2.17.2010

Kerana Politik, agama jadi mangsa.

Situasi di Pulau Pinang...
Kini sangat panas dengan isu pemBATALan perarakan Maulidurrasul yang saban tahun tak pernah dibatalkan malah lebih menyedihkan ia hanya dibenarkan untuk disambut secara TERTUTUP. Islam agama rasmi negara Malaysia. Tak kisah kerajaa negeri mahupun kerajaan pusat. Jadi, kenapa sambutan berkaitan agama rasmi perlu dibuat secara tertutup?

Menurut seorang Ulama terkenal Kelantan, " Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadhilat tidak sebagaimana bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan memang ada fadhilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa-apa".

Justeru itu, adakah statement yang dijelaskan oleh Ulama terkenal ni berkaitan dengan sokongan padu ke atas kerajaan cauvinis Pakatan Rakyat sehingga boleh mengeluarkan kenyatan sebegini.


Sedikit penjelasan berkenaan kepentingan lahirnya Nabi Muhammad S.A.W.

Dari surah al-Anbiya ayat 107. Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat seluruh alam.

Maka kelahiran Nabi Muhammad bukanlah untuk orang tertentu sahaja, malah ia melibatkan seluruh alam. Bukan saja manusia. Malah segala isi alam.

Bulan Ramadhan dilimpahkan dengan pelbagai gandaan pahala serta fadhilat. Lailatulqadar merupakan malam turunnya malaikat serta diampunkan dosa manusia yang beribadat di malam itu lebih 1000 bulan.

Anugerah Allah mempersembahkan Rasulullah SAW ke bumi sangatlah penting kerana syafaat yang akan diberikan Rasulullah jauh mengatasi keampunan lebih 1000 bulan kerana ia sangat bermakna bagi seluruh alam semesta.

Jadi, adakah kenyataan dari Ulama ini melambangkan wara'nya dia? Atau hanya untuk kepentingan pakatan mengacau-bilaukan Islam???

Bukankah usaha kerajaan Barisan Nasional selama ini sekurang-kurangnya mampu mewujudkan ekspresi cinta pada Rasulullah itu sesuatu yang MEMBAZIR???

Baca, fikir, dan buatlah pilihan. Janganlah menjadikan kerja dakwah bernaung di bawah muslihat politik yang mengotorkan kerja dakwah yang suci.


Rujukan:
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/02/bulan-maulud-memang-lebih-besar-dari.html




No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...