7.29.2009

Bila penjawat kerajaan CORRUPT!

Pengalaman kat sini banyak memberikan aku buah fikiran yang menarik untuk dikongsikan...terdapat beberapa kes masa kami di sini berurusan dengan kaunter yang melibatkan pejabat kerajaan di sini..

India satu tempat yang sangat menakjubkan. Semua pegawai kerajaan dia berada pada tahap paling suka seleweng. Mungkin sebab hidup susah.. Otak fikir nak duit ja... Ada satu kes kawan aku nak g tukar duit kat bank. Kena g kat Bank of India la.. Kira macam BSN la.. bank kerajaan. Dah la bank tue xdak orang. Kira kita 1st punya barisan la.. Masa yang diambil untuk selesaikan urusan ialan 2JAM. Hebat kan?

Masalahnya ialah birokrasi dan penjawat kerajaan kat sini mahukan PELINCIR yakni wang untuk mempercepatkan proses.

Bayangkan situasi nie kerap jugak berlaku kat Malaysia. Tapi usaha yang ditunjukkan oleh kerajaan skarang telah memudahkan rakyat dan mengurangkan kesesakan kat kaunter kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan ialah proses membuat passport yang hanya amek masa xsampai 5 jam untuk disiapkan di Malaysia..

Kalo kat India, proses nak siapkan passport amek masa hampir setahun.Sebabnya?? penjawat awam yang pemalas dan suka curi tulang. Nie xkira lagi timing masuk keja, g minum teh kul 10 pagi dan balik awal dari waktu keja sepatutnya.. Memang tahap max punya malas pekerja kerajaan kat sini.

Iktibar nie aku harap boleh diambil oleh penjawat awam kat Malaysia yang kini sedang dalam proses untuk membuat permohonan pada kerajaan untuk diberikan bonus dalam pembentangan Bajet 2010 nanti... Kalo nak komen status kaunter HEP kat UMS... Susah nak komen.. Nanti ada plak kena paksa tutup blog..Haha...

Sekian.

7.28.2009

PR vs Akademik..

Public relation dan akademik.. Selalu jadi isu bila berlaku lambakan siswazah menganggur...Ini isu biasa yang sedang "giat" diusahakan untuk mengatasi masalah nie...

Kisah yang menarik aku hadapi kat sini... Dari segi kualiti akademik, sememangnya tidak dinafikan bahawa kualiti dan kemahiran saintifik yang ada pada orang kat sini sangat mantap & menakjubkan.. Bayangkan kereta pon depa leh wat versi home made.....Memang meletop... Tapi, masalah BESAR yang aku nampak kat sini ialah masalah PR...

Bila nak berurusan dengan orang, banyak plan dan janji yang diberikan.. Nak bawak g melawat kawasan berteknolgi tinggi la, nak bawak p tempat ceta hindi shooting la, nak p sana nak pi sini.. Last2 hanjeng apa pon xdak yang kami p.. dok bilik, tido... jalan2 round kampus.. Tue pon atas usaha sendiri...

Bila tanya hal nak menguruskan untuk bawak kami melawat tempat len, JANJI ja meletup.. Tapi praktikalnya hampeh.. Nie la yang terjadi pada academician kat sini.. Ada PhD, ada master.. Memang hebat.. Tapi hubungan dengan manusia len.. Xberapa nak bagus..

Jadi, pastikan hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia sentiasa seimbang...PASti hidup akan lebih bahagia.. Kalo tinggi ilmu akademik atau apa2 ilmu hatta ilmu agama sekalipun, tapi kalo hubungan ngan manusia xdak...Anda tetap hampeh... Macam hampas padi...Bakar ja lagi senang...

7.27.2009

Kita Serumpun..

Sedang kami berjalan-jalan di pekan Dodhpur, tetiba aku terasa mcam ada orang yang sama kimianya dengan aku... Sekali pandang kulit macam sama, cara cakap macam orang makan tom yam macam aku gak.. Try la tegur.. Rupanya budak Thailand dari Pattani. Depa nie leh cakap macam kita gak.. Senang nak faham... Kecek molek udah la.. Tue yang penting..Wahaha...

Apa yang best, info yang xpernah kami tau kami dapat tau dari depa nie..Kira antara yang senior nie nama dia Wong.. Dia ada banyak nama.. Tapi leh panggil dia Wong la...Sorang budak Pattani, Thailand yang sangat peramah dan suka membantu orang.. Sesapa bebudak Thai yang baru mai Aligarh nie, pasti dia akan jadi pengantara..Urdu dia sangat bagus.. Berbanding aku yang pandai sket2 lepas banyak tengok ceta hindi..

Nie la bila dah serumpun, senang.. nak kecek senang.. Nak makan pon senang.. Sama citarasa dan senang untuk bermesra..Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berbaik dengan semua orang.. hatta mamat US yang dok ngan kami kat sini pon pelik camna kami leh cakap sama bahasa walhal negara len...Inilah keunikan Malaysia yang sangat mendapat perhatian dengki dari negara macam Singapura & US.

Wong panggil kami p umah dia minggu lepas makan nasik kerabu.. Wah sedapnya.. Siap ada budu lagi.. Tue yang best tu...Nie gamba aku dapat share untuk anda....Yezza..




7.26.2009

Sejarah mungkin berulang?

Adakah sejarah aku berada di sini akan berulang??? Macam mustahil...

Namun, sejarah ini aku rasa tetap akan berulang tidak pada aku, tapi mungkin pada orang lain..

Hidup ni bagaikan roda.. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah... Macam tue jugak bila tido... Kadang2 bantal ada di bawah kepala.. Kadang2 bantal ada atas kita...

Setiap hari kta akan melakarkan sejarah dalam hidup kita...Kalo kita tido sepanjang ari, ia turut sejarah dalam hidup kita...

Adakah ia akan berulang??? Ya, mungkin. Tapi biasanya tidak pada kita.. Tpi pada orang lain... Ada juga kemungkinan ia berulang pada generasi lain...

Nikmati hari ini dengan gembira.. Xperlu ia dipersiakan...


*Teringat lagu Sejarah Mungkin Berulang - New Boys...Macam ada orang penah minat abes dengan New Boys nie...wahaha...
Hepy Besday wat Nadiah Abdul Rashid atas sambutan hari tuanya....Spesel dari hilalazmi...ahaha

7.23.2009

Tanggungjawab berterusan..

Alhamdulillah.. Skang dah masuk minggu 9 Latihan Industri di Aligarh Muslim Universiti, India.. Report pon dah anta.. Tinggal beberapa borang lagi byang blom antar.. Kiranya dah lebih 80% siap Latihan Industri nie... Syukur..

Skang nie apa yang kena aku wat ialah kena siapkan penulisan untuk buku yang akan diterbitkan bagi tujuan perkongsian pengalaman dengan junior. Kami berlima diminta untuk siapkan penulisan berkaitan pengalaman kami berada di India selama 10 minggu nie. Dah tue dalam 2 hari sebelum hari konvokesyen bermula, kami diminta untuk wat satu presentation berkaitan latihan yang telah kami wat kat sini...

Bunyi macam menarik.. tapi cabarannya, hanya Allah yang maha mengetahui.... Aku doakan smuanya selamat...

7.21.2009

Kelainan yang dicari...

Nie la makanan yang dicari untuk menambahkan variety dalam kehidupan penuh cabaran kat sini...wahaha..

Egg Fried Rice from Jawahar lal Nehru Medical College Cafe...


Mutton Beriyani from Bobby's Restaurant.


Mutton Steak from Bobby's restaurant.


Mutton Chop from Bobby's restaurant


Potato Chips from Bobby's restaurant.

Jadi, inilah antara benda yang "membantu" aku mendapatkan sesuatu yang agak lain dari chicken korma...hohoo

7.20.2009

Lunch and dinner...

These are the menu that we take for lunch and dinner since 28th May 2009 until TODAY!!!!

Capati

Chicken Korma

Potato

They call it as "salad" here...




7.16.2009

1 Malaysia xkan jadi kenyataan...


Satu perkara penting & pasti akan terjadi.. 1 Malaysia xakan jadi kenyataan!!! Itu yang aku katakan..

Kenapa??

Kita tengok dulu apa yang ingin dibawa dalam konsep 1 Malaysia...

1 Malaysia didefinisikan sebagai:
memetik kata2 YAB PM, "Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Turut dikatakan bahawa konsep 1 Malaysia amat berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia yang mana 1Malaysia menekankan prinsip mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza...

Pada pendapat aku,
setelah Malaysia merdeka hampir 52 tahun, kedudukan kaum bukan bumiputera di sini tidak lagi dianggap sebagai golongan IMIGRAN. Justeru itu, kaum India mahupun Cina di Malaysia bukanlah lagi "penduduk asing" yang tumpang tinggal di Malaysia.. Tetapi mereka adalah rakyat Malaysia.. Dah dapat status kewarganegaraan dah pon...

Kalau camtu, di mana letaknya kepentingan sekolah jenis kebangsaan????
Adakah masih relevan???

Mungkin dulu masa era awal kemerdekaan boleh dianggap relevan kerana ia penting demi memastikan orang India & Cina di Malaysia dapat menjalani hidup dengan aman & sejahtera tanpa menghancurkan bahasa & kebudayaan mereka.Namun kini situasinya telah berubah.Semua rakyat mahukan perubahan.Sebab tue berlaku "gelombang rakyat sama2 berpakat" untuk mengubah situasi politik negara masa PRU yang lalu.Namun kesepakatan yang digambarkan bukanlah sesuatu yang baik. Ianya satu pakatan yang memecahbelahkan rakyat.

Bila isu PPSMI timbul, yang menaikkan semangat "kesepakatan rakyat". ramai yang tidak sedar kesan yang dirasai oleh PPSMI kebanyakannya ialah pelajar MELAYU. Kerana SJK langsung tidak terjejas dalam hal PPSMi. samada ia diubah ke bahasa inggeris mahupun sistem itu ditukar ke Bahasa Malaysia.Jadi, bila bahasa Malaysia tidak digunakan sepenuhnya, bila bangsa Malaysia nak wujud???????

Maka selagi wujud SJK di Malaysia, selagi itu bangsa Malaysia xakan wujud... Dan politik Malaysia tak akan aman selamanya selagi wujudnya SJK...Sekolah Kebangsaanlah tempat bermulanya penyatuan rakyat Malaysia. Itu pendapat aku.

7.15.2009

Si darah hijau..


Sering kali aku terfikir....

Perjuangan atas nama agama sudah PASti akan meletakkan kita di tempat yang benar... Kerana agama membentuk diri kita untuk lebih mengenali asal usul kita. Namun, apabila perjuangan atas nama agama sentiasa disalahgunakan... Ini seolah-olah satu penghinaan ke atas agama yang semestinya menjadi satu DOSA BESAR dan PASti akan mendapat balasan yang hebat di akhirat..

Maka berhati-hatilah dalam melaungkan prinsip perjuangan dalam hidup anda... PAStikan anda tidak terpesong dari landasan yang sepatutnya..

7.11.2009

Untuk member UMS yang akan konvo!!!!

Salam.. Sedikit Pengumuman!!!

Selepas memohon bantuan Bendahari Kehormat MPP 08/09, dengan ini aku telah berjaya confirmkan bahawa caj yuran yang dikenakan oleh pihak UMS kepada mahasiswa tahun akhir yang sedang menjalani Latihan Industri adalah satu KESILAPAN TEKNIKAL.

Justeru itu TIADA caj yuran yang akan dikenakan kepada mahasiswa yang sedang menjalani LI yang akan tamat pada awal Ogos nanti...

Kesilapan tersebut akan diperbetulkan paling awal minggu depan..

Harap maklum.

7.10.2009

Kematian Micheal Jackson: satu PERINGATAN PENTING..

Kisah kematian Micheal Jackson telah menjadi satu berita paling panasss dalam sejarah dunia sejak 2 minggu lalu....Ari nie genap 2 minggu MJ meninggal....

Tapi, kebanyakan kita mungkin lupa.. Kematian MJ nie merupakan satu peringatan besar kepada kita untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah.. Ini kerana MATI itu boleh datang bila2 masa saja kat kita...

Namun, kebanyakan dari kita hanya memikirkan bahawa kematian raja pop ini merupakan satu kehilangan besar pada dunia.. Kononnya dunia akan huru-hara bila MJ dah mati... Walhal perkara penting yang mana ia lebih dekat dengan kita iaitu MATI merupakan perkara yang penting untuk kita ingat...

Mengingati MATI itu satu perkara yang sunat..Justeru itu marilah kita mengingati MATI dan banyakkan bertaubat sebelum terlambat..

*Pesanan untuk diriku, ahli keluarga, sahabat seISLAM...

7.09.2009

Alahai perut...

Alahai perut..
Andainya engkau nak sakit..
Jangan la di waktu malam...
Menyusahkan diri untuk tido...

Alahai perut...
Aku perlukan perut yang best..
Makan p la apa pon..
Kau tidak la sakit..

Alahai peru...
Apa yang telah terjadi padamu???
Cepatlah selamat dari sebarang kekacauan..
Wahai perut yang kusayangi..

7.06.2009

Fauna di sini...

Bersama Lembu yang sedang berehat..Wahaha

Babi hutan yang turut membuat sepah kat sini...

Anjing yg malu2...

Anjing tido mati...

Lembu makan pasir...

Sharing with anjing....

Gagak gembala Lembu..

7.04.2009

Pendatang Asing


Pendatang asing, aku definisikan sebagai individu yang masuk ke dalam satu negara samada secara sah mahupun tidak.


Kenapa aku nak cakap hal pendatang asing??? Cuma sedikit perkongsian atas kesedaran terlalu banyak pendatang asing yang datang ke Malaysia & juga atas kesedaran penghinaan ke atas pendatang asing yang menjadi antara nadi utama pembangunan Malaysia hinga ke hari ini.
Malaysia merupakan salah satu negara yang amat kaya dengan hasil bumi dan pendatang yang pertama wujud di negara ini ialah dari keturunan Melayu dan penduduk asli. Bagi kawasan barat Malaysia, penduduk asalnya dipercayai dari penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai suku yang mengamalkan pelbagai ajaran dan kebudayaan tersendiri.


Generasi baru rakyat Malaysia telah banyak berubah. Dari segi rupa fizikal begitu kacak, tampan, cantik malah bergaya hasil kacukan pelbagai keturunan yang berasal dari keturunan pendatang yang datang ke negara yang kaya ini.


Taraf kewarganegaraan yang berasaskan prinsip jus soli yang diamalkan telah memberi peluang kepada golongan pendatang di negara ni untuk mendapatkan hak sebagai warganegara di Malaysia.


Namun, sudah termaktub dalam perlembagaan negara kita bahawa kedudukan istimewa Melayu & bumiputera di Borneo. Perlembagaan yang digubal dan dipersetujui semasa menuntut kemerdekaan ini menjadi asas utama dalam mewujudkan keharmonian di negara yang terdiri dari rakyat yang pelbagai latarbelakang.


Justeru itu, penting untuk kita sedar bahawa rupa yang kita ada sekarang, budaya sopan dan santun yang ada pada kita sekarang berasal dari keharmonian yang dicari & dipersetujui oleh nenek moyang kita semasa menuntuk kemerdekaan dulu. Kita semua dari keturunan pendatang yang kini menjadi warga Malaysia yang semakin dihormati di mata dunia.


Janganlah kita asyik menghina & mencaci pendatang asing yang ada di sini membabi buta..Tidak mustahil bahawa suatu masa dulu nenk moyang kita juga dicaci & dihina begitu..Kerana hukum alam telah menjanjikan bahawa apa yang kita buat pasti akan mendapat balasan kelak.
Sayangi sesama manusia agar alam ini aman.


Namun ini tidak bermakna kita perlu menggadaikan maruah & kehormatan bangsa Malaysia.

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...