3.26.2010

Rindu & Sayang...

Manusia itu unik..Maka dengan setiap keunikan manusia itu kita perlu sentiasa memafkan apa yang kita rasakan salah bagi tindakan atau sikap manusia tersebut. Kerana kepercayaan kepada keunikan manusia ni membolehkan kita lebih memahami erti kehidupan.

Apa itu rindu?
Rindu itu sejenis perasaan atau ingatan kita terhadap individu mahupun objek yang pernah berada bersama kita mahupun melekat dalam memori hidup kita.

Apa itu sayang?
Sayang pulak boleh dikatakan sebagai sejenis panggilan pada seseorang yang menadapat tempat di hati seseorang.

Sayang jugak boleh aku takrifkan seagai pertaruhan perasaan hiba dan belas dari seseorang.



2 perkara yang aku sentiasa dengar, nampak dan sentiasa berusaha untuk merasainya dan cuba untuk diaplikasikan dalam hidup, tapi masih tak boleh. Tak boleh di sini sebabnya aku sendiri tak dapat nampak dan rasa sepenuhnya walaupun dalam kalangan ahli keluarga aku sendiri.

Kalo setakat sayang pasal sanggup lakukan apa saja demi seseorang. Itu dinamakan tanggungjawab!

Sebabnya, dalam berkeluarga, mahupun berkawan. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan apa sahaja pada orang yang ada kaitan dalam hidup kita ni. Kalo ia dikatakan sebab sayang. Agak mustahil sebabnya kalaupun tiada sesiapa yang akan bantu orang tue, pada masa kesusahan, tetap jadi tanggungjawab kita untuk tolong dia.. Kan??

So, apa maksud 2 perkataan ni???? Fikir, tengok dan rasakan...

3.25.2010

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)



Berikut ialah pakej yang ditawarkan oleh TM dalam pakej Unify yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam melalui Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI - National Broadband Initiative).


Ini adalah pakej harga yang ditawarkan. Sumber dari www.unify.my

Kenapa perlu pilih HSBB?


Kerana pada aku kelajuan yang sangat tinggi pada servis yang harganya amatlah murah.Nak banding dengan ISP len, yang kelajuan dia hanya sederhana dan kurang stabil biarpun mobile sifatnya.

Sedikit info tentang HSBB (High Speed Broadband)

HSBB nie boleh tampung untuk TRIPLE PLAY.
Bermakna, bila HSBB disambung ke rumah kita, ia boleh menampung kebolehan untuk
1. Melayari internet pada kelajuan tinggi.
2. IPTV (Internet Protocol Television) Nengok TV via internet.
3. VOBB (Voice Over Broadband) Tepon guna broadband yang mcm YM, Skype dll tue.

So, stakat nie ada 4 kawasan PERTAMA telah mendapat akses nih, iaitu Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail, Bangsar dan Shah Alam.Untuk proses pendaftaran boleh didaftarkan di TMPoint atau untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi di talian 100.

3.24.2010

Kepercayaan Kepada Allah.

Cadangan untuk menjadikan Rukunegara PERTAMA dari Kepercayaan Kepada Tuhan ditukarkan kepada Kepercayaan Kepada Allah adalah satu perkara yang aku boleh katakan wajar untuk disokong.


Bila kuasa diberikan pada Ahli Parlimen untuk membincangkan dan membuat perbahasan ke atas perlembagaan mahupun untuk meminda perlembagaan, ia tidak bermakna Ahli Parlimen boleh membuatnya sesuka hati. 


Namun, kiranya ia bertujuan untuk memantapkan akidah umat di Malaysia. Untuk memantapkan perpaduan rakyat SATU Malaysia, maka aku katakan kuasa ini SEHARUSNYA digunakan sebaik mungkin demi kestabilan antara rakyat di samping merapatkan jurang sosial.

3.21.2010

Bukanlah terbaik di mata orang.


Inilah realiti hidup, kita sentiasa berusaha untuk memastikan yang terbaik dalam hidup kita. Apa saja perkara yang kita lakukan pastilah saja bersifat yang terbaik demi memastikan orang sekeliling kita selesa dan juga bahagia bersama dengan kita.

Namun, itu usaha dari pihak kita. Mulut manusia tetap akan berkata-kata. Samada sedap didengar mahupun yang tidak sedap, namun telinga tetap boleh mendengar dan mulut akan tetap saja berbicara.

Apa yang pasti, dalam hidup nie kita perlu untuk berusaha secara ekstra demi meningkatkan prestasi diri yang hanya biasa-biasa saja. Biar kita sudah berhempas pulas, namun kalo buruk di mata orang, maka buruklah ia. Bagi menyedapkan hati, dengan pasrahnya kita perlu sedar akan kesilapan dan sentiasa perlu berazam untuk melakukan lebih baik di masa depan.

Langkah untuk berjuang jangan terhenti kerana kejayaan itu pasti datang.


**Tahniah buat Adira AF8 kerana menjadi antara pelajar AF8 yang berjaya mendapat pujian dari pihak pengkritik semalam. Mungkin kerana yang lain mendapat teguran membina dari pengkritik, maka Adira perlu lebih berusaha untuk maintain yang terbaik untuk minggu depan.

Maka sokongan aku dah jadi 4. Adira, Ain, Anum & Iwan.

Maka berdasarkan konsert 1 AF8 semalam, dari 4 peserta favourite aku nih.

No 1:Adira

No 2:Anum

No 3:Ain

No 4:Iwan

AFUNDI ADIRA dan hantar kr 32999



Kredit gambar untuk Murai.com.my

3.20.2010

Antara Rasis dengan Kuasa Politik.


Banyak saja orang katakan UMNO itu satu Parti yang rasis. Terutama UMNO Baru. Kiranya dari pandangan sebahagian besar pihak ialah PKR yang mementingkan KEADILAN rakyat Malaysia merupakan parti bersifat Nasional (pada hakikatnya lain). Pendapat yang sama juga dilontarkan oleh Parti DAP yang majoriti ahlinya dari orang Cina dan India.

Apa itu rasis sebenarnya??

Rasis merupakan sesuatu individu atau kumpulan manusia yang percaya bahawa bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau yang mendukung kepada bangsa lain di dunia. Sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan bangsanya mendapat tempat sebagai bangsa yang unggul.

Dari tindakan yang dibuat UMNO, bukanlah UMNO mahu untuk menyingkirkan bangsa lain. Malah UMNOlah merupakan parti politik yang paling banyak bertolak ansur dengan parti terutama dari bangsa lain untuk membolehkan bangsa lain hidup aman dan harmoni di Malaysia.

Dengan adanya UMNO, maka taraf kewarganegaraan dapat dinikmati oleh orang Cina mahupun India. Lebih menarik lagi hasil tolak ansur orang UMNO dari keturunan Melayu inilah yang membolehkan orang Cina dan India di Malaysia boleh membolot sehingga 70% penguasaan ekonomi di Malaysia. Ada ka negara lain yang boleh bagi kebahagiaan sampai tahap camni?

Adakah UMNO rasis???

Apa yang ada dengan tindakan yang dibuat oleh orang UMNO kini, adalah untuk memastikan politik negara stabil. Kuasa politik dikekalkan. Yang Di Pertuan Agong sentiasa mendapat tempat tertinggi di dalam kuasa politik negara kita.

Kalo ada parti yang cuba mempersoalkan kedudukan perlembagaan negara terutama perkara paling sensitif yakni berkaitan Islam, mahupun YDPA. Mereka ini sepatutnya dihukum sebagai RASIS.

Maleh nak cakap pasal PAS sebabnya parti ini sendiri patut paham, dalam perjuangan menegakkan Islam, ia bergerak secara berjemaah. Sekalipun ia dalam satu jemaah, dan ditambah pula jemaah itu satu jemaah yang besar, maka ia takkan terlepas dari membuat DOSA. Betulkan pemikiran anda tentang syurga & neraka untuk orang UMNO. Kerana semua umat Islam HAMBA kepada Allah.

3.19.2010

Perlukah hina kerjaya orang?






















Ni isu yang aku baru kesan sejak pijak Penang nih. Dan dari sini baru aku sedar kenapa ramai ja bebudak yang graduate skang nih susah btul nak dapat keja. Salah satu faktor yang jadi penyebab ialah hasil pemikiran ibubapa yang jadi PUNCA untuk graduan ni pilih keja.

Apa yang lebih "menarik", bila mana graduan yang terbuka pemikirannya hanya grab ja keja yang ada dari memegang jawatan sebagai GRADUAN MENGANGGUR. Kan?? Duit boleh, pengalaman pon boleh dapat.. Kan? Dari dok umah ja menunggu keja yang MANTAP suatu hari nanti (yang kita tak tau bila) lagi la teruk.. Kan?

So, kalo anda ada mak abah anda atau makcik2 or pakcik anda semua yang suka pandang serong pada kerjaya orang lain, maka ia harus ditegur untuk mengelakkan wabak menghina orang ni terus merebak. Cukuplah dengan merebaknya wabak hasutan politik yang ada skang. Kata nak pejuang agama, tapi orientasi seks pon xbetul, ni nak berdakwah. Kan?

3.17.2010

Kemenangan Anugerah Blog Cantik untuk aku.


Aku terima anugerah nih dari
TREXCute ang sudi jadikan aku penerima anugerah blog tercantik nih... wakakaka.. mcam best plak rasanya.. Nie statement wajib ada dalam entry aku bilamana ak menerima anugerah nih. ehehe...

Here are the rules to accept the award :

1. Thank & link the person that gave you the award.

2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

4. State 7 things about yourself
.



Okeh, nie plak 7 perkara yang ada pada diri aku:
1. Aku seorang yang peramah. (maybe)
2. Menjadikan AF sebagai jalan untuk aku naikkan motivasi diri aku.
3. Sangat suka bercakap. Cuma letih kalo keja aku kena cakap dalam tepon ja tetiap ari.
4. Suka merantau guna perkhidmatan awam.
5. Laptop n Hardisk adalah nyawa aku.
6. Malas nak komitmen untuk apa2 perkara.
7. Boleh menyanyi dengan kaedah penyanyi karaoke biasa. Wakaka..


Jadi, berikut ialah 15 blog terpilih untuk memenangi anugerah nih.


Okeh, tahniah wat pemenang!! Yeeba!

Aku, AF dan kawan2..













Kali nie just nak gitau bagaimana AF ni dapat menjalinkan ukhwah yang ramai di kalangan umat Islam dan rakyat Malaysia. Salah satu benda menarik berkaitan AF nih, bila masa aku dapat jumpa ramai member yang supporting dan mudah untuk bersembang. Besanya, member2 yang aku knal dari aku tengok AF ka, atau dari mana2 aktiviti yang dijalankan berkaitan AF nih, besanya lama kesan berkawan dia berbanding program len yang aku join.

Tak tau kenapa. Apa yang unik dan menarik dalam berkawan di kalangan peminat AF nih, walaupun baru knal, tapi perasaa untuk saling membantu ataupun support tue tetap ada. Biar dalam keadaan bersaing, perjuangan tetap perlu diteruskan. Member tetap kena support. Itu prinsip yang selalu ada.

Aku sangat suka dengan situasi ni.. Berbanding dari berkawan dengan orang yang bajet alim ulama, tapi selalu saja nak mencari kesalahan kita dan sering saja bertindak untuk menjatuhkan reputasi dan harga diri aku, lebih baik aku berkawan dengan orang yang sudi support apa yang kita buat. Kepentingan terbesar di sini ialah KERJASAMA tanpa memikirkan status, berapa banyak pahala/dosa yang kita dah buat, ataupun tanpa memikirkan latar belakang. Selain kerjasama, ada rasa HORMAT dan MEMAHAMI.

Itulah kebahagian di kala AF menjelma saban tahun.

3.16.2010

Be Professional & Love your friend.


This entry is based on what I can see from people around me.

Most of young people especially who have completed their study which is still looking for job, are not really Professional. What I mean here is on how to take a good care of their Public Relation among each other.

Most of the graduates nowadays, are all just having fun with their friends. But then, if the friend that they have is not really have a good asset or not in a good status, normally will be forgotten or else will be removed into Recycle Bin. Why do I say all sort of people which is not really important being thrown into the dustbin??

This is because this type of graduates (which have a good result from Best reputation university all across the country) normally will "recycle" their friend when they become somebody. Which means that this Recycle Bin type of friend have been reuse in order for these type of "high class" student (during study period) to get placed for job or else to get for a better place.

This is not a professional action. I believe that most people will agree with me. When someone facing the bad time in their life have been treat as rubbish. But when we need them in our own bad time, we just come and treat the rubbish to be recycled back.

So, please be professional. Treat your "rubbish" professionally. If u didn't want to do so, just throw the "rubbish" away far from your life. Don't ever come and collect back that ugly fucking "rubbish" because these type of friend actually the worst thing in this world.

3.15.2010

Apa itu Melayu?

Selalu bila isu perkauman, isu berkaitan Melayu, maka orang2 yang berlagak "bijak" ni pon mengatakan bangsa Melayu ialah bangsa yang sekadar MEnjadi LAYU semata-mata.. KOnonnya dengan segala tindak anduk orang Melayu kini, maka itu yang terjadi pada definisi Melayu.


Namun, erti sebenar Melayu adalah seperti berikut;

Melayu umpama pucuk kayu, iaitu melayukan diri seperti yang dilakukan oleh pucuk kayu. Layu ini berlaku bukan kerana panas, atau terkena api, tetapi melayukan diri kerana ia merendahkan diri serta ia tidak mahu membesarkan diri. Segala tingkah laku orang Melayu terjaga. Lemah lembut tidak berlebih-lebihan, tidak pula terlalu kurang.

Dari sini, Melayu itu sederhana sifatnya. Yakni tidak mengada-ngada, sentiasa menjaga budi dan pandai menyimpan diri. Akan tetapi, biar berlemah-lembut serta besederhana, Melayu tetap tegas dalam pendiriannya..

Inilah maksud Melayu yang aku rujuk dari karya yang menggunakan bahasa Melayu klasik Ketupat Cinta [Musim Perama] karya Faisal Tehrani.

3.14.2010

Prelude - Tirai AF8













Ari nih dah start la . Akademi Fantasia.. Kali ni sudah masuk musim ke 8.. Sedar tak sedar dah 7 tahun aku ikut AF nih.. Memang layan abes.. Mungkin bermula AF2 ke AF3 aku just meminati AF atas tujuan suka-suka untuk menghiburkan hati... Tapi, bermula musim ke 4 sampai ke 7, AF sudah mula dijadikan sebagai pembakar semangat dan motivasi aku.

Maybe ramai yang pelik dengan perkara nih. Tapi itulah realitinya.. Sebab banyak perkara dalam AF ni aku boleh guna dalam membahagiakan hidup aku, boleh memberikan aku untuk menjadi lebih kreatif, mengajar aku untuk naikkan motivasi diri la..

Ini antara alasan aku kenapa aku MESTI tengok AF.. Biar apa orang kata, tapi itu pilihan aku.

Sket review untuk Tirai Akademi Fantasia 8.

Maybe tirai kali ni diberikan sedikit pembaharuan. Maybe ni jalan terbaik untuk penonton bagi 1st impression pada semua peserta AF8.

Dari segi persembahan pada aku, peserta lelaki mcam so-so saja la.. xbagus sangat, xla teruk sangat walaupun ada jugak yang dah mula wat2 sakit tekak. Kalo sakit btul, maybe tue ujian la kot.kan..

Tapi dalam banyak2 aku sangat impress dengan persembahan oleh Anum ngan Ain. Berani dan menarik. 1st time ja wat persembahan berani tunjuk sesuatu yang orang kata membuka mata la..ahaha..

Yang lain maybe amek jalan selamat la kot untuk mula gear 1, then baru nak pecut ka apa. Kena la tengok dulu.

Jadi, kena tengok Diari AF, jam 7.30 malam, setiap Isnin - Jumaat. Dan ulangan kul 11 malam.

Untuk setakat nie, favourite aku ialah Ain & Anum.

3.13.2010

Aku juga punya cita-cita..

Inilah lumrah dunia.. Setiap orang ada cita-cita, impian, visi dan jugak misi.. Ada yang cita-cita nak jadi doktor, nak jadi cikgu, nak jadi engineer dan ada jugak yang nak jadi Perdana Menteri.

Jadi, untuk capai cita-cita tue, kena la ada usaha yang berterusan sampai la cita-cita kita tue tercapai. Aku ada masalah dengan cita-cita aku. Hingga aku terpaksa mengubah segala cita-cita aku bila tiba masa untuk aku buat keputusan.


Bila nak jadi pilot, aku dikatakan tidak sesuai dengan karier nih, kerna aku sangat bersosial sifatnya. Begitu juga steward.

Namun, bila aku berusaha untuk cari keja, xdak pulak yang aku mintak ada bunyi2 pilot ka apa... Pening kpala aku...

Bila tengok balik resume, seolah-olah hidup aku ni huru-hara. Tiada arah tuju yang spesifik.. Men hentam saja apayang aku boleh join, aku join, apa yang layak aku apply... Semacam aku tiada jalan yang ditunjukkan untuk jadi apa lepas nih.

Dengan kerjaya yang aku ada skang ni, semakin hari ia semakin memudaratkan aku. Badan jadi makin kering.. Jiwa semakin dikacau dengan unsur -ve yang aku dah tak boleh lawan secara positif.

Jadi skang apa cita-cita aku??? Entah.. Aku bengang dengan diri aku skarang.

3.11.2010

I’m going to Gatsby Deodorant Street Fair.

17th April 2010

10AM till 5PM

Berjaya Times Square Ground Floor Foyer


There are a lot of prizes to be win worth more than RM15000.Wow!!!

So, the prizes consist of electronic gadgets, handphone, computers even also cash voucher to be win by anybody!

It s absolutely FREE as u can pay for your time to spent for this BIG and one of the most EXCITING activities which sponsored by Gatsby.


The best thing is the STREET FAIR!

A lot of activities will be held there and u can freely enjoy all of these exciting activities such as Sumo, and if u didn't like this embarrassing activity, there will be simple activity for u.

So, just come with as many friends as u like to enjoy this FREE activity and win the prizes here.

How can u go to this event???

By car or motocycle - just go to for Jalan Bukit Bintang area. Just look after "Jalan Bukit Bintang" signboard, and then u can clearly see the Berjaya Times Square.

By train - From KL Sentral station, just take monorail to Jalan Imbi Station. (from KL sentral, u just need to walk along pedestrian walk to go to monorail station, it takes about 10 minutes walk)



For more information of this event, just log on to www.gatsby.com.my/streetfair


LETS GO!!

For bloggers who want to join me, just PM me via email or shout it on my Cbox.Thanks!

3.08.2010

Kaedah biasa perempuan untuk kelihatan cantik.

Semua perempuan mahu kelihatan cantik, bergaya serta up to date dengan fesyen terkini mahupun dengan trend terkini. Dari kemahuan serta nafsu perempuan yang sentiasa mahukan kecantikan ni, pelbagai cara yang digunakan. Beli baju cantik, tudung berbagai fesyen, mekap sana, facial sini, spa sana dan macam2 lagi.

Ada juga yang sentiasa fikirkan bahawa kurus itu cantik. Gemuk tidak cantik. Itu persepsi biasa bagi kebanyakan orang..

Kaedah biasa yang digunakan perempuan untuk tampak cantik dan mempunyai nilai perhatian yang tinggi di mata lelaki???

Mudah saja, pastikan rambut diluruskan dengan kaedah rebonding, baju biar nampak sket dada, seluar biar nampak paha yang putih menggebu tu (kalo putih la).

Dari kaedah ni, cantik pun dapat, perhatian pon dapat.

Maka, aku ada sket persoalan di sini,

ADAKAH DENGAN BERPAKAIAN SEKSI SUDAH CUKUP CANTIK???

ADAKAH MENDAPAT PEHATIAN ORANG SESUATU YANG MEMUASKAN HATI?


3.06.2010

Reunion @ Pangkor 28 Feb 2010.


Berikut ialah beberapa fakta menarik yang aku nak kongsikan dari reunion yang aku p kali ni.

1. Hanya 27.65% saja yang hadir untuk Reunion kali ni. (berdasarkan bilangan yang hadir dibandingkan dengan bilangan ahli dalam group di Facebook kerana hampir kesemua perbincangan dan pengumuman dibuat melalui Facebook).

2. Dirancangkan lebih kurang 30 jam perjumpaan atau sesi bersama-sama sepanjang trip kali ni iaitu dari 8 pagi 27 feb2010 hingga 2 petang 28 Feb2010.

3.Dari 30 jam yang dirancangkan untuk dijalankan aktiviti bersama, 7 jam digunakan untuk sesi menunggu, 7 jam untuk tidur.

4. Hanya 16 jam digunakan sepenuhnya untuk beraktiviti yang secara puratanya dihadiri 80% dari yang hadir.








Berikut cadangan yang boleh dibuat untuk Re-U seterusnya.
1. Biarlah program ni ada objektif dan matlamat tersendiri.
2. Pengurusan masa yang profesional dan berkesan serta bersifat fleksibel.
3. Aktiviti yang dirancangkan harap dapat dirancang dan dijalankan dengan baik bagi memenuhi keperluan untuk mencapai matlamat serta objektif yang dikehendaki.

3.04.2010

Mabuk yang HARAM.

Membuat perkara yang memabukkan adalah HARAM...

Makan atau minum benda yang memabukkan adalah haram..

Sesiapa yang mudah mabuk dengan perkara yang memabukkan jugak diHARAMkan untuk menghampirinya. (Cthnya ZINA).

Kuasa juga boleh memabukkan.. Orang yang mabuk dengan kuasa yang diamanahkan ke atasnya boleh memberikan kesan BURUK pada bangsa, agama malahan boleh menyebabkan tergadai negara yang berdaulat.


Pada yang mudah mabuk dengan kekuasaan dunia, maka janganlah cuba untuk bertanding merebut kuasa yang ada.

Kerana ia mampu memburukkan keadaan.



** Maaf kerana terlalu lama tak dapat update blog kerana masalah teknikal pada komputer dan connection.

3.01.2010

Lupa Password...

Nampak gayanya ak terpaksa MC dari update blog maybe seminggu jugak kerana masalah ak xleh nak login dalam laptop ak akibat daripada aku terlupa akan password laptop ak... Situasi ni terjadi apabila aku tukar password ak masa sebelum tido... Adoi... bengong aku..huhuhu..


Bodohnya!!!!!!

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...