2.05.2009

Seronoknya Reformasi???

Hari ni kita dikejutkan dengan berita BN telah menawan negeri Perak selepas mendapat majoriti mudah. Majoriti mudah yang didapati BN ni berjaya dikecapi selepas proses LOMPAT MELOMPAT oleh ADUN Perak yang sibuk diwar-warkan media sejak seminggu dua ni.

Reformasi berlaku lagi lepas PRK 12 Mac tahun lepas!!!

Memang nampak seronok dengan berlakunya reformasi ni.. Keadaan ni pada pendapat aku bermula dengan kes DSAI masa dia dilucutkan jawatan TPM pada tahun 1998 dulu. Masa tue, semua penyokong DSAI sibuk dan bangga menjerit "Reformasi!! Reformasi!!"... Tapi, selepas 10 tahun, baru reformasi tu menampakkan sedikit hasil buat ahli PAKATAN selepas berjaya menambahkan bilangan negeri untuk dijadikan "bahan eksperimen" kiranya PAKATAN berjaya menjajah Malaysia.


Tapi, situasi hari ini jadi lagi pelik. Bila BN (yang semakin kelam kabut) pon nak jugak sibuk2 jajah negeri yang dah terlepas masa PRU 12 ari tu.. Tapi ari ni mcam menampakkan hasil pulak lepas sket usaha dijalankan untuk mendapatkan balik Perak yang menang sikit saja masa PRU hari tu...


Yang best dalam situasi ni ialah kedudukan ahli politik yang semakin selesa (bagi politikus BN la...). Tapi, bagi yang kurang selesa, dah mula nak tunjuk yang dia ada kuasa & nampak semangat sket untuk wat keja lebih untuk rakyat (kalo buat la). Ini yang nampak macam seronok bila berlaku reformasi...


Tapi mangsa keadaannya ialah RAKYAT!!! Bila rancangan jangka panjang untuk rakyat tidak dapat dijalankan dengan baik. Bila mana pelan ekonomi untuk membantu bumiputera tidak dapat berjalan lancar. Bila pelan untuk pendidikan tidak menampakkan hasil positif. Semuanya kerana apa???


Kerana seronok dengan reformasi!!!


Jadi, sampai bila kita mampu bertahan??? Tepuk dada, tanya IMAN....

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...