5.12.2009

Tok Lang...

Nie laporan dari Berita Harian untuk bahagaian wilayah Utara... Terkejut jugak.. Aku sebelum nie cuma tau yang Tok Lang aku nie sakit ja.. Xsangka plak sampai camnie jadinya...Tok Lang nie merupakan adik kepada datuk sebelah mak aku. So, kira dia nie tok sedara yang agak rapat la dengan family aku..Apa yang bleh aku wat just doakan agar semuanya selamat & sejahtera....Huhu..


Utara: Bayar RM90 sehari tarik oksigen

Oleh Zulfa Mohamad
bhnews@bharian.com.my 

Warga emas dijangkiti kuman di paru-paru tidak boleh bernafas normal 

NIBONG TEBAL: Semua orang tak kira miskin atau kaya, menikmati udara percuma, tetapi tidak bagi seorang warga emas, Rokiah Puteh dari Kampung Baru, Simpang Ampat di sini.

Rokiah, 75, terpaksa membelanjakan kira-kira RM90 sehari untuk mendapatkan bekalan oksigen untuk meneruskan hidup, berikutan jangkitan kuman di paru-paru, sejak Mac lalu.

Jika tidak menggunakan bekalan oksigen walaupun untuk seketika, keadaannya akan menjadi 'nyawa-nyawa ikan'.

Berikutan kebergantungan kepada bekalan oksigen, Rokiah terpaksa membelanjakan sebanyak RM90 sehari untuk memastikan bekalan tidak terputus.

Dengan kos yang begitu tinggi iaitu sebanyak RM2,700 sebulan, selain perbelanjaan membeli lampin pakai buang, keluarga warga emas itu kini dibelenggu kewangan.

Anak Rokiah, Roziah Darus, 47, berkata ibunya bergantung kepada bekalan oksigen sepanjang masa dan akan mengalami kesukaran bernafas jika tiub yang menyalurkan oksigen dibuang walaupun hanya beberapa minit.

Bercakap kepada Berita Harian di rumahnya, semalam, Roziah berkata sebelum ini ibunya keluar masuk Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk mendapatkan bekalan oksigen.

Bulan lalu, Rokiah dimasukkan ke HSB selama 12 hari dan selepas itu keluarganya meminta kebenaran untuk membawanya pulang. Dia dibenarkan pulang dengan membawa bersama tong gas berkapasiti 7.2 meter padu.

"Sebelum ini ibu terperap di hospital dan kami membawanya pulang supaya dia lebih selesa. Kos untuk menambah oksigen agak tinggi sekitar RM90 sehari dan tong berkapasiti 7.2 meter padu hanya bertahan tidak sampai dua hari," katanya.

Roziah berkata, selain membayar RM500 sebagai deposit bagi mendapatkan tong oksigen itu, dia juga menyediakan tong kecil untuk digunakan ibunya apabila ke bilik air.

Katanya, setakat ini ibunya tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak kecuali sumbangan peribadi Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Kassim.

Suami Roziah, Abdul Rahim Ahmad, 52, yang bekerja sebagai pemandu lori, memperoleh pendapatan bulanan yang tidak seberapa dan tidak mampu untuk membiayai perbelanjaan harian ibunya yang tinggi.

1 comment:

  1. Hoho... Insyaallah... Masalahnya family kami ingat dia kuar ospital dah ok.. Rupanya xok lagi...hoho

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...