3.15.2010

Apa itu Melayu?

Selalu bila isu perkauman, isu berkaitan Melayu, maka orang2 yang berlagak "bijak" ni pon mengatakan bangsa Melayu ialah bangsa yang sekadar MEnjadi LAYU semata-mata.. KOnonnya dengan segala tindak anduk orang Melayu kini, maka itu yang terjadi pada definisi Melayu.


Namun, erti sebenar Melayu adalah seperti berikut;

Melayu umpama pucuk kayu, iaitu melayukan diri seperti yang dilakukan oleh pucuk kayu. Layu ini berlaku bukan kerana panas, atau terkena api, tetapi melayukan diri kerana ia merendahkan diri serta ia tidak mahu membesarkan diri. Segala tingkah laku orang Melayu terjaga. Lemah lembut tidak berlebih-lebihan, tidak pula terlalu kurang.

Dari sini, Melayu itu sederhana sifatnya. Yakni tidak mengada-ngada, sentiasa menjaga budi dan pandai menyimpan diri. Akan tetapi, biar berlemah-lembut serta besederhana, Melayu tetap tegas dalam pendiriannya..

Inilah maksud Melayu yang aku rujuk dari karya yang menggunakan bahasa Melayu klasik Ketupat Cinta [Musim Perama] karya Faisal Tehrani.

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...