4.27.2009

Pendekkan..

Sabtu, 25 April.. Aku terpaksa memendekkan lagi sket rambut aku untuk memastikan xkena komen time VIVA yang dijadualkan bermula pagi nie....So, nie la keadaan lepas kena potong...
Jadi, aku rasakan nie keadaan terpendek yang aku sanggup wat sebab aku mau yang lebih panjang....

Untuk masa skang xdak mood lagi untuk update & share pendapat berkaitan isu semasa mahupun perkara yang aku nampak....Mungkin pasal exam x abes lagi...Harap semua orang sentiasa berbahagia & sejahtera....

4.24.2009

Transformasi yang aku lihat...


Salam semua..

Sory atas kelewatan entry untuk kali nie... Bulan nie amat bz dengan pelbagai perkara yang perlu disettlekan sebelu tamatnya pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di UMS nie...

Selama dekat2 3 tahun kat Sabah nie, aku dapat tengok banyak transformasi terhadap persekitaran aku.. Tapi, hari ni aku just nak sharekan apa yang aku lihat, tengok dan pandang atas apa yang berlaku pada orang sekeliling aku bila aku buat perbandingan dari zaman tahun 1 dulu sampai la zaman yang dia dah nak abeskan pengajian skang..

  • Ada yang dulu masa awal2 masuk rajin ja gi masjid, solat jemaah.. Tapi skang dah kurang... Bzz ngan final project....
  • Ada yang dulu berjanji macam2 ngan parents, konon nak abeskan degree, mo dapatkan keja yang bagus. Dah tue nak support parents untuk apa saja... Namun, skang nie, mak bapak dah tak reti hormat... Time nak mintak duit pon xreti nak beradab dah...
  • Dulu masa awal2 masuk, kuliah rajin ja p.. Xpernah miss pon.. Bila dah final year nie, ada saja la yang sengaja tak p klas.. Sakit la, demam la, malas pon ada....
  • Dulu, masa awal2 masuk, rokok langsung xreti nak sentuh.. Tapi, menjelang habis degree, dah jadi perokok tegar...Adoi la...Bila nak jimat nie??
  • Dulu, masa awal2 masuk, xdak awek lagi.. Bila dah nak abes nie, awek lagi dia sayang dari mak bapak... Kalo boleh nak hidup serumah xmo kuar lagi dah....Walhal belum HALAL pon lagi..hurm...
  • Dulu masa awal2 masuk, RM300 tue boleh la guna untuk hidup at least sebulan... Tapi skang nie, RM500 pon xrasa apa2 lagi... Boros ja berbelanja.. Mana xnya??? Tetiap ari McD...
  • Ada yang dulu, cakap dia sopan, tersusun ja.. Skang nie cakap mcam nak cari gaduh ja.. Konon dah hebat sangat la....
  • Ada jugak yang dulu2 masa awal2 masuk nakal, banyak cakap... Tapi dah melalui kehidupan kampus, jadi lebih bersopan & tertib sket....(Bagus la nie..)

Kesimpulan yang aku dapat katakan, transformasi bebudak yang masuk U nie sangat menakutkan..Untuk tue, aku cadangkan kepada sesapa bebudak F5 ka, matrik ka yang dah nak masuk U nie... Kena persiapkan diri dengan kelengkapan ilmu sebaiknya.. Kerana semua perkara yang berlaku kat sini di luar jangkaan kita.(walaupun ada pihak U menjanjikan keselamatan terjaga)...Nie saja yang dapat aku katakan..Berdasarkan pemerhatian dan pemikiran..

Jay Jay - Permaisuriku

Jay Jay - Permaisuriku Download Sini

4.20.2009

Tomboi membahagiakan???


Aku xpaham napa sejak kebelakangan nie ceta2 kat TV asyik saja ceta kisah tomboi yang akhirnya menjadi lebih feminin dan nampak lebih sedap dipandang & ayu... Aku blur.. Kenapa sejak kebelakangan ni aku baru sedar bahawa kebanyakan "taste" yang menjadi pilihan aku datang dengan sejarah tomboi dalam hidup depa.

Kalo nak ikutkan ceta TV, akhirnya tomboi yang ala2 ganas dan seronok untuk diganggu @ disakat ni jadi lebih feminin dari biasa dan mukanya menjadi sangat jambu & cantik. Transformasi yang menarik. Namun kenapa perlu ada rasa camni???

Xpaham...

Tolong pahamkan aku.... 

Terutamanya PIE!!! Aku perlukan komen hang!

4.19.2009

MEN..... vs MELELEH..


MENakutkan bila fikir hal thesis yang xsiap2 lagi nie..

MENgerikan bila jmpa supervisor.. Kena tembak xberenti ja....Jangan kena tembak time viva nanti udah la...

MENyusahkan bila hidup ni asyik rasa nak tido ja...

nak MENanah telinga dengar suara-suara merdu yang kutuk aku wat masa skang nie.. Tapi layankan ja..

MENgharukan bila ada yang sudi memahami aku...

nasib x MELELEH air mata bila tensen tahap nak meletop kepala...

nak MELELEH jugak bila lama btul x update blog.. Sory buat smua...

tapi, keadaan skarang amat MENakutkan, MENyusahkan dan MENgharukan....


Mata jadi sakit secara tetiba... Macam membengkak ja kot dalam mata nie..So, maleh nak jmpa sesapa melainkan "adik-beradik" yang ada kat sini.. So, jangan amek hati atas apa yang berlaku...Segalanya atas kehendak dariNYA...

4.14.2009

Kayanya Bumi Sabah

Ahad lalu aku berkesempatan untuk bersama dengan "family" aku yang terdiri daripada Afizul, Syuhada, Azri, Hafiz, Bella, Andy, Masturah & Sulfaisha. Kami sama2 balik umah mak angkat Syuhada kat Mesilau.. Ala salah satu tempat untuk daki gunung Kinabalu.

Tempat tu aku pernah p dah sebelum ni (masa nek gunung bulan lepas). Tapi xpulak berpeluang untuk berada di kawasan kampung yang penduduknya majoriti berbangsa Dusun.

Tempat yang memberikan aku inspirasi untuk menulis kali ni ialah tempat penternakan lembu oleh Desa punya syarikat. Wah.. apa yang bestnya kat sini, kandang lembu dia style macam kat New Zealand...Dari sini aku boleh rasakan betapa kayanya bumi Sabah ni dengan kepelbagaian biologi & cuaca..

Seolah-olah bila kita berjaya melawat seluruh Sabah nie.. Sama ja macam dah melawat seluruh dunia.. Hanya tinggal nak p negara yang ada salji ja lepas nie.. yang len smua dah rasa kat Sabah nie..Wahahaha...

Layankan gambar2..













4.11.2009

Debat Sembang Kopi Final! -- Penuh kontroversi..


Aku sempat la g jenguk debat sembang kopi piala MPP.. Satu konsep debat baru yang diperkenalkan dengan dimulakan di peringkat UMS.

Tahniah buat Diera, Razzaq & Lola kerana masuk final. Tahniah jugak buat team K.Laila, Jass, Abg Fairuz & Faridzul yang jugak masuk final..

Tahniah jugak buat Ketua Pengarah.. Cton...Bangga aku dapat jugak dia wat program yang aku anggapkan bersejarah nie.. Walaupun xberapa ramai yang hadir dalam pertandinga akhir kali ni, tapi, kejayaan untuk meletakkan asas program ni wajar untuk dipuji.

Sori aku xdapat tgk sampai keputusan.Aku pon menumpang orang ja untuk p sana. Jadi kena la ikut timing orang yg aku tumpang.ehe...

Anyway, sedikit kontroversi yang berlaku selepas pertandingan berlangsung ialah ucapan dari VIP masa malam tue yang menimbulkan kontroversi. Pada pendapat aku, ucapan yang memberikan komen mengenai pakaian yang dikenakan oleh Pengerusi pada pertandingan itu adalah satu yang tidak munasabah. Kerana, watak yang dipegang oleh Pengerusi semasa pertandingan akhir berlangsung adalah sebagai watak Pak Aji. So, dia kena la berpakaian seperti Pak Aji tauke warung kopi.

Memang tak patut langsung apabila keadaan ini dikaitkan pulak dengan kononnya pengerusi masa tu merupakan penyokong pembangkang.Hurm... Xsalah aku, berserban tue satu sunnah Nabi Muhammad SAW... Kenapa mesti dihalang pengamalan sunnah nabi malah dikaitkan pulak dengan penyokong anti kerajaan.

Maleh nak cakap banyak lagi... Just nak biarkan kita semua fikirkan sendiri kesan & akibatnya...

*terlajak perahu boleh diundur..Terlajak kata habisla....wahaha

4.10.2009

Lagho...

Nie video yang aku edit untuk tujuan suka2 dan ditujukan khas buat semua delegasi MPP yang sama2 ke Australia bulan Januari lepas....

4.09.2009

Kabinet Baru Malaysia


PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan


4.08.2009

Sinusitis..


Adoi... Dah lama aku xupdate blog nie... Sakit jiwa plak rsanya.. Memalam cmnie xleh nk tido plak bila terfikir blog yg lama xupdate. Walhal asignment ngan write up utk thesis pon xabes lagi..huhu...Jadi, aku amek keputusan untuk update blog jap sementara mencari bahan tambahan untuk perbincangan thesis aku..

Kelmarin (Isnin) aku g Poliklinik Permai kat Kingfisher ngan Yaya untuk tujuan review balik kes sinusitis yang doktor klinik ni mintak aku sentiasa review setiap bulan. Bulan Mac ritu merupakan bulan yang teramat bz utk aku sampai xsempat nk g klinik. Jadi, aku pon p la review hari isnin bebaru nie. Tros kena marah ngan doktor tue sebab x review ikut masa yang ditetapkan. Kata dia sinusitis aku ni dah kronik.

Mana xkroniknya.. Sejak ahad ari tue, lepas dinner HEP, aku balik bilik ja mata aku dah mula gatal2... Xkira lagi gatal yang teramat kat dalam hidung ni..Adoi la..Aku g jmpa doktor, dia bagi aku ubat demam selesema ngan ubat SPRAY dalam hidung.. Ubat paling seksa utk aku guna...

Tros semangat aku untuk wat semua benda jadi macam enjin yang dah meletup akibat full throttle.Tengah berusaha menyelamatkan keadaan la skang nie...Diharapkan semua keja aku dapat diapkan dalam masa yang ditetapkan dan menghabiskan sem ni dengan cemerlang. Kepada member2 yang telah SUSAH akibat aku xreply msg or xangkat call.. Harap jangan marah aku.. Btul2 xdapat nk bangun pasal nak menahan keGATALan yang teramat...

Sekian buat masa nie... aku akan sentiasa berusaha untuk update blog di samping siapkan keja aku.. Doakan semoga aku sentiasa sihat & bertenaga untuk semua nie... Insyaallah..

4.03.2009

Jihad...


Jihad dimaksudkan sebagai berjuang atas nama Allah untuk menegakkan agama Islam. Itu makna jihad yang dapat faham & hayati.

Kalo zaman Rasulullah dulu, jihad nie kena kuar untuk melawa musuh Islam yang sentiasa memberikan tekanan dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial sehingga menyebabkan kesusahan pada umat Islam pada masa tue..

Jadi, untuk masa kini, jihad yang wajar diamalkan ialah jihad melawan diri & nafsu untuk memastikan kita tidak melakukan dosa & untuk terus berjuang atas nama Islam...

Untuk situasi sekarang, aku rasa amat malas & susah untuk siapkan segala keja yang telah ditanggungjawabkan... Semangat jihad aku perlu gunakan untuk memastikan lawan iaitu nafsu malas tue dapat dilawan dengan baik...

Jadi, kpd kawan2 yang nampak aku mcm plik sket..Harap semua faham.. situasi sekarang amat menyusahkan & memeningkan kepala...

4.01.2009

Peluang pertama & terakhir..


Dah masuk bulan April...

Kalau orang yang selalu suka tengok matahari terbenam, ingatlah bahawa nikmat siang & malam yang telah diberikan pada kita tue hanya sekali seumur hidup untuk kita nikmati. Contohnya, kalau hari ini 1 april 2009... Inilah kali pertama dan kali terakhir untuk kita jmpa 1 April 2009 dalam hidup kita...

Oleh itu, aku nak pesan kat diri aku untuk lebih mensyukuri nikmat yang setiap hari Allah berikan kat aku... Sebabnya kalo aku nak senaraikan nikmat yang aku dapat ni xabes...Nikmat dapat tidur, dapat makan, dapat bernafas, dapat keluarga, dapat kawan2 dan macam2 lagi yang aku dapat percuma..

Dengan nikmat bulan April yang Allah bagi aku peluang untuk menemuinya.. Aku harapkan peluang yang pertama dan terakhir ni aku dapat gunakan dengan baik untuk memastikan segala kerja yang perlu dibereskan dapat disiapkan dengan segera & berkualiti...

Insyaallah...

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...