1.31.2009

Aku benci Emosi Wanita!!!

"Wanita hiasan dunia, seindah wanita adalah wanita solehah"

"Aku wanita..Aku kaum Hawa... Yang memang rapuh hatinya.."

Macam tue la lagu yang agak selalu aku dengar berkaitan wanita. Ada wanita yang cantik, kurang cantik, yang kurus, yang mantap, yang gemuk dan juga yang sedikit berisi. Macam-macam ada. Bergantung pada jenis pandangan yang seorang lelaki lontarkan pada wanita tersebut. Ada saja pendapat yang akan diutarakan.

Aku selalu berjumpa dengan pelbagai jenis wanita. Biasanya aku x pentingkan sangat dengan penampilan fizikal seseorang tue. Tapi biasa aku akan mudah untuk mendekati seseorang tue dengan mendengar cara percakapan, tahap kesopanan & yang paling aku tengok, macam mana seorang wanita tue menguruskan emosi dalam diri dia.

Ada sorang wanita ni aku sangat tak suka dengan dia akibat daripada emosi yang btul2 dia xdapat kawal. Sentiasa beremosi biarpun dengan perkara yang kecil. Sangat pelik. Tapi, bila aku cakap dengan rakan wanita dia yang lain, "biasa la..pompuan...bukan senang nak jangka..." asyik jawapan ni saja yang aku terima.

Dah la tue, satu, mungkin muka dia agak boleh tahan la cantik. Mungkin jugak dengan kecantikan yang dia ada agaknya dia ni perasan la kot dengan nikmat kecantikan yang dia ada. Sehinggakan mungkin dia beranggapan kekuatan kecantikan yang dia ada tue boleh menyebabkan ramai lelaki yang akan "lekat" dengan dia biarpun dia sentiasa beremosi. Mungkin itulah falsafah pemikiran yang digunapakai dalam hidup wanita nie..

Tetapi, kalo sekali-skala beremosi tue aku xkisah.. Pasal aku paham bahawa wanita akan ada satu tempoh dalam sebulan yang menyebabkan hormon wanita dia xstabil yang menyebabkan gangguan pada emosi dia. Itu boleh diterima pasal tue memang dah menjadi keperluan wanita.

Apa yang penting, nak beremosi jangan la diamalkan selalu sebab sangat menyebabkan lelaki benci kepada wanita.

"Sayangi diri, hiasi peribadi.."Ini pesan mak aku yang aku nak kongsikan untuk pembaca semua.

1.30.2009

Lupa diri...

Lupa...

Kalo ikut Kamus Dewan edisi ke 4, salah satu maksud kepada perkataan lupa ialah tidak terlintas di fikiran.... Selain tu, lupa jugak membawa maksud tidak sedar...

Masalah lupa ni biasa akan bagi kita macam-macam masalah...

Ada banyak kisah berkaitan lupa nie...Nie kisah lupa diri.

Kejadian lupa diri biasa berlaku di kalangan pelajat IPT. Kadang2 isu lupa diri ni berlaku bila seseorang tue mula masuk skola berasrama...Tapi, aku xmau bincang hal lupa diri di skola berasrama pasal jarang berlaku kes ni. Tapi tetap ada la..

Tapi, kenapa lupa diri ni selalu terjadi?? Pengaruh rakan sebaya?? Terlalu tidak kuat pegangan prinsip dalam diri?? Kurang kasih sayang keluarga??

Persoalan ni biasa timbul dalam kotak pemikiran aku bila berlaku kes lupa diri samada pada kawan2 sekeliling aku mahupun terjadi pada diri aku sendiri.

Bila seseorang tue dah lupa diri, kita sebagai member (tak kisah member baik atau biasa2 saja0, pasti kita akan dapat merasai aura perubahan dalam diri seseorang tue... Tapi, kita jugak bleh rasa sejauh mana tahap lupa diri seseorang...

Tapi apa yang penting, tahap lupa diri ni biarlah tidak sampai tahap memudaratkan diri mahupun orang sekeliling. Kadang2, bila kita dah lupa diri ni, duit akan cepat habis... Itulah biasanya simptom yang paling UTAMA yang akan dapat kita kesan bila kita lupa diri..

Kesimpulannya, sentiasalah berwaspada dengan diri kita kerana kita mudah tersasar dari apa yang kita fikirkan...

1.29.2009

3 benda best di Malaysia..

1. Di Malaysia, kita mudah jumpa makanan HALAL, tengok saja yang ada Cop Halal, dah boleh yakin makan (bagi yang Muslim).. Tapi, kalo di Australia,kedai yang ada sijil Halal pon, kadang-kadang halal hanya untuk makanan tertentu sahaja.

2. Di Malaysia, tandasnya ada air..Biarpun kena bayar 20 Sen, 30 sen, 50 sen, mahupun RM2 untuk masuk, yang penting, tandas di Malaysia ada air di setiap bilik tandasnya.. Australia, biarpun tandasnya PERCUMA. Hanya tisu disediakan untuk penggunanya..Susah la sket kalo nak buang bahagian yang besar sket..Kan?

3. Orang Malaysia lebih teliti dalam buang sampah... Kita disediakan 3+1 jenis tong sampah. 3 samada untuk kaca, botol atau kertas dan 1 lagi untuk barangan elektronik... Tapi, di Australia hanya 2 saja. 1 untuk sisa yang xboleh dikitar semula & satu untuk boleh dikitar semula..

1.21.2009

Pengalaman yang bercampur..

Alhamdulillah...Skang nie dah ada balik kat Malaysia. Di KLIA....Dapat jugak menghirup udara Malaysia balik..Seksa di negara orang memang memberikan 1001 pengalaman yang berharga untuk memberikan kita peringatan bahawa apa yang kita ada sudah cukup.

Sesampainya tadi jam 4.55pagi waktu Malaysia dari Brisbane, Australia sangat membahagiakan. Saat pesawat mendarat saja, dirasakan sangat membahagiakan. Insyaallah dalam entry selepas ni, saya akan melaporkan apa yang terjadi secara keseluruhan dan spesifik sesuai dengan objektif utama untuk mencari pengalaman sebanyak mungkin dan dikongsi bersama dengan rakan2 & sahabat yang ada di sekeliling saya.

First impression yang membahagiakan di Malaysia ialah, kemudahan free Wifi ada di airport Malaysia...Kalah Airport Brisbane ataupun Melbourne...

1.11.2009

Tanpa..


Tanpa lelaki, tiada wanita..
Tanpa Bumi, tiada langit..
Tanpa laut, tiada pantai..
Tanpa hati, tiada perasaan..

Andainya jiwa ini kosong,
bermakna kita kurang mengingati Dia..
Andai hati terasa rindu,
sebutlah nama Dia banyak-banyak..
Andai fikiran tidak kreatif,
penuhi ilmu dengan membaca..

Namun,
Kesedaran perlu ada..
Tanpa adanya Dia..
Tanpa kebenaran Dia..
Tanpa keberkatan Dia...

Maka,
Tidak wujudlah kita..
Tidak gembiralah kita..
Tidak kreatiflah kita..
Tidak pandailah kita..
Tidak berkatlah hidup kita..

Untuk itu,
Bersyukurlah..

1.05.2009

Demonstrasi jalanan vs Palestin...


Sejak serangan YAHUDI sial ke atas tanah suci Palestin baru-baru ni, kita dapat melihat begitu banyak demonstrasi yang mengutuk serangan yang dilakukan ni..Seluruh dunia mengecam dan mengutuk melalui kaedah demonstrasi yang dikatakan paling baik dan paling efektif dalam "mengurangkan" serangan ke atas penduduk Palestin.

Begitu juga dengan hobi mahasiswa zaman dulu yang suka buat demonstrasi. Mungkin kalo mahasiswa zaman abad ke 21 ni nak buat demonstrasi biasanya melibatkan emosi & kebencian yang melampau ke atas sesuatu isu. Kalaupun bukan mahasiswa yang buat demonstrasi, rakyat yang "memahami" isu politik akan buat demonstrasi untuk memastikan suara mereka lebih didengari oleh pihak yang ada kuasa.

Jadi, dari situasi ni, dapat aku katakan bahawa demonstrasi merupakan salah satu kaedah yang digunapakai bagi memastikan suara (samada menyokong atau mengekspresikan kebencian terhadap sesuatu) dapat didengari oleh pihak berkuasa agar tindakan segera dapat dilaksanakan.Itu maksud demonstrasi yang dapat aku definisikan.

Namun, apa yang didapati serangan ke atas Palesin tetap berlaku dan demonstrasi tetap dijalankan setiap hari di seluruh dunia..

Bukankah kalau sekiranya masyarakat Islam seluruh dunia bersatu untuk menyerang Israel dah cukup????Timbul pulak soalan seterusnya...Bukankah kebanyakan negara Islam tiada kekuatan tentera yang cukup?? Bila umat Islam nak berjuang di jalan Allah???Cukupkah dengan hanya demonstrasi yang sia-sia????

Tepuk dada tanya Iman....

1.04.2009

Bangga Anak Melayu

Bangsa Melayu selalu dikaitkan sebagai satu bangsa yang pandai berbudi bahasa, bersopan santun dalam bertutur,pemalu, peramah dan juga pandai menjaga hati orang tua. Itu persepsi terhadap kebudayaan Melayu.

Kini, cuba kita telitikan kehidupan anak muda Melayu. Adakah masih kita semua bersopan santun dan pandai menjaga hati orang yang lebih tua dari kita??? Adakah benar orang Melayu kini pemalu??? Adakah benar orang Melayu kita bersopan santun dalam pelbagai hal??

Ini pengalaman sebenar yang sempat aku lalui. Biasanya bila orang Melayu dah berada pada satu taraf hidup yang tinggi sedikit berbanding orang Melayu yang lain, biasanya golongan ni dah mula lupa diri. Hilang segala aspek kebudayaan yang ada pada darah Melayu yang dibanggkan. Sepatutnya, bila pelajaran dan tinggi, rezki dah lebih sket, kena la lebih berbudi bahasa, lebih pandai bergaul....Bukan sombong dan berlagak pandai..Bangga btul sebagai orang Melayu kaya...Tapi kesian...Miskin dengan budi bahasa...

Ada juga spesis Melayu yang kaya budi bahasa...Bangga btul dia bila dia dikatakan sebagai anak Melayu yang kaya dengan budi bahasa. Tapi, masalahnya...Dah kaya budi bahasa usaha untuk nak tambahkan rezeki pula tak mau.Camna la??Nie pon susah jugak. Hanya bangga sebagai anak Melayu yang kaya budi bahasa... Dari sini timbul pulak persoalan...Budi bahasa boleh ka beli apa kehendak kita???

Jadi, kalo kita asyik saja bangga dengan kejayaan sejarah tok nenek kita dulu.. Zaman Melaka yang kononnnya bahasa Melayu jadi lingua franca la...Hang Tuah & Hang Jebat la.... Raja berkuasa mutlak ke atas rakyat la...Bek xpayah kalo skang nie orang Melayu asyik dok kena tindas & asyik diperbodohkan ja...Jangan la dok bangga nak kata diri tu Melayu kalo asyik dok bangga ja.

Yang penting skang ni, kena lebih berusaha untuk mencari jalan dalam menyelesaikan masalah Melayu ni...Jangan asyik memandang ke belakang dan sentiasa berbangga dengan dunia di bahagian belakang saja. Sebabnya hidup kita nie semakin hari semakin ke depan. Bukan ke belakang... Kalo dah kaya, jangan lupa bahawa nenek moyang kita pernah miskin & susah. Kalo yang dah kaya budi bahasa, jangan pulak lupa untuk sentiasa berusaha untuk menaikkan martabat orang Melayu. Kalo yang dah dok kat atas, jangan lupa, turun la ke bawah sket agar kita lebih dikagumi & dihormati...Jangan terlalu menyombong kerana sikap sombong boleh memakan diri.

Berbanggalah sebagai anak Melayu yang x lupa diri...
Sekian..

1.01.2009

2009M vs 1430H...

2009M datang...
Perginya 2008..
Simpan diari 2008M, buka diari baru, 2009M..

Andainya sejarah lama mungkin berulang,
Biarlah sejarah manis & membahagiakan yang terulang,
Janganlah kisah sepi & sedih datang...
Kerna yang bahagia itu manis...
Yang sedih itu pahit...
Kepentingannya tetap sama...
Menambah kematangan dalam menempuh hidup...

1430H datang...
Lebih awal 3 hari dari 2009M...
mana lebih meriah??
tepuk dada, tanya diri....
1430H perlukan perubahan...
1430H perlukan pembaikan..
Yang dulu tertinggal solat..
Kena la berubah menjadi lebih terjaga solat..

Israel semakin menggedik...
Israel semakin menyusahkan...
Sengaja menyakitkan hati umat Islam...
tahun 2008 berakhir dengan permulaan..
Bermulanya serangan yang kejam ke atas rakyat Palestin..
Kononnya menyelesaikan isu dengan Hamas..
Kini siapa pengganas???
Masihkah umat Islam perlu dituduh sebagai PENGGANAS??

Jadi....
Kehadiran 2009M & 1430H perlukan permulaan...
Mulakan dengan Bismillah...
Mulakan dengan taubat...
Mulakan dengan pemantapan solat...
Mulakan dengan perubahan...
Agar hidup lebih bahagia..
Agar hidup lebih dekat..
Dekat dengan alam...
Dekat dengan manusia...
Dekat dengan makhluk lain...
Dan..
Yang paling penting...
Dekat dengan Allah...
Tuhan maha kuasa....



*Selamat Tahun Baru Hijrah & Selamat tahun baru 2009 Masehi...Semoga kehidupan kita lebih bermakna dan lebih banyak kebaikan yang akan kita lakukan sempena kehadiran tahun baru nie..Insyaallah....

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...