3.16.2009

Kerja Lapangan Labuan Bahagian 2


Hari Isnin yang lalu kami (sebahagian mahasiswa Sains Sekitaran sebab sebahagian lagi ke tempat lain) dibawa melawat Labuan Crude Oil Terminal (LCOT). Satu tempat di mana minyak mentah dari pelantar minyak dikumpulkan dan dihantar untuk eksport luar negara. Syarikat yang mengelola terminal nie ialah Shell. Kami dibawa melawat "control room", tempat di mana minyak mentah disimpan & dihantar dan juga tempat sisa merbahaya dirawat kat sini..


Kat sini sisa merbahaya dia rawat guna bakteria... Bakteria dibeli dari syarikat luar untuk digunakan bagi merawat sisa merbahaya kat sini... Sisa merbahaya yang wujud di sini biasanya melibatkan tanah yang "tersedut" sekali dengan minyak mentah yang "disedut" dari dasar laut. Tanah ini perlu dirawat dengan baik sebelum dibuang.


Tempat di mana sisa ini dirawat dinamakan sebagai "sludge farm". Semua pekerja yang bekerja di sini kena pakai pakaian keselamatan untuk mengelakkan dari sebarang jangkitan akibat penggunaan bakteria dalam proses merawat sisa buangan macam ni.


Selain tu, aku jugak nak ceritakan bagaimana keselamatan di LCOT. Di sini setiap pekerja mahupun pelawat yang masuk perlu meninggalkan handphone, kamera dan lighter di pondok pengawal. Ini dibuat atas tujuan keselamatan kerana LCOT ni merupakan satu kawasan larangan yang mampu membahayakan negara.


Pegawai yang mengiringi kami semasa lawatan ni sangat supporting. Thanks banyak Sub Insp Mohd Zaili dan Mr Hong Ley Kiong atas penerangan & perkongsian maklumat dengan kami dalam kerja lapangan di LCOT..Thanks jugak wat Prof. Madya Dr Piakong, pensyarah untuk subjek Pengurusan Sisa Pepejal & Toksik kerana sudi untuk menguruskan dan membawa kami semua untuk datang ke Labuan & membuat kerja lapangan di sini. Terima kasih banyak2...




1 comment:

  1. owh...btul ka???Dia ada gitau jugak anak dia student UMS...wahaha....sedara hg rupanya..

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...