12.20.2008

Projek Kuasa Remaja!

Aku bukanlah seorang yang hebat, namun aku selalu mencari idea baru dalam merealisasikan idea yang aku ada. Namun, kadangkala kuasa yang ada belum cukup untuk memberikan aku kekuatan dalam menjadi pengarah kepada projek ataupun program. Apa yang dapat aku lakukan kini ialah mencadangkan satu usaha yang kira baik demi kepentingan generasi depan negara dan juga demi menambah baik kemajuan negara.

Sebagai pengarah program untuk Projek Kuasa Remaja!, aku akan melantik beberapa ahli Majlis Tertinggi yang dapat sama-sama bekerja dengan aku..Itu penting bagi memastikan pentadbiran dalam projek ini betul2 mantap bagi mencapai objektif projek ini yang utama dalam merealisasikan suara remaja agar lebih didengari oleh kepimpinan negara.

Sasaran utama program ini ialah melibatkan pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 seluruh Sabah dari kawasan selain daerah Kota Kinabalu. Pemilihan begini adalah kerana biasanya remaja di luar bandar (terutama luar Kota Kinabalu, Sabah) jarang mendapat peluang untuk meyertai program yang ekslusif diadakan khusus untuk mereka. Justeru itu, program sebegini wajar diadakan bagi memberi pendedahan betapa tingginya kesedaran yang ada pada remaja luar bandar ni.

Dari segi jenama yang saya akan bekerjasama ialah pertama dari syarikat Celcom, kerana pasaran terhadap golongan muda menjadi sasaran utama syarikat servis telekomunikasi terbesar Malaysia ni. Selain tu, saya juga akan bekerjasama dengan pihak media seperti Sabah Times & Berita Harian bagi memudahkan promosi di media cetak. Untuk menambahkan lagi kemeriahan projek ni, kerjasama dengan pihak Astro juga penting kerana remaja yang ada di sini kebanyakannya sangat berbakat dalam bidang penyiaran dan mampu dijadikan batu loncatan untuk remaja yang ada di sini diketengahkan bakat & pendapat mereka bagi memantapkan industri penyiaran yang ada di Malaysia. Astro juga dipilih kerana Astro merupakan syarikat yang mempunya modal yang besar dan sanggup untuk melabur dengan pelaburan yang besar dalam usaha mencari pelapis di bidang penyiaran.

Harapan utama yang ingin saya capai dengan projek ini ialah, bakat & idea remaja yang ada di luar bandar juga pada saya banyak memberikan inspirasi kepada pemimpin negara dalam mendapatkan idea yang terkini & berkualiti bagi menyelesaikan masalah. Ini kerana kadangkala kita perlu untuk “back to basic” dalam usaha untuk mencari penyelesaian masalah mahupun dalam mencari ilham yang baru. Jadi, dengan aktiviti sebegini rupa, bukan sahaja masa terluang remaja di kawasan luar bandar dapat diisi dengan perkara berfaedah, tetapi juga bakat & idea mereka dapat digunakan dan mendapat pengiktirafan sebaiknya demi kepentingan negara.

Antara aktiviti yang menarik yang dapat dijalankan ialah:

Talk Show bersama Aznil.
“How to build a power”
Music of life.
The idea of Mine.
If i am the king.


*semua di sini hanyalah berunsur cadangan..Harap maklum..


Klik http://realvoices.youthsays.com/2008/12/projek-kuasa-remaja/

Chapter 15: The Final Chapter
Imagine... you are now the college/ university / workplace / community social project director. You have been asked to implement MANY activities / events / projects for your college / university / workplace / community. What would you do? Why would you do it? Who would you work with? Which brands / products / people / organizations would you choose to work with? What do you hope to achieve? Tell us ALL your ideas! You can also upload pictures / videos of other events and activities to paint the full picture. Imagine the project is REALLY HAPPENING right now... Give us all the details!
--------------------------------------------------
Bayangkan.... Kamu sekarang adalah pengarah projek kolej/universiti/komuniti/tempat kerja. Kamu diminta melaksanakan pelbagai aktiviti-aktiviti / peristiwa-peristiwa / projek-projek untuk kolej / universiti / tempat kerja /komuniti kamu. Apa yang akan kamu lakukan? Kenapa kamu melakukannya? Dengan jenama/produk/siapa akan kamu bekerjasama? Apa yang kamu harap kamu akan capai? Beritahu kami SEGALA idea-idea kamu. Anda juga boleh memuat naik gambar-gambar / video-video acara-acara dan aktiviti-aktiviti untuk melukiskan gambaran penuh idea kamu. Bayangkan projek itu betul betul sedang berjalan sekarang ini... Ceritakan kami segalanya!

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...