2.19.2010

Realiti aku..

2 hari sejak semalam, aku hanya suka bercerita pasal diri aku.

Untuk hari ni, aku just nak bercerita tentang kehidupan aku yang penuh cabaran. Segalanya cukup makan dalam apa juga benda yang aku buat. Apa yang pasti, aku perlu melalui satu bentuk kesukaran yang sangatlah pahit rasanya sebelum aku mengecapi kesenangan yang manis rasanya.

Dulu, di masa kecik. Bukan semua kehendak aku akan dituruti mak abah. Inilah satu kaedah tumbesaran yang diberikan mak abah aku untuk menghasilkan anak yang kena boleh dalam apa jua keadaan dan kena untuk berusaha dalam mendapatkan sesuatu.

Dulu jugak ingat lagi masa pertama kali wakil utk skola menengah aku, langsung xcukup duit untuk meronggeng mahupun makan kat kedai makan. Syukur lah dengan apa yang ada dan itu saja yang aku layankan. Kepentingan hati yang bahagia aku letakkan pada diri aku pada saat tu.

Tapi skang, alhamdulillah berkat usaha, doa dan dorongan dari orang sekeliling (member2 pon turut serta). Maka aku 20% berjaya mengubah hidup aku. Aku boleh saja berusaha untuk dapatkan apa yang aku mau. Tapi tak semua. Banyak lagi.

Tipsnya mudah. Tenangkan hati. Ingat Allah. Tahan hati walaupun sakit rasanya untuk menempuhi saat duka tue. Percaya bahawa Allah akan bagi kita kesenangan di kemudian hari bila kita dah rasa susah. Tak di dunia, mungkin di akhirat.. Insyaallah..

4 comments:

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...