3.21.2010

Bukanlah terbaik di mata orang.


Inilah realiti hidup, kita sentiasa berusaha untuk memastikan yang terbaik dalam hidup kita. Apa saja perkara yang kita lakukan pastilah saja bersifat yang terbaik demi memastikan orang sekeliling kita selesa dan juga bahagia bersama dengan kita.

Namun, itu usaha dari pihak kita. Mulut manusia tetap akan berkata-kata. Samada sedap didengar mahupun yang tidak sedap, namun telinga tetap boleh mendengar dan mulut akan tetap saja berbicara.

Apa yang pasti, dalam hidup nie kita perlu untuk berusaha secara ekstra demi meningkatkan prestasi diri yang hanya biasa-biasa saja. Biar kita sudah berhempas pulas, namun kalo buruk di mata orang, maka buruklah ia. Bagi menyedapkan hati, dengan pasrahnya kita perlu sedar akan kesilapan dan sentiasa perlu berazam untuk melakukan lebih baik di masa depan.

Langkah untuk berjuang jangan terhenti kerana kejayaan itu pasti datang.


**Tahniah buat Adira AF8 kerana menjadi antara pelajar AF8 yang berjaya mendapat pujian dari pihak pengkritik semalam. Mungkin kerana yang lain mendapat teguran membina dari pengkritik, maka Adira perlu lebih berusaha untuk maintain yang terbaik untuk minggu depan.

Maka sokongan aku dah jadi 4. Adira, Ain, Anum & Iwan.

Maka berdasarkan konsert 1 AF8 semalam, dari 4 peserta favourite aku nih.

No 1:Adira

No 2:Anum

No 3:Ain

No 4:Iwan

AFUNDI ADIRA dan hantar kr 32999



Kredit gambar untuk Murai.com.my

2 comments:

  1. tak tahu lah nak cakap macamana..tapi biasanya AF ni,mula2 orang lain yang best,tapi nanti nak dekat last2,orang lain yang best,tapi last sekali orang lain yang menang..jarang yang kita aspect dari awal dia bagus sampai habis dorang yang menang kan
    ??entahlah..pendapatasi je..

    cheers,
    sendra.

    ReplyDelete
  2. ekekeke... btul gak Sandra... Tapi AF7 lepas Hafiz tue mmg dr awal orang suka kat dia.. Cm tue jugak Mawi AF3... Hho... Xleh nak jangka jgak... kan? :P

    ReplyDelete

Rindu & Sayang...

Manusia itu unik..Maka dengan setiap keunikan manusia itu kita perlu sentiasa memafkan apa yang kita rasakan salah bagi tindakan atau sikap ...