1.15.2010

Dia memang manja dari kecik....

Tajuk di atas merupakan antara statement yang aku kurang suka sejak dulu. Sebabkan statement nie la aku rasa menjadi antara punca utama kepada masalah sosial di Malaysia. Masalah sosial yang aku maksudkan di sini bila berlaku anak buang bapak tepi jalan, mak buang anak, seks xkira jantina, dan lain2 yang berkaitan.

Pada aku, ini semua terjadi bila anak xtakut ngan mak bapak. Takut nie pada aku, bukan bermakna sampai nak kena sembah mak bapak kita. Maksud di sini ialah takut yakni dengar nasihat dan mudah untuk diajar oleh mak bapak.

Masalah skang nie, bila mak bapak terlalu sayang anak, manjakan anak. Xsalah manjakan anak. Tapi pada aku, ia tak bermakna manjakan anak sampai segala benda yang anak mau dibagi ja.. Sampai tahap anak tue xreti nak usaha sendiri untuk hidup.

Ini sedikit contoh realiti yang berlaku skang.

Kebanyakan anak yang "manja dari kecil" ni, memang mendapat sepenuh kasih & sayang termasuklah sepenuh support terutama kewangan dari mak bapak dia. Bila anak dah melepasi tingkatan 5, maka anak akan mula memerlukan duit yang lebih untuk pembelajaran dan kehidupan di zaman kolej dan universiti.

Trend yang ada skang anak ni biasa diberikan sejumlah wang yang boleh diibaratkan sebagai gaji kepada anak nie sebab anak ni masih belajar. Jumlah wang yang dibagi oleh mak/bapak ni bukan sikit, biasa boleh mencecah lebih 10% dari jumlah gaji mak/bapak dia ni. Jadi anak yang mcam nie memang sedap hidupnya. Dah la dapat wang pinjaman pelajaran, "gaji" bulanan lagi. Bila ditanya sebab apa bagi anak camni? Jawapan mak/bapak "kesian, anak aku nak makan. dia tue manja dari kecik lagi.. Kesian kat dia". Lebih kurang camni la ayat dia.

Bila anak dah graduate dari U, mula maleh nak carik keja. Kalo stakat keja cikai2 ja, xmo. Nak yang bertaraf eksekutif, yang keja pejabat ja. Selagi xdapat, selagi tue la dok arap "gaji" dari mak bapak nih. Lebih parah lagi, dah keja pon dok mintak lagi "gaji" dari mak bapak. Camna tue??

Itu kisah realiti yang ada.

Disebabkan aku belum ada anak, aku xdapat selami sepenuhnya perasaan jadi bapak. Namun, ini berdasarkan pengamatan aku. Pada mak bapak yang manjakan anak dia, aku berpesan agar jangan sampai anak xtakut ngan kita. Bila kita susah nak kawal anak kita, maka tercirit la nak tanggung kesusah di masa akan datang.

Kepada anak2 yang ada, sentiasa berfikir untuk blajar hidup berdikari. Biar kita ada mak bapak yang lebat duitnya umpama daun di pokok. Tapi semua itu bermula dari kesusahan dan kepayahan hidup. Belajar untuk bersusah dulu, sementara masih muda.

3 comments:

  1. Mak Bedah sebelah rumah cakap;"kalau hati dah sayang susah gak?dia tu anak aku..aku takdak sapa da selain dia.Dia la sorang canak aku.Laki aku pun sama..kami dah takdak anak lain selain dia..Apa dia nak,semua kami bagi.Bukan manja tapi sayang.. "

    Hmm?maka kita hendak la berpada2 memanjakan dia/anak/kawan/suami/isteri/kakak/makcik/pakcik/buah hati/abg/adik..dan sama waktu dengannya..

    ReplyDelete
  2. fenomena yang memang membelenggu masyarakat kita..lebih2 lagi masyarakat melayu khususya....ibu bapa perlu mencorakkan anak2 mereka dgn jatidiri yang unggul, bukan jati diri matawang/duit..acapkali ibubapa bangsa lain mendidik anak2 mereka dgn kaedah2 yang terkini, tpi kita, pemikirannya masih di takuk lama...kebanyakannya...

    ReplyDelete
  3. Hurm.... INilah yang cuba aku ketengahkan... Jangan cakap Melayu, semua2 sama ja... Tapi kalo asek duit ja yang diajar, jangan terkejut la kalo generasi masa depan smua materialistik tahap nak mmpos...hoho

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...