12.22.2009

Kenapa syarikat orang Melayu selalu hancur?

Aku selalu berfikir positif ke atas syarikat milik bumiputera... Terutama Melayu... Biar orang kata kebanyakan orang Melayu dengki yang mengakibatkan kebanyakan syarikat orang Melayu gulung tikar. Namun aku tetap berusaha untuk menggunakan produk dan membeli produk dari kedai hakmilik bumiputera, kalo boleh...

Apa masalah utama bila syarikat orang Melayu ni dah tertubuh, dan bisnes berjalan lancar?? Maka si usahawan ni pon dah mula kaya dan boleh keluar zakat yang banyak untuk tujuan kebajikan orang Islam..Itu bukan masalah, tapi kelebihan untuk orang Islam.. Masalah utama, ialah bilamana syarikat Melayu ni dah mula naik lemak... Mula nak jadi sombong.. Kalo masa awal2 buka kedai, layan customer bagus dan mesra.. Skang dah mula biadap.. Kalo bukan dari pelanggan tetap, maka layanan macam melepaskan kentut di mana-mana..

Mungkin niat utama si usahawan Melayu untuk masuk dunia keusahawanan nie ialah untuk kaya.. Sapa xmau bisnes yang xleh kaya.. KAn?? Tapi wujud kebanyakan usahawan ni nak kaya.. Tapi kaedah tercepat yang dia nak.. Xmau nak usaha lebih & lama sket...

Jadi, untuk "menjayakan" usaha menambah kekayaan secara cepat, maka banyak kaedah dilakukan... Memanipulasikan pihak yang lemah sampai la keuntungan berlipat ganda dapat. Itu kaedah yang terbaik dan paling cemerlang untuk cepat kaya...Kaedah nak manipulasikan pulak, pastikan orang yang dimanipulasi tue berada dalam keadaan yang turut juga tersepit.. Maka tiada pilihan lain, maka terpaksa menjadikan syarikat milik usahawan yang nak berjaya ni.

Kaedah lain yang digunakan ialah dengan memastikan projek yang cuba dijayakan dalam bisnes yang dibuat tu mendapat pembiayaan kerajaan. Kaedah melobi ddari pihak kerajaan aku xmau komen. Tapi, bila dah dapat, dan diamanahkan untuk menjadi orang tengah dalam membuat pembayaran kepada pihak ketiga (yakni orang yang tersepit tadi), maka pembayaran cuba dilambatkan dengan alasan bayaran dari Jabatan Perbendaharaan Negara lambat. Akhirnya si pihak ketiga yang tersepit ni, terus tersepit, maka elaun yang patut disalurkan tadi menjadi "keuntungan syarikat". Inilah kaedah kejayaan syarikat Melayu.

Justeru itu, lama-kelamaan, bila syarikat macam nie dan KANTOI, maka secara serta-merta akan jatuh papa dan mendapat kerugian yang berlipat ganda. Inilah realiti dunia usahawan bumiputera. Tidak bersifat untuk menuduh SEMUA, namun kebanyakan.

Untuk itu, pada syarikat Melayu yang masih berfoya-foya memanipulasikan bangsa sendiri, jangan sampai tergadai Tanah Melayu ni disebabkan manusia "berjaya" seperti anda.

3 comments:

  1. in my opinion, knapa syarikat malayu banyak gulung tika, adalah krana sikap orang mlayu tu sendiri...
    they are not willing to develop others Malay bussiness, tapi lagi nak menjahanamkan perniagaan orang lain ade la...
    e.g mlayu santau kedai mlayu..

    juz look at chinese society, they tends to help each other in developing their bussiness...

    so that is my opinion on what you had posted....

    ReplyDelete
  2. That's one of the main element.. Besides that, the 2nd cancer for Malays entrepreneur is this issue...

    ReplyDelete
  3. sebab kebanyakkan peniaga melayu tidak mempraktikkan perniagaan yg dituntut dalam islam sepenuhnya.. dalam islam sekiranya sesebuah organisasi perniagaan muflis atau mengalami kerugian adalh mnjadi hak keatasnya zakat sekiranya ketika keuntungan perniagaannya sntiasa dibayar zakat.. brpa bnyk sgt syarikat besar skrg byr zakat,try tny petronas tiap2 taun dia byr zakat brpa?

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...