2.07.2009

Rokok...

"Merokok tue HARAM di sisi Islam!!"


Nie la ungkapan yang selalu aku nampak di masjid atau surau2 sekelilinga kita..


"Amaran kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan."


Nie plak amaran di kotak rokok.



Biar apa saja iklan ataupun amaran untuk tidak merokok, tapi bilangan perokok yang ada tetap bertambah. Dan yang sedia ada tetap dengan tabiat merokok tue. Bagi yang bukan perokok pasti sentiasa pelik dengan situasi yang berlaku..


Tapi, dari pengamatan aku, merokok ni bukanlah akibat ketagihan atau apa2 yang sewaktu dengannya. Tapi, merokok ni biasa melibatkan tabiat atau sifak manusia. Sebabnya bila seseorang dah terbabit dengan rokok, dia akan sentiasa "beriman" dengan rokok..


Tak dapat dikenalpasti apa yang menyebabkan seseorang yang merokok ni akan terus saja seronok dengan rokok nie...Namun, kehebatan komuniti perokok ni jugak sukar untuk diragui lagi. Cuba bayangkan dengan hanya merokok, segala situasi & perbincangan akan menjadi licin & sempurna. Pun begitu, bila perokok dah bertemu perokok, xkisah la pernah knal atau x, biasanya hubungan mudah terjalin sehinggakan nak mintak sebatang rokok pun boleh dengan perokok yang lain.


Lebih mengharukan ialah jarang sekali kita dapat lihat seseorang tue terseksa masa dia merokok. Bahagia saja nampak. Melainkan dia tue perokok yang baru, biasa la pening2 sket bila merokok nie...


Ada orang merokok sebab dia suka untuk merokok. Ada juga merokok sebab dah jadi tabiat & style dia untuk merokok. Ada orang xleh nak berak bila x merokok. Ada juga setengah yang len, saja2 seronok ikut member merokok. Ada juga yang best sket, duit dia banyak xtau nak watpa terpaksa merokok.Dan ada yang suka cuba2 untuk merokok.


Kesimpulannya di sini, rokok telah memainkan peranan penting dalam pembentukan karakter seseorang. Selain tu, rokok juga penting dalam memacu ekonomi negara.. Apa yang pasti, aku tetap kagum dnegan komuniti perokok yang sentiasa bersatu tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama, mahupun warganegara.

2 comments:

  1. So, camna kita nak banteras isu merokok ne? klo tak hapuskan, kita kurangkan.. Any idea??

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...