7.29.2009

Bila penjawat kerajaan CORRUPT!

Pengalaman kat sini banyak memberikan aku buah fikiran yang menarik untuk dikongsikan...terdapat beberapa kes masa kami di sini berurusan dengan kaunter yang melibatkan pejabat kerajaan di sini..

India satu tempat yang sangat menakjubkan. Semua pegawai kerajaan dia berada pada tahap paling suka seleweng. Mungkin sebab hidup susah.. Otak fikir nak duit ja... Ada satu kes kawan aku nak g tukar duit kat bank. Kena g kat Bank of India la.. Kira macam BSN la.. bank kerajaan. Dah la bank tue xdak orang. Kira kita 1st punya barisan la.. Masa yang diambil untuk selesaikan urusan ialan 2JAM. Hebat kan?

Masalahnya ialah birokrasi dan penjawat kerajaan kat sini mahukan PELINCIR yakni wang untuk mempercepatkan proses.

Bayangkan situasi nie kerap jugak berlaku kat Malaysia. Tapi usaha yang ditunjukkan oleh kerajaan skarang telah memudahkan rakyat dan mengurangkan kesesakan kat kaunter kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan ialah proses membuat passport yang hanya amek masa xsampai 5 jam untuk disiapkan di Malaysia..

Kalo kat India, proses nak siapkan passport amek masa hampir setahun.Sebabnya?? penjawat awam yang pemalas dan suka curi tulang. Nie xkira lagi timing masuk keja, g minum teh kul 10 pagi dan balik awal dari waktu keja sepatutnya.. Memang tahap max punya malas pekerja kerajaan kat sini.

Iktibar nie aku harap boleh diambil oleh penjawat awam kat Malaysia yang kini sedang dalam proses untuk membuat permohonan pada kerajaan untuk diberikan bonus dalam pembentangan Bajet 2010 nanti... Kalo nak komen status kaunter HEP kat UMS... Susah nak komen.. Nanti ada plak kena paksa tutup blog..Haha...

Sekian.

1 comment:

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...