca.)Bukankah ini sejenis penghinaan terhadap kesucian agama Islam??
- Juga dibuktikan bahawa penghinaan ke atas kalimah ini juga boleh dikatakan penghinaan ke atas perlembagaan Malaysia. (Di mana letaknya keluhuran perlembagaan????)


**Isu ni telah menyebabkan aku rasa mcm TAHI ke atas sistem kehakiman yang ada di Malaysia.

2 comments:

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...