Bangun saja dari tidur terus aku saja aku melihat handphone N70 samada terdapat pesanan SMS atau tidak dari sesiapa Sambil aku melihat jam bagi memastikan waktu aku bangun tidur..Rupanya aku dah terlambat bangun pagi ni, jam 6.30 pagi aku bangun. Astaghfirullah…Terlepas Subuh aku. Juga aku dapat nampak ada pesanan SMS dari saudara angkat aku di Tuaran, bertanyakan khabar aku yang kini berada di luar negara. Aku pon menjawab pesanan SMS itu dengan ringkas tapi padat dengan mesej yang mudah difahami. “aku sihat ja..Alhamdulillah program aku di sini semuanya ok setakat ni” itu jawapan aku kepada Nur.
Lantas aku bangun dan mandi. Lepas saja aku mandi, aku kejutkan Lan yang belum lagi bangun walhal pagi ni kami ada forum perbincangan dengan rakan-rakan dari Universiti Brunei Darussalam(UBD).Selepas semua rakan delegasi kami bersiap, kami jalan bersama untuk ke kafetaria bagi menikmati sarapan pagi di sana. Mee goreng dengan telur goreng ditambah pula dengan sos cili. Cukup untuk menghilangkan rasa lapar di pagi ini. Ketika di kafe, semua rakan delegasi bersama aku turut makan. Ada yang terlambat bangun, ada yang tenang dan ada yang tampak nervous. Mungkin kerana pagi ni dia terpaksa menjadi ahli panel untuk forum persahabatan pagi ni. Aku pula, makan dengan hanya menggunakan garfu.
Setelah habis makan,aku memanggil ahli panel untuk forum yang akan diadakan pagi ni iaitu Azizul, Bob dan Nur Aizat untuk diberikan sedikit penerangan berkenaan perjalanan forum pada hari ini. Sebenarnya ari ini aku akan bertindak sebagai moderator dalam forum persahabatan antara 2 negara iaitu Malaysia-Brunei dalam membincangkan isu “Pendidikan: Peranan Mahasiswa”.
Setelah selesai makan dan bergambar dengan menggunakan kamera digital yang pelbagai. Kami menaiki bas untuk bergerak ke Dewan Canselor UBD untuk forum persahabatan yang kami akan jalankan. Permandangan yang indah dengan banggunan yang cantik di sini telah memukau kebanyakan ahli delegasi kami sehinggakan pergerakan kami ke sana menjadi lambat apabila semua ahli delegasi sentiasa berusaha untuk bergambar sebanyak mungkin di sini.
Setelah sampai di Dewan Canselor UBD, kami diminta untuk mengambil tempat dan mikrofon disediakan bagi tujuan forum. Maka aku pun mengambil tempat dengan ahli panel dan kami memulakan forum dengan perbincangan yang menarik. Sambil itu, rakan baik aku, Su merekodkan perbincangan kami dengan menggunakan kamera video yang dibawa oleh Azhar bagi merekodkan semua perjalanan forum yang diadakan hari ini untuk tujuan laporan program di kemudian hari.
Setelah selesai semua forum, kami dibawa melawat sekitar kampus UBD dan juga sekitar Bandar Seri Begawan. Memang best sebab banyak tempat yang menarik yang sempat kami lawati. Kami juga dibawa singgah di sebuah masjid di sini yang sangat cantik. Kubahnya dilitupi dengan emas tulen dan apa yang menariknya,hiasan dalaman yang diletakkan dalam masjid ini juga amat indah dan nampak mewah. Dengan lampu chandilier yang besar dan dinding yang dipenuhi dengan hiasan yang berasaskan hiasan di negara Asia Barat. Sangat indah.
Kami turut singgah di bahagian pusat bandar. sememangnya teknologi papan iklan yang digunakan di sini agak unik yang jarang digunakan di Malaysia. Akan tetapi, semua perkara yang berlaku di sekitar bandaraya ini memang lain suasananya berbanding di Malaysia. Aku sempat berjumpa dan bersembang dengan salah seorang mahasiswa UBD, dari hasil perjumpaan kami ini apa yang aku dapat katakan dengan kehidupan pelajar di sini sangat berbeza dengan pelajar di Malaysia. Pelajar yang ada di Brunei biasanya mengalami kesusahan untuk menghabiskan duit biasiswa yang mereka dapat setiap tahun dan bulan. Kalo kita pelajar di Malaysia lebih banyak menggunakan khidmat SMS sebagai medium komunikasi, mereka di Brunei biasanya menggunakan panggilan video sebagai medium utama untuk berkomunikasi.
Setelah selesai lawatan kami di sekitar bandar, kami dibawa untuk makan Nasi Katok. Nasi dengan berlaukkan ayam…Tanpa sayur..haha…inilah nasi katok yang aku makan di Brunei..Dah makan, kami dihantar pulang ke hostel, dan berehat kerana esok hari untuk kami pulang dan kembali ke tanah air..
Klik http://realvoices.youthsays.com/2008/12/pagi-seindah-biasa/
Chapter 13: "Into my world…" Part 4
Tell us about a typical day in your life. What happened from the moment you wake up, till you go to bed… we want all the details! The things you do, people you interact with, conversations you have, places you go, how much technology you use.. where/who do you go to if you have questions…Choose any day… an average day, a really great day, a weekend, and write about any or all of them!
—————————————————————————————————-
Beritahu kami hari tipikal kamu. Apa yang terjadi dari semasa kamu bangun pagi hingga kamu masuk tidur… kami mahu tahu segalanya! Perkara yang kamu buat, orang yang kamu berinteraksi, perbualan kamu, tempat-tempat yang kamu kunjungi, jumlah teknologi yang kamu gunakan… di mana/dengan siapa kamu pergi untuk jika mempunyai soalan… Pilih satu hari… hari yang biasa, hari yang bagus, hujung minggu dan tulis mengenai salah satu ataupun segalanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keindahan Bahasa
Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...
-
Majalah Mangga Edisi September 2009.. Klik SINI untuk download. Thanks to LeeSha @ JWGTorrent...
-
Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Denmark Sidang ini jadi sangat penting untuk mendapatkan satu kat...
-
Assalamualaikum.. Cuma ingin berkongsi sedikit sajak yang saya dah post kat blog rasmi Bendahari Kehormat ari tu... Kenapa waktu malam?? Mun...
No comments:
Post a Comment