7.27.2008

Majlis Anugerah Akademik Negara 2007

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pagi jumaat yang lalu, saya bersama 3 orang MPP lain dijemput ke Majlis Anugerah Akademik Negara 2007 di Pusat Konvensyen Antaravangsa Putrajaya. Majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi ini dihadiri oleh semua ahli akademik, seniman dan juga pegawai utama dari setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Anugerah Akademik Negara atau akronimnya AAN ini merupakan kali ke 2 diadakan untuk menghargai & membuat penilaian untuk hasil kajian yang dibuat oleh anak tempatan dari IPT yang ada di Malaysia.

Semasa majlis ini berlangsung, kami sempat berjumpa dengan Naib Canselor UMS yang pertama iaitu Tan Sri Prof Datuk Seri Panglima Dr Abu Hassan Othman.Sempat juga kami bersembang mengenai UMS bersama beliau.Satu pengalaman yang xboleh saya lupakan.

Akhir sekali, apa yang menarik sepanjang majlis ini berlangsung ialah idea yang saya dapat untuk membolehkan saya lebih kreatif dalam memberikan lebih banyak peluang untuk anak Malaysia dalam menghasilkan kajian yang kritis dan kreatif setanding dengan anak-anak dari negara maju yang lain. Insyaallah.


Bersama Tan Sri Prof. Datuk Seri Panglima Dr Abu Hassan Othman.



Menikmati pemandangan PICC.


Singgah sebentar di Jabatan Pengajian Tinggi..


Sekian..

2 comments:

  1. wah teruja dapat tengok NC pertama kita...semoga semangatnya meresapi kita...hehe

    ReplyDelete
  2. salam....bkn ingt abg azrul jak tp kmu yg sombg!!!

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...