3.15.2009

Idea kreatif


Setiap orang ada idea masing-masing berkenaan dengan apa saja yang wujud mahupun yang berlaku dalam dunia sekeliling kita.. Tapi, sesuatu idea itu akan dianggap sebagai KREATIF bila mana idea yang diluahkan atau dikeluarkan tue boleh diterima dan merupakan idea yang belum pernah diluahkan oleh orang lain di dunia ni. Itu idea kreatif.


Aku sangat sukakan penerokaan idea kreatif. Sebabnya, bila kita berjaya mengeluarkan satu idea kreatif, kita mudah untuk membantu orang sekeliling kita untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Selain tue, idea kreatif ni aku percaya bahawa ianya boleh dijanakan atau boleh dibentuk. Tetapi, prinsip yang wajib dipegang dalam menjana idea kreatif nie ialah setiap idea yang dikeluarkan oleh orang sekeliling kita perlu kita amek sebagai satu idea yang boleh mencetuskan idea lain.


Jadi, banyak perkara yang boleh kita buat untuk janakan idea kreatif. Tengok tv, jalan-jalan, baca buku, dan macam-macam lagi.


Contohnya, kalo kita tengok tv, ceta yang kita tengok plak Perlawanan Bolasepak Liga Juara-Juara MU lawan Liverpool. Kita seharusnya tengok bukan hanya pada perlawanan bola semata-mata. Kita patut tengok apa iklan yang cuba diiklankan kat tepi2 padang tue. Camna rupa penyokong yang ada kat stadium. Apa reaksi yang ada kat stadium. Macam mana penyokong kat stadium tue boleh penuhi semua tempat duduk. Dan bermacam-macam benda yang boleh kita tengok.


Bila kita dah tengok smua tue, fikirkan cmna nak sesuaikan dengan idea yang ada dalam kotak pemikiran kita. Cuba sesuaikan dengan keadaan yang kita sendiri hadapi. Insyaallah dengan setiap tindakan yang kita wat membolehkan kita untuk cuba membuat sesuatu yang baru & dapat menjadikan kita lebih berguna di mata masyarakat.


Mari janakan idea kreatif untuk hidup bahagia!!

4 comments:

  1. bagi la contoh lain...
    ni contoh MU loverpool...da a MU kalah...
    huhuhu...
    tp apa yg ko ckp ada betulnya...
    penerokaan idea tu kurg...
    yg pling bahaya bila jaguh bertempik d kampung sendiri...

    ReplyDelete
  2. penyokong mu he....akakaka....

    ReplyDelete
  3. Yang menyebabkan aku bg cth MU vs Liverpool psal aku xdapat tgk af atas perlawanan yang "bersejarah" semalam..memang menyusahkan!!

    ReplyDelete
  4. ahaks...kesian semalam tak dapat tengok af...bagus gak sekali sekala lal tak tengok...fanatik sangat

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...