12.05.2008

Debat Piala Di-Raja 2008

Kali nie Pertandingan Debat Piala Di Raja 2008 diadakan di UIAM, Gombak....
Juara keseluruhan untuk kategori Senior Bahasa Melayu telah dinobatkan kepada UPM yang telah mengalahkan UIAM dalam pertandingan akhir...

Untuk Kategori Junior Bahasa Melayu. USM telah menjadi Juara dengan mengalahkan UPM di peringkat Akhir...

Team UMS telah kalah di peringkat pusingan awal.. Namun, performance untuk kali ni banyak berubah dan jadi lebih baik dari biasa... untuk Team Senior A & B, kedua-dua team telah berjaya mendapat kemenangan sebanyak 4 kali di pusingan awal. Kalo biasanya kemenangan 4 kali sudah cukup untuk membawa ke peringkat seterusnya, namun, margin keseluruhan tidak menyebelahi team UMS kali ni....Insyaallah untuk tahun depan ada la rezeki tue..

Biarpun kami sentiasa diberikan tekanan malah tidak kurang juga mendapat makian mesra dari pihak jurulatih Utama kami, semangat kami untuk berjuang masih tetap teguh & kekal. Juga cabaran utama kami apabila jurulatih sampingan kami yang telah "menikmati" hak kami..Kalo setakat kena makian mesra & cacian nasihat masih boleh diterima. Namun, kesalahan utama ialah pengambilan "hak" kami... Itu yang paling aku xboleh terima. Paham-paham la, di penghujung sem macam nie, pendebat bukanlah semua ada $$$$ yang cukup untuk dibelanja.. Nie pulak bila harapan untuk mendapatkan "hak" akhirnya xsampai2.. Perkara ni xkan dibiarkan setakat nie saja. Cukuplah dengan seksanya kami kali ni. Apa yang akan aku pastikan, "hak" pendebat perlu sentiasa dipelihara & dijamin.

Berikut beberapa gambaran yang sempat dirakamkan sepanjang kami di sana..





























Masa Pertandingan Debat nie, aku sempat berjumpa dengan kawan baik aku masa skola dlu..Farah...Dia nie kawan bek aku masa skola rendah dlu.. Even aku nie slalu ja kaco dia wat dia marah... Seolah-olah aku ni benci ngan dia...Tapi dia nie la kawan aku yang paling bek...She is a gud person...Biarpon dia nampak mcm sombong..Tapi masih ok la..ehehehe...Tq Farah...




*Klik pada gambar untuk tengok dengan saiz yang lebih besar..

2 comments:

  1. Salam WUFI

    Kalah menang dik adat pertandingan. Apa yang penting ibrah (pengajaran) di sebalik semua ini. Abang yakin dan percaya, kamu semua telah melakukan yang terbaik. Tatkala melihat gambar-gambar itu, rasa terkenang kembali memori menjadi pendebat UMS suatu ketika dulu. Bersara awal tak bermakna dah kalah. Cinta debat kan cinta luar biasa? UIAM tempat pertama abang jejaki sewaktu menyertai pertandingan debat. Persembahan terakhir abang dalam Debat Di Raja 2006 di UNIMAS. Waktu itu, UMS Senior dan UMS Muda A (team abang, kak nadhirah, dan abang Fairuz) dapat masuk suku akhir.

    ReplyDelete
  2. hoho...Semoga memori masa debat nie bagi banyak peluang yang baik untuk bolehkan kita hidup dengan lebih aman di masa depan... Sebabnya golongan pendebat nie la yang lebih memahami isu sebenar...kan??ehe..

    ReplyDelete

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...