3.26.2010

Rindu & Sayang...

Manusia itu unik..Maka dengan setiap keunikan manusia itu kita perlu sentiasa memafkan apa yang kita rasakan salah bagi tindakan atau sikap manusia tersebut. Kerana kepercayaan kepada keunikan manusia ni membolehkan kita lebih memahami erti kehidupan.

Apa itu rindu?
Rindu itu sejenis perasaan atau ingatan kita terhadap individu mahupun objek yang pernah berada bersama kita mahupun melekat dalam memori hidup kita.

Apa itu sayang?
Sayang pulak boleh dikatakan sebagai sejenis panggilan pada seseorang yang menadapat tempat di hati seseorang.

Sayang jugak boleh aku takrifkan seagai pertaruhan perasaan hiba dan belas dari seseorang.



2 perkara yang aku sentiasa dengar, nampak dan sentiasa berusaha untuk merasainya dan cuba untuk diaplikasikan dalam hidup, tapi masih tak boleh. Tak boleh di sini sebabnya aku sendiri tak dapat nampak dan rasa sepenuhnya walaupun dalam kalangan ahli keluarga aku sendiri.

Kalo setakat sayang pasal sanggup lakukan apa saja demi seseorang. Itu dinamakan tanggungjawab!

Sebabnya, dalam berkeluarga, mahupun berkawan. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan apa sahaja pada orang yang ada kaitan dalam hidup kita ni. Kalo ia dikatakan sebab sayang. Agak mustahil sebabnya kalaupun tiada sesiapa yang akan bantu orang tue, pada masa kesusahan, tetap jadi tanggungjawab kita untuk tolong dia.. Kan??

So, apa maksud 2 perkataan ni???? Fikir, tengok dan rasakan...

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bahasa

Kita sentiasa terbaik! - Aman RA But man is not made for defeat. A man can be destroyed but not defeated. - Ernest ...