6.10.2008

Lagi Hutan Simpan Cameron Highland Diceroboh..

Salam sejahtera,
Tadi selepas menonton Buletin 1.30 di TV3, Dilaporkan bagaimana berlaku lagi pencerobohan ataupun dengan bahasa yang lebig kasar kes "rogol" terhadap Hutan Simpan di Cameron Highland.

Kes sebegini bukan sahaja membangkitkan kemarahan di pihak Pencinta Alam dan Sumber Asli negara, ini juga memberikan kita pelbagai persoalan tentang pengurusan alam sekitar mahupun sumber asli yang ada di negara kita.

Tidak dinafikan bahawa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah berjaya mendapat status kualiti dari SIRIM...

Ini adalah fakta berkaitan Status Pewartaan Hutan Simpan Kekal di kawasan Cameron Highland / Raub, Pahang

Keluasan Hutan Simpan Kekal pada 31 Dis 2002: 169,293.93 hektar
Dalam Proses Pewartaan: 18,793.02 hektar
Jumlah Keluasan Hutan Simpan Kekal pada 31 Disember 2003: 188,086.95 hektar

Sumber daripada Laman Web Jabatan Perhutanan negeri Pahang http://forestry.pahang.gov.my/web/info_status.htm

Dari sini kita dapat lihat bagaimana berlaku pengurangan dalam Hutan Simpan Kekal. Kita saksikan laporan oleh Karam Singh Walia di Buletin Utama jam 8.00 malam ini..

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...