3.20.2009

Pilunya PPSMI...

Lalu,
aku sayu dan aku pilu;
lalu,
aku ragu dan aku malu …
Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji,
sekali nafi;
sekali pancang,
sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?
Lalu pemimpin angkuh berkata …
Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!
Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.
Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,berlidah dua.
- A. Samad Said


*Sengaja aku petik sajak dari A.Samad Said....Baru aku jmpa masa dok jenguk2 kat internet nie..

8 comments:

  1. ala sedih jugak kata2 A.Samad Said tu Lal..perjuangan bahasa ibunda...

    ReplyDelete
  2. gua teringin berkongsi pentas dengan Bapak A.Samad....

    ReplyDelete
  3. yup..btul tu a.pijol..pjuangkan bhs ibunda.

    Biasanya pmimpin yg cmtue bila dah kat atas dah Xpikir prsn org kat bwh mrk..
    Kalau pikir pun,smata2 nak tnjuk mrk ada kuasa ja..ni la cth pmimpin tlinga 1 lidah bercbg nie..huu mst siap tmbuh tanduk..kn.kn.al maklum la 'bkuasa kn'..org jln kat tepi mcm Xwujud ja..sedih bila pikir ada org cmni..huu tringat kat org bsuara sumbg ari tuh..iskk~

    ReplyDelete
  4. korg ada baca the latest post dri tun mahathir napa dia buat PPSMI nie?????....bek baca..dia bukan nak membelakangkan bahasa malaysia..errr...sorry bahasa ibunda aku iranun..so, bahasa malaysia 2nd...korg try baca ek!!!then korg tau motif dia...jgn negatif..even owg puteh belajar melayu coz nak mendalami puisi melayu..dia x leh terjemahkan keseluruhan pantun p bi..and itu yg d maksudkan oleh tun...errrrmmmm....cuba +ve...kurangkan -ve

    ReplyDelete
  5. Orang kalu dah nyanyuk memang semakin lali. Hingga akhir hayat Tun masih tak insaf. Semoga dia sempat bertaubat sebelum terlambat

    ReplyDelete
  6. Pak Samad pejuang bahasa tulin. Hapuskan juga bahasa rojak yang semakin banyak digunakan di media. Hang Tuah kata Melayu Tak Kan Hilang Di Dunia, tapi Bahasa Melayu mungkin boleh hilang kerana sedang dihilangkan oleh Melayu sendiri.

    ReplyDelete
  7. walaupun tun mahathir memang tak boleh pakai dan sucks, tetapi PPSMI adalh sesuatu yg berbaloi....ingat hanya kerana mempelajari sains dan matematik dlm bahasa inggeris tidak bermaksud membelakangkan BM...hanya mereka yg ego dgn 'ketuanan melayu' yg pikir cam tu...kita nak 'ketuanan rakyat' dimana, negara kita akan maju dgn penguasaan BI dalam sains dan matematik yg menjadi tunngak pembangunan negara....

    tepuk dada, tanya selera...

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...