2.09.2010

Hebatnya bangsa Malaysia.

Dari sebuah keturunan yang penduduk Muslimnya paling ramai di dunia, berkembanglah rakyatnya yang datang dari serata pelusuk dunia. Penghijrahan pedagang Arab ke Semenanjung Emas ini telah menjadikan Islam bertapak dengan kukuh di kepulauan Nusantara.

Hasil penjajahan British di Sememnanjung Emas ini, maka datanglah 2 jenis bangsa yang penduduknya antara paling banyak di dunia, orang India dan Cina dari tanah besar negara masing-masing.

Setelah pelbagai rundingan, kerjasama yang timbul. Kemesraan orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini telah membolehkan Tanah Melayu ini dimerdekakan oleh British menjadi Malaysia.

Keturunan yang datang dari pelbagai jenis keturunan dari seluruh pelusuk dunia ini, sebenarnya mampu menghasilkan sebuah komuniti masyarakat yang sangat hebat kerana susur galur keturunannya datang dari bangsa yang memang majoriti sifatnya di dunia ini.

Andainya rakyat Malaysia bersatu dengan semangat kenegaraan yang tinggi. Maka kita akan menjadi sebuah bangsa yang sangat kuat hingga dapat menguasai selruh dunia. (Itupun kalo bangsa yang berhijrah ke negara ini hasil bawaan pihak British dulu mampu untuk membuang sepenuhnya semangat mementingkan kaumnya sendiri sahaja.)

1 comment:

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...