18 Februari 2027....
Pada 18 Februari tahun 2027....
Umur saya telah mencecah 40 tahun. Pada masa nie, saya telah berada pada tahap kematangan yang sangat bagus. Di mana banyak pengalaman telah saya lalui. Cabaran hidup, kisah cinta suka, duka mahupun kisah hai yang telah dihancurkan.
Masa nie saya sedang menyambut hari lahir saya. Maka, saya mulakan hari baru pada umur baru. Saya mulakan dengan mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah kerana memberi peluang untuk saya hidup di dunia ini. Pada masa ini, Malaysia telah 7 tahun dimahsyurkan sebagai sebuah negara maju. Bukan sahaja Malaysia maju. Tetapi saya juga telah maju ke hadapan di mana saya telah mempunyai anak 4 orang. 2 lelaki & 2 perempuan. Kembar 2 pasang.
Dari segi karier, saya sedang memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk penggal ke 3. Jawatan saya dalam parti pada masa itu ialah sebagai seorang Timbalan Presiden Parti X. Alhamdulillah, di bawah pemerintahan saya di Parlimen Permatang Pauh, saya telah berjaya membawa banyak perubahan kepada masyarakat di sekitar parlimen ini. MAsyarakat di sini berada pada tahap kematangan yang amat tinggi.
Kematangan yang bagaimana? MAsyarakat telah mampu untuk bertindak dengan matang sekiranya berlaku permasalahan mahupun ketidakpuasan hati terhadap pemimpin mereka. Melalui program kesedaran untuk warga muda mahupun yang tua di sana, kebanyakan masyarakat di sini telah sedar akan kepentngan mereka pada negara. Selain itu, keseimbangan dari sudut ekonomi juga berlaku apabila jurang pendapatan antara kaum di sini berjaya saya kurangkan. Jurang yang sebelum ini menyebabkan rakyat Permatang Pauh yang majoriti didiami oleh masyarakat Melayu, terasa seperti dipinggir dan miskin, maka hari ini saya bahagia melihat masyarakat Melayu di sini lebih bersemangat untuk berusaha dan bersemangat untuk menaikkan mrtabat diri dan bangsa mereka.
Sebagai ahli parlimen, kesibukan yang teramat melanda diri saya. Biarpun banyak konflik dalam diri yang perlu saya hadapi, namun saya dapat atasisegala konflik ini dengan baik berkat tunjuk ajar dari abah dan mak di samping pengalaman yang saya dapat semasa menjawat jawatan dalam persatuan mahasiswa di UMS dulu.
Alhamdulillah juga saya berjaya memberikan pendidikan yang berkesan kepada anak-anak saya. Ini adalah berkat sokongan dari isteri tercinta yang sentiasa mendampingi saya dan memberi sokongan moral bagi memastikan komitmen yang saya dapat berikan adil dan cukup samada untuk kepentingan rakyat mahupun kepentingan keluarga saya.
Mak dan abah pulak sentiasa memberi peringatan kepada saya untuk sentiasa bertindak rasional & memastikan masalah dalam karier tidak perlu dibawa pulang untuk dikongsi dengan keluarga di rumah. Syukur dengan anugerah dari Allah atas kebahagiaan & kejayaan saya hingga setakat ni. Semoga dengan umur baru ini, yang ke 40, saya mendoakan semoga Allah melimpahkan berjuta rahmat, petunjuk, mura rezeki & kebahagiaan dunia serta akhirat untuk diri saya, keluarga saya dn juga rakyat yang telah mengundi saya.
*Nie entry untuk Chapter 7, bagi RealVoices Project.Klik http://realvoices.youthsays.com/2008/12/18-februari-2027/ untuk tengok entry sebenar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keindahan Bahasa
Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...
-
Majalah Mangga Edisi September 2009.. Klik SINI untuk download. Thanks to LeeSha @ JWGTorrent...
-
Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Denmark Sidang ini jadi sangat penting untuk mendapatkan satu kat...
-
Assalamualaikum.. Cuma ingin berkongsi sedikit sajak yang saya dah post kat blog rasmi Bendahari Kehormat ari tu... Kenapa waktu malam?? Mun...
Salam WUFI
ReplyDeleteRancang dengan apa yang di tangan
Bukan yang kita angan-angankan
...Dunia Fantasi, Dunia Realiti...
...Hidup tidak bermakna tanpa mimpi...