10.12.2008

Selalu Lupa....

Situasi kini sarat dengan pelbagai isu politik mahupun isu “gila kuasa” oleh banyak pihak. Kita baru sahaja melepasi satu bulan penuh berkat & penuh kerahmatan dari Allah melalui bulan Ramadhan. Selepas bulan Ramadhan kita pula menyambut Aidilfitri untuk memberikan kita agar lebih bersyukur dan kembali kepada fitrah asal kita. Malah kita wajib untuk membayar zakat fitrah untuk kembali membersihkan diri kita yang agak jauh terpesong dari fitrah asal kejadian kita.

Bila kita terlalu taksub dengan kuasa yang kita ada, kita lupa bahawa terdapat kuasa yang lebih hebat malah maha hebat yang mampu menciptakan dan menggerakkan segala yang ada di sekitar kita.
Bila kita terlalu taksub dengan harta yang kita ada & kita kumpul, sampai kita terlupa untuk pastikan ianya benar-benar halal ataupun kita sudah terambil hak orang lain.

Sebab itu, salah satu adat orang Melayu selalu menziarahi kubur agar kita sentiasa mengingati mati. Tapi, kita selalu menziarahi kubur bila hadirnya Aidilfitri & Aidiladha sahaja. Kononnya nak kutip pahala sunat ziarah kubur. Apa yang penting di sebalik adat menziarahi kubur ini ialah perlunya kita sentiasa ingat bahawa kematian sentiasa dekat dengan kita. Bila mati itu sentiasa dekat, maka semakin dekat la amalan kita akan dihitung. Cukupkah solat wajib 5 waktu kita? Halal ka makanan yang kita makan? Halal ka harta yang saya ada sekarang? Itu yan perlu kita ambil perhatian kerana kita ini insan yang selalu lupa…

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...