10.08.2008

Mudah atau pelik???

Hari nie saya telah mula menghadiri kelas selepas bercuti Aidilfitri selama seminggu.. Namun begitu, apa yang pelik + memeranjatkan, sehingga sekarang nie jadual peperiksaan akhir tidak dikeluarkan lagi oleh Bahagian Perkhidmatan Akademik. Namun demikian, kalau check di Sistem Maklumat Pelajar (SMP) melalui laman web http://smp.ums.edu.my pelajar sudah boleh mencetak slip peperiksaan masing-masing.

Notis yang mengejutkan saya ialah Jadual Kuliah untuk semester hadapan telah dikeluarkan melalui notis di setiap sekolah.. Tak dapat dinafikan bahawa jadual kuliah memudahkan pelajar untuk memubuat persiapan semester hadapan. tetapi, perkara yang penting, perlu dipentingkan. Jadual kuliah boleh disemak melalui alamat http://smp2.ums.edu.my/jadualkuliah/

Apa yang saya harapkan, segala kepelikan ni dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak terbabit. Mustahil kalo staf tak cukup sedangkan ramai lagi graduan menganggur di luar sana.

1 comment:

  1. tq atas komen anda....saja nk tengok sejauh mana keajaiban boleh berlaku lagi di UMS nie..huhu

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...